Hai. Assalamualaikum semua. Saya Ame. Sudah berkahwin. Ada seorang anak. Seperti anda yang membaca, saya juga salah seorang dari anda yang sedang struggle (menghadapi masa sukar) semasa zaman PKP ini.
Pasangan saya diberhentikan kerja. Saya pula sedang bekerja tetapi sedang berfikir untuk sambung belajar ke peringkat lebih tinggi.
Kepada yang membaca, maaf ini ialah luahan perasaan dan saya amat perlukan pandangan anda.
Saya tak ada kawan rapat untuk bercerita dan saya tak mahu menyusahkan ibu bapa saya untuk memikirkan hal keluarga saya. Saya hanya ada pasangan saya dan seorang anak yang masih belum pandai bertutur.
Saya seorang yang percaya dengan ilmu, saya hormat orang berilmu dan saya tak akan berkata apa yang saya tidak tahu.
Namun apa yang merunsingkan saya sekarang, pasangan saya mudah percaya berita entah dari mana. Kami sering bertengkar hal-hal yang pada saya tak ada kaitan dengan rumah tangga kami.
Contohnya isu semasa PKP. Kenapa Pengarah Kesihatan tak letak jawatan sebab kes masih banyak dan isu Covid tak selesai.
Pasangan timbulkan isu ini, dan ini ialah kemuncak pertengkaran kami sebab dia percaya Pengarah Kesihatan tak buat kerja.
Saya marah dan sedih kerana dia menuduh orang yang tak ada kaitan dalam bidang dia dan dia sendiri tak tahu apa yang dia cakap tapi dia anggap dia tahu semua.
Saya hormat sesiapa sahaja yang berada diatas (decision maker, pembuat keputusan) dan saya hormat ilmunya kerana dia bekerja keras untuk sampai ke jawatan itu.
Tapi sebaliknya pasangan saya sering merendahkan individu yang berpendidikan tinggi habya kerana berita tak enak disebarkan seperti isu Sugarbaby dari universiti awam. Saya menyangkal dan kata bukan semuanya begitu tapi dia marah.
Dan dia kata saya merendahkan dia anggap dia ***** semata-mata sebab saya kata kita kena hormat orang tak kira dia buat apa. Yang salah tetap salah, saya tak pernah kata yang salah itu betul.
Pada dia, tak guna belajar tinggi tapi tiada adab. Manusia cuma belajar untuk naik pangkat, nak nama, nak harta. Saya tak tahu saya yang naif sangat atau apa.
Tapi saya sendiri belajar sebab saya tahu banyak lagu benda yang saya tak tahu berbanding apa yang saya tahu. Bila saya cuba terangkan yang tak semua manusia begitu, Tuhan tahu niat kita.
Tak mungkin kita tahu niat orang lain. Pasangan saya tak dapat terima. Dia pusing statement (kenyataan saya, mengatakan saya kata perbuatan yang salah itu betul) sedangkan saya tak pernah bekata sedemikian.
Taraf pendidikan kami berbeza. Saya belajar lebih tinggi dari dia. Dia juga yang menyokong saya untuk sambung belajar. Tapi dengan sikap dia sebegini saya jadi teragak-agak. Perlukah saya sambung belajar?
Hal lain yang sering kami tengkarkan ialah perkara yang tak ada kaitan dengan rumah tangga. Saya jadi tertekan sebab pasangan suka merajuk hal kecil. Sedangkan saya tak pandai pujuk orang.
Sebagai inisiatif saya akan minta maaf setiap kali dia merajuk. Saya dan pasangan, umur kami jauh beza. Jadi saya cuba untuk rendahkan ego saya dan hormatkan dia setiap masa.
Sebab personaliti kami berbeza dan umur pun berbeza, saya kerap ajak dia berbual isu semasa. Tapi apa yang berlaku kami bertengkar setiap kali kami berselisih pendapat. Hanya kerana isu rokok, ilmu fitan, teori konspirasi, vaksin dan isu semasa lain.
Saya tak pernah terlintas nak bangkang pasangan saya cuma bila kita berbual, biasa lah akan ada selisih pendapat.
Pada saya mana yang elok kita ambil dan kaji. Mana yang tidak elok kita tinggalkan. Tapi bila berselisih pendapat hal-hal begini buat dia merajuk. Buat dia marah.
Tak nak bercakap dengan saya, mengejek dan mencemuh saya yang mana kadang saya biarkan dan saya minta maaf pada dia atas sebab saya tak nak panjangkan pertengkaran.
Jujur, saya tak suka bertengkar isu begini sebab banyak lagi benda lain yang penting. Ekonomi keluarga, impian bersama, anak dan masa depan.
Apa aku nak buat ni..
– Ame (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit