Assalamualaikum admin.
First of all, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak admin kerana sudi untuk siarkan artikel saya. Di sini saya ingin berkongsi cerita saya dan saya tahu dengan keadaan ekonomi yang teruk ini, ramai orang nak tahu tips agar dimurahkan rezeki. Pertamanya, saya adalah anak bongsu dari tiga adik-beradik dan kami ini diasuh dari keluarga yang sangat protokol tetapi kami diberi kebebasan untuk memilih haluan kami (in a way, parents was way too busy with their career dan kami ini dikira kanak-kanak berdikari). Syukur Alhamdulillah, Allah sentiasa melindungi keluarga kami dan walaupun kami tidak diberikan sepenuh perhatian seperti kanak-kanak lain oleh ibu bapa kami, kami dianugerahkan seorang “kakak angkat” yang telah bekerja dengan kami selama seumur saya (kini sudah berhenti selepas saya berusia 21 tahun – kini saya 27 tahun).
Kalau ingin diceritakan, saya adalah anak yang paling berusaha untuk mendapatkan perhatian kedua ibu bapa saya sejak kecil kerana amereka terlalu sibuk untuk membina kerjaya. Saya berusaha untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dan syukur Allah memakbulkan impian untuk menjadi pelajar cemerlang dimana saya mendapat straight As in every single big examinations in Malaysia from UPSR ke SPM). Namun, perhatian yang diinginkan tidak pula dapat. Ibu saya sering memuji anak-anak sedara nya atau kawan sahabat nya berbanding diri saya. Jika saya tanya dia, tak mustahil dia tak tahu bahawa anak nya ini adalah pelajar cemerlang dan mendapat keputusan straight As dalam peperiksaan utama. Disebabkan itu, saya adalah anak yang paling “rebellious” di kalangan adik beradik saya. Saya kecewa, kerana walaupun telah berusaha gigih tetapi perhatian itu tidak juga diperoleh. Saya juga sering bergaduh dengan ibu kerana tidak sependapat. Orang kata muka kami seumpama “machine photostat” memang serupa dan kemungkinan itu lah juga hubungan kami sering “panas”.
Dikatakan zaman kemuncak kebencian saya kepada ibu adalah ketika diriku berusia 18 tahun. Saya telah beroleh peluang untuk melanjutkan diri ke German dan perlu pergi untuk membuat persediaan A-level. Pada permulaan nya, saya adalah pelajar cemerlang namun nasib saya tidak memihak kepada diriku. Sedikit demi sedikit kesihatan saya mulai merosot. Saya sering sakit kepala dan tidak ke kelas. Sering kali juga saya bermimpi buruk dan menangis dalam tidur. Namun saya tidak sedar bahawa hal ini adalah petanda tidak baik kepada diri saya. Sehingga teman serumah ku, datang memelukku dan bertanyakan hal mengapa saya menangis dalam tidur. Dan saya terkejut kerana saya tidak tahu akan hal itu. Kepala saya semakin kosong umpama tidak mengerti apa-apa pun dan jiwa semakin kacau. Ketika itu, saya yakin bahawa ini adalah bukan saya dan saya perlukan bantuan perubatan Islam atau pun Klinikal. Saya mengeraskan hati untuk memberitahu ibu bapa saya dengan harapan mendapat sokongan bahawa kemungkinan saya disihir atau menghidap depresi. Tetapi malangnya, ibu bapa dan adik beradik saya memperlekehkan dengan hanya mengata bahawa itu cuma fikiran saya sahaja. Saya menangis dan ketika itu lah kebencian saya kepada ibu teramat tinggi. Tetapi hati cekal tidak mahu berputus asa, saya mencari bantuan di internet dan berusaha untuk mengubati diri sendiri walaupun tiada siapa pun yang mempercayai saya ketika itu. Saya telah memilih suatu pusat di Sungai Buloh dan menaiki KTM ke sana dengan harapan yang tinggi untk sembuh. Tetapi, takdir Allah pengubat itu tidak mahu mengubati saya kerana saya tidak membawa mahram saya bersama. Saya merayu dan menangis namun dia masih berkeras. Cuma Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu. Segala kesusahan, saya ceritakan kepada kakak angkat saya. Cuma dia sahaja yang mempercayai saya. Satu saat saya hampir putus asa, akhirnya ibu bapa saya mulai percaya akan perihal saya sakit akibat sihir. Sejak dari itu saya mulai berubat di merata tempat dan alhamdulillah kini sembuh sepenuh nya. Terima kasih Allah. Tetapi ketika itu saya masih tidak menyukai ibu saya, mungkin kerana dendam yang lama tersimpan. Walaupun saya sering menangis kerana perasaan bersalah mempunyai perasaan begitu kepada ibu sendiri tetapi terlampau banyak kisah (maaf tidak dapat dikongsi) yang menyebabkan saya betl-betul tewas dengan godaan syaitan ketika itu untuk membenci ibu saya sendiri.
Akibat disihir, saya telah gagal melanjutkan pelajaran ke German tetapi Allah maha besar dia telah menghantar saya ke satu tempat di eropah yang telah menjadi titik turning point dalam diri saya. Saya menamatkan degree dengan keputusan yang okay dan pulang ke Malaysia setelah hampir 5 tahun berdikari. Saya telah berkerja di sebuah company swasta selama 2 tahun dengan bayaran gaji yang lumayan untuk fresh graduate. Tetapi aneh, mungkin kerana menetap di bandar raya gaji itu tidak pernah mencukupi. Sekali lagi Allah menguji keluarga kami. Ayah dan ibu saya telah jatuh sakit dan ketika itu saya telah mengambil keputusan drastik untuk berhenti kerja.
Sejak dari itu, saya telah melakukan tugasan untuk menebus kembali dosa-dosa saya dengan menjaga segala keperluan mereka. Saya tidak berkerja dan sepenuh masa manjaga mereka serta menguruskan urusan di rumah. Penat, letih dan memang termat mencabar berbanding pekerjaan saya di company swasta tetapi saya redha dan tekad untuk menjaga mereka. Saya berhenti kerja dan tiada apa-apa unsur kewangan sewaktu mengambil keputusan drastik ini tetapi apa yang menghairankan rezeki saya tidak pernah putus-putus sejak saya menjaga mereka. Hati saya menjadi lebih lembut dan sikap empathy terhadap orang tua terutamanya lahir di dalam hati saya. Memang tidak dinafikan menjaga orang tua memang teramat mencabar tetapi saya berasa ini kehidupan lebih tenang dan akhirnya dapat juga saya berbakti kepada mereka. Dan sungguh Allah menjanjikan rezeki itu, walaupun saya tidak bekerja tetapi apa sahaja yang saya ingini malah cuma terlintas di minda atau hati Allah telah makbulkan. Itu lah berkat doa ibu bapa saya. Saya melihat di luar ramai yang ingin berjaya tetapi mereka melupakan karamah rezeki atau pintu rezeki mereka di rumah. Tidak mengendahkan ibu bapa mereka dan bertanya mengapa diri ini susah dan tidak mempunyai rezeki. Nasihat saya, kita perlu melihat hubungan kita dengan ibu bapa. Kerana di hati ibu dan bapa setelah mereka dianjak usia tua, mereka pasti menyesali apa yang telah mereka lakukan terhadap kita sewaktu kita kecil. Terus terang , ibu bapa memang very demanding but what ever you persevere you will definitely gain much more from Allah. Dan untuk ibu bapa pula mereka also have to be very understanding kepada anak-anak. Saya bersyukur kerana ibu bapa saya sudah memahami diri saya dan memberi ruang masa untuk diri saya sendiri. Dan syukur Allah memanjangkan umur mereka dan memberi peluang untuk saya membalas jasa serta menebus dosa-dosa silam saya terhadap mereka. Maaf andai kisah lalu saya terlalu panjang, tetapi saya ingin berkongsi bahawa saya juga bukan diasuh dengan sepenuh perhatian dari ibu bapa saya dan saya tidak mempunyai hubungan baik dengan ibu saya pada asalnya, namun saya adalah orang bertuah yang diberi hidayah Allah untuk belajar memaafkan dan melepaskan ego dan dendam lalu. Untuk sesiapa yang nak berjaya dan murah rezeki; berebutlah peluang untuk menjaga ibu bapa dan selalu memohon doa dari mereka. Mudah bukan untuk murahkan rezeki, tetapi kita terlalu ego dan tidak pernah melihat karamah rezeki kita di hadapan mata. Jika kita tidak mampu jaga mereka, cukuplah sekadar membantu meringankan beban mereka. Jika tiada wang untuk dihulurkan, cukuplah sekadar “Roti Gardenia” dan perhatian untuk mereka. Jangan jadikan alasan untuk tidak kita berbakti kepada mereka. Jika mereka sudah tiada, siapakah karamah kita yang selalu mendoakan kebaikan kita tanpa memikirkan diri sendiri?
Setiap kesakitan dan kejadian; Saya Yakin Allah Maha Mengetahui dan Dia adalah sebaik-baik Nya perancang. Allah memberi kesakitan saya agar saya bisa menjaga ibu bapa saya di saat mereka tidak mampu menjaga diri mereka lagi. Alhamdulillah.
Dan kini, saya mempunyai bisnes sendiri dan selagi Allah memberi rezeki untuk saya menjaga mereka akan saya tatang sepenuh hati.
– Raudhah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit