Pertama sekali terima kasih admin sebab terima tulisan aku. Aku sebenarnya nak cerita luahan hati aku yg paling dalam. Yang sebenarnya aku pun tak pasti kenapa aku rasa macam ni.
Aku perempuan, pertengahan 20-an, masih bujang dan sudah bekerja. Aku tak tahu kenapa tapi aku selalu rasa selalu gloomy dan macam ada awan hitam selalu ada atas aku. Tapi dont get me wrong. Sebenarnya banyak yang aku dah achieve dalam hidup aku tapi aku je yang selalu rasa down pasal diri aku. Aku sebenarnya takut nak cerita kat orang pasal ni sebab nanti orang cakap aku tak bersyukur la tak beriman la. Sebab tu aku confuse sama ada ni aku ni sebenarnya ada depresi atau tak.
Sebab setakat yang aku tahu selalunya orang yang ada depresi ni disebabkan sejarah hidup diorang sebelum tu yang sangat broken. Tapi aku alhamdulillah, hidup aku setakat ni takde masalah besar pun. Aku dibesarkan dengan baik tapi dalam family yang agak susah dulu. Kategori miskin bandar. Aku selalu dengar family aku bergaduh sebab duit, even sampai sekarang pun. Mungkin takde apa pun sebenarnya tapi mungkin jugak sebab tu aku jadi seorang yang ‘bitter’ dan tak reti nak enjoy life. Tapi dont get me wrong, parents aku sangat baik tapi aku je yang selalu stress kalau diorang dan adik beradik aku yang lain gaduh. Maybe aku yang terlalu absorb negativity tu.
Dulu aku selalu cerita kat ex aku kalau aku stress sebab parents aku gaduh sebab aku rasa dengan dia je aku boleh cerita semua. Tapi kiteorang clash dan itu antara lowest point aku. Tapi disebabkan tu jugak aku berubah dan cari Tuhan. Betul..ada satu kedamaian yang tak boleh aku ungkap bila aku dapat cerita semua benda kat Allah. Tu nikmat yang sangat besar sebenarnya sebab bukan setiap masa ‘rasa’ untuk berdoa dan bercerita dengan Allah tu hadir.
Anyway, since dari tu aku ikut usrah. Aku ingat awan hitam tu takkkan ada dah dalam hidup aku dah tapi aku silap. Makin lama join makin aku rasa down sebenarnya. Aku asyik bandingkan je diri aku dengan orang yang lagi baik dari aku. Kadang2 tu aku cuba untuk jadikan tu motivasi supaya aku boleh jadi baik macam diorang tapi kadang2 aku jadi lagi down dan terus rasa give up dengan diri sendiri. Seriously it has been a roller coaster ride for me. Tapi dont get me wrong. Bukan sistem usrah tu yang salah tapi aku dan perasaan aku yang pelik ni. Mungkin bisikan syaitan yang tak nak aku buat baik kan.
Dan sekarang ni sejak dah kerja dah lama jugak aku tak datang usrah. Makin lama makin jauh aku dari AlQuran dan makin aku rasa awan hitam tu menebal. Aku bangun pagi, put on a happy face dan pergi kerja balik kerja macam biasa. Cuma bila balik rumah aku jadi gloomy balik, kadang2 bila weekend rasa nak baring je tak nak buat apa2 yang produktif. Baju tak lipat bilik bersepah. Bila aku dapat semangat balik, dapat kemas bilik sikit pun aku dah happy.
Orang lain mungkin tak tahu pun sebab aku nampak gembira dan normal je. Aku pun tak bercerita dengan diorang sebab selalunya aku yang jadi pendengar masalah diorang. Kalau aku cerita pun, aku tak dapat respon yang aku harapkan..jadi aku pun pendam je la sendiri. Aku pernah la cuba tanya kawan aku sama ada aku ni ada depresi ke, tapi dia cakap depresi apanya,masalah dia lagi besar kot dari aku. And i was like okay..
Jadi itulah cerita aku. Aku harapkan korang boleh la bagi pendapat yang positif dan membina. Aku tahu ada orang yang skeptikal bila dengar orang Islam ada depresi sebab diorang akan cakap Allah kan ada, solat la bersyukur la. If and only if it is THAT simple. Aku jealous sebenarnya dengan orang yang selalu positif dan selalu happy dengan hidup diorang walaupun aku tahu diorang ada je masalah tapi diorang okay je. Sebab tu selalunya aku cuba abaikan je perasaan ni sebab aku nak jadi positif macam tu. Tapi tu la, jauh mana kau lari pun kau tak boleh deny perasaan kau sendiri kan. Jadi harini aku decide untuk akhirnya confess dekat sini supaya aku boleh dapat any help that I actually need. Terima kasih. Semoga Allah rahmati kita semua.
– Gadis
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit