Ini Red Flag Ke?

Salam hai semua. Terima kasih IIUM Confession jika siarkan.

Saya ingin bertanya pendapat mengenai hubungan saya dengan seorang jejaka.

Kami berkenalan semasa berumur belasan tahun dan kini sudah menginjak ke lebih 8 tahun usia berhubungan.

Dulu tidak berkahwin kerana masih belajar. Sekarang dah nak kahwin tapi belum bertunang lagi.

Kedua-dua kami ada po*n addiction dan kami saling tahu mengenainya. Bahkan kami sering keluar berdua dan bermesraan di dalam kereta.

Saya memang rasa bersalah dan berdosa tapi kami rasa kami dah addicted untuk teruskan benda ini. Perkara ini berlaku lebih kurang 5 tahun sehingga kini.

Pernah kami berhenti contact untuk elak bermesra ini. Unfortunately, bila jumpa terus bermesra. Tak tau la hmm sedih dengan diri sendiri.

Tapi, saya rasa saya sahaja yang ingin berhenti ‘bermesra’. Sebab si dia sentiasa ajak keluar dan hampir 90% kami keluar bersama akan bermesraan.

Bila saya tanya dia sebenarnya tak nak berhenti ke?

Katanya dia usaha juga dengan menjarakkan dan mengurangkan kadar bertemu ni. Yelah, dah setiap kali berjumpa mesti buat.

Tapi bagi saya kita still buat (???) kenapa tak berhenti terus? Tiada cara lain ke? Semua orang yang keluar berdua memang akan bersentuhan macam kami ke?

Pernah saya pesan siap-siap sebelum berjumpa untuk jangan bersentuhan dan bermesraan. Dia datang ambil saya tetapi senyap dan bermasam muka.

Banyak kali ini terjadi dan cara untuk berbaik adalah bermesraan seperti yang dia inginkan…

Kami banyak berbincang mengenai masa hadapan bersama. Dia sentiasa buat planning dan laksanakannya dengan bersungguh-sungguh.

Banyak perkara yang saya suka mengenai cara pemikiran dia. Kekurangan dia yang lain saya boleh terima. Tetapi soal ‘mesra’ ini buat saya takut untuk kahwin dengan dia.

Pernah kami hampir berpisah dan saya marahkan dia jikalau dia takkan buat perkara terkutuk ini dengan orang seterusnya sebab dia sanggup buat begini saya.

Maknanya saya harapkan dia untuk berhenti nak ‘mesra’ dengan saya kalau orang selepas saya dia takkan ulang dah.

Kini, saya rasa risau untuk memilih dia sebagai seorang suami. Saya sedar dosa saya dan saya amat rasa bersalah.

Kalau saya tanya kenapa saya dipilih sebagai calon isteri, katanya saya kenal dan tahu diri dia, termasuklah bagaimana dia mahu di ‘layan’.

Pernah juga saya cakap kita dah buat banyak benda salah (bermesra ni) dan respon dia kita manusia dan ni ujian untuk kita.

Jadi saya tak tahu dia sebenarnya nak berhenti dan insaf tu ada atau hanya sekadar berkata manis?

Perkara ini agak sensitif untuk orang kita jadi saya pun tak tahu nak minta pendapat siapa.

(Nota: mesra kami tersebut adalah tahap or*l).

Mohon pendapat abang kakak semua. Terima kasih.

– Matilda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *