Inikah Usrah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelumnya saya minta maaf bukan tujuan saya menulis untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi sebagai pengajaran buat kita bersama.

Saya pernah ada pengalaman dalam usrah. Saya ini dari sekolah biasa tetapi lama juga memegang jawatan sebagai Exco Kerohaniaan di sekolah dulu. Saya kenal usrah sebagai ‘keluarga’.

Bila kita kata keluarga, kita bayangkan satu situasi apabila lemah ada orang tolong, ada orang sokong kita, beri kasih sayang dan sebagainya. Itulah sepatutnya usrah ada. Tetapi pandangan saya tentang usrah mula berubah apabila saya masuk ke universiti. Saya tidak tahu, mungkin ada perbezaan antara usrah semenanjung dan borneo, Tetapi di borneo bagi saya agak pelik.

Saya pernah menyertai usrah sebanyak empat kali. Tetapi memang keempat-empat tidak berjaya. Kali pertama, kakak usrah itu tinggalkan kami tanpa khabar berita. Yang kedua dan ketiga saya join usrah bawah satu persatuan ini. Tetapi saya tidak boleh bersama dengan mereka. Sebab usrah itu seolah-olah ‘wajib’ bagi mereka. In case kalau saya ada fieldwork dan program lain. Mereka akan soal “Tak boleh ke tak pergi?” dan ada yang lagi best “Fieldwork dan program itu boleh mantapkan iman ke?”

Ya Allah, saya pun bukan sengaja-sengaja tak nak join usrah atau daurah tetapi kita ada tanggungjawab sebagai mahasiswa yang perlu kita tunaikan. Kami perlu fight untuk dapatkan kolej kediaman, sebab itu kami join program. Mereka cakap “Kamu tidak yakin dengan rezeki Allah?” Saya pun diam malas nak jawab dengan orang macam ini. Even ada kawan saya pernah mak dia datang waktu mereka ada usrah. Mestilah dia utamakan syurga dia. Usrah minggu depannya, dia kena marah dan perli gila-gila.

Ini ke kemanisan Usrah?

Benda yang paling saya tidak suka ialah semua jadual kita mereka nak tahu. Saya rimas kadang-kadang. Sebab balik kelas dah penat nak rehat tiba-tiba “tuk..tuk..” orang ketuk pintu bawa makanan. Bawa makanan dah bagus tapi kita penat kowt baru balik. Saya pun terima je lah tetamu kan. Kalau program persatuan itu mesti kena join. Alasannya, mana nak dapat program yang bersuka ria sambil boleh meningkatkan iman, jaga batas lelaki dan perempuan. Benda yang paling terus saya rasa bila mereka dah mula suruh saya tinggalkan program kolej, fieldwork, pertandingan semua.

Dia suruh saya pilih, nak usrah atau nak berpogram. Saya waktu itu stress jugalah. Saya perlukan usrah untuk mengingat tuhan. Biasalah duduk dekat universiti ini kalau tiada yang ingatkan tuhan, boleh lupa. At the same time, saya perlukan program-program yang lain. Waktu itu saya dah semester 2, saya dah ada jawatan.

Untuk tinggalkan semua jawatan itu bukan mudah. Perlu habiskan sampai semester 3. Saya minta masa, sebab saya tidak boleh lepaskan tanggungjawab yang saya dah terima begitu sahaja. Habis sahaja semester 3 saya dah letak semua jawatan. Lepas itu, saya contact semula dengan kakak usrah itu, dia tak reply. Diam. Saya sampai merayu-rayu tau. Dalam hati saya menyesal saya letak semua jawatan saya. Akhirnya, semua tidak dapat.

Ini ke kemanisan Usrah?

Saya masih tak putus asa, saya still lagi percaya bahawa ada kelompok usrah yang baik, sebab kakak saya pun keluaran usrah juga. Dia sangat baik and very open minded. Waktu ini saya dah mula masuk persatuan islam yang lain. Tapi bezanya dia tiada usrah. Mereka jalankan program islamik. kindly like that. Mereka bagus. Sangat open-minded dan memahami. Tetapi still saya mahu usrah juga. Then, saya dengan seorang lagi kawan saya approach seorang kakak usrah ni.

Lepas dia tahu kami dari persatuan islamik tu. Lepas satu sesi, dia tidak reply mesej, call tak angkat. Saya waktu itu malas dah. Sebab saya rasa semua usrah ini, memang nak kita berkhidmat untuk mereka sahaja. Banyak yang saya tanya, ramai yang trauma dengan gerakan usrah sebegini, ada yang sampai orang ketuk pintu pun takut, menyorok belakang pintu. Kalau tidak datang daurah kena denda. Nak keluar bilik pun takut tau.

Kalau kita asyik dalam kelompok usrah kita sahaja, siapa nak sebarkan kepada yang lain? siapa nak sebarkan kepada persatuan seni dan sebagainya? Jadi lepas dari semua peristiwa ini saya dah malas dah. Untuk percaya dalam kelompok usrah ini susah sedikit.

Mesej moral yang saya nak sampaikan dekat sini, bila kita nak berdakwah, dakwahlah dengan penuh kasih sayang dan prihatin. Memahami anak-anak usrah macam keluarga sendiri. Support each other. Jangan tinggalkan anak-anak usrah terkapai-kapai, kalau rasa dah tak nak guide say sorry. Jangan main tinggal begitu sahaja. Kamu adalah golongan yang dihormati dan dipandang tinggi sebab ilmu agama yang kamu pelajari, jadi tunjukkan akhlak yang baik.

Untuk pilihan antara usrah dan program itu sangat tidak adil. Program itu meningkatkan iman atau tidak itu bergantung kepada cara kita berfikir. Saya minta maaf. Mungkin saya terjumpa tersalah kumpulan. Saya yakin ada kumpulan usrah di luar sana lebih baik dari ini. Teruskan sebarkan dakwah dengan kasih sayang.

– Edsassins

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *