Inilah Diri Aku

Salam semua. Aku Anggerik biru. Aku ni bukan kategori perempuan cantik. Badan pun gempal.

So, macam biasalah, mesti jadi bahan ejekan orang punya. Tak kiralah orang luar ke kerabat sendiri ke.

Di sekolah, ramai terutama pelajar lelaki ejek, kutuk bagai. Termasuklah ada seorang tukang kebun sekolah pun kalau terserempak dia akan panggil aku “gemuk” atau “gendut”.

Aku takde pun marah. Malas nak layan.

Kat kantin, ye aku makan banyak. Kalau Nasi lemak RM1, aku genapkan jadi RM2. So selalulah kena ejek sebab makan banyak.

Satu hari tengah beberapa murid dok ejek aku, ada seorang pengawas tegur mereka dengan mengatakan,

“Bukan duit korang pun dia guna. Korang susah kenapa? “Mereka yang mengejek saya diam.

Panggilan Sumo, Gajah, Gorilla, Lori tanah memang sering dipanggil untuk aku. Kat meja aku, sempat mereka tulis dengan liquid paper dengan macam-macam perkataan tak enak di dengar. Aku biarkan..

Kadang, aku dapat hadiah dari pihak sekolah macam masuk pertandingan ke apa, akan ada suara sumbang cakap,

“Eii, gemuk tue menang? Macamana boleh menang?”. Macam itulah. Aku kat sekolah masuk unit uniform Kadet polis.

Memang jadi bahanlah. Cakap orang gemuk mana boleh jadi kadet polis. Kena kutuk pun, aku dapat jugak 3 kali mewakili sekolah acara menembak M-16.

Kadang ada jugak aku marah dorang ejek. Tapi takde guna pun. So diam jerlah lagi. Malas nak layan.

Yang paling best, ada seorang lelaki yang badan lebih gemuk turut diejeknya aku gemuk. Dasar tak sedar diri betul.

Itu baru di kalangan sekolah. Belum dalam keluarga lagi. Segelintir sepupu, mak dan pak saudara ada jer yang mengejek.

Ada seorang Mak saudara tue cakap, “Heh, siapa nak dengan dia(saya)yang badan gemuk gedempol tue? Siapa lelaki malang tue? “Sambil disambut tawa oleh saudara yang lain.

Aku memang tak boleh nak marah tetapi mereka mengatakan di hadapan Ibu saya sendiri. Ibu aku marah tapi tak marah pada mereka. Hal ini di adukan pada Ayah. Mereka pun serba salah nak tegur.

Tahun 2014…

Ini paling kelakar. Tahun nie adalah tahun dimana aku bertunang. Kenal mana bakal suami? Ada orang yang kenankan. Kami pun terima sajalah.

Tak sampai seminggu sebelum majlis, baru Ibu dan Ayah aku jemput saudara-mara melalui Whatsapp. Kebanyakannya terkejut.

Kata mereka, angin takde, ribut takde tiba-tiba tunang. Ada yang personally Whatsapp saya untuk kepastian. Ada seorang sepupu saya cakap, “Biar betik kau nak tunang wei.” Tapi aku tak balas pun.

Itu pasal bertunang. Belum setahun bertunang dah banyak tanya bila nak kahwin. Yang mulut jahat cakap aku putus tunang pun ada.

Diorang konon nak jadi wartawan jumpa saya suruh aku cerita macamana boleh jumpa bakal suami aku tue. Sampaikan tanya guna ayat apa sampai boleh bakal suami tue terpikat.

Jawapan aku ringkas saja, ada orang yang kenalkan. Itu saja.

Aku pun tak suka cerita banyak. Tapi mereka boleh cakap aku sombong tak nak kongsi cerita. Untuk apa aku nak kongsi cerita peribadi pada orang lain.

Sekarang dah 6 tahun kahwin. Syukur Alhamdulillah… Aku pun bahagia bersama suami tercinta. Segalanya cukup. Allah berikan aku seorang suami serta keluarga mentua yang sangat baik.

Adik-adik ipar pun sangat baik, sporting, kiralah boleh masuk kepala lah. Dah tiada lagi dengar suara-suara sumbang mengutuk lagi terutama di kalangan saudara mara.

Pengajarannya, bersabarlah bila orang ejek or kutuk kita. Ye, memang marah orang kutuk kita tapi tak guna pun marah. Lagi kadang mereka olok-olokkan lagi kita nie.

Buat diam, buat tak tahu saja. Lama-lama mereka akan penat dan sakit hati sendiri, jadi mereka senyaplah lepas tue.

Yang penting, percayalah dengan apa yang Allah beri dan susun aturkan. Dari nak dengar cakap-cakap orang yang kadang bukan betul pun.

Jadi diri sendiri. Itu saja.

Inilah aku. Dulu memang sering diejek, dikutuk dan dihina kerana badan gemuk. Yang orang dok momokkan orang gemuk takde siapa yang nak kahwin.

– Anggerik Ungu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *