Inilah Lelaki Paling Redflag

Hi saya female, 27 tahun. This is my 3rd relay which start last year and hubungan kami hampir nak masuk setahun tapi saya tengok macam takde harapan. Lol. Saya nak pergi dari lelaki redflag ni, jadi saya perlukan kata-kata kasar untuk saya nekad pergi dari lelaki ni. Kenapa dia redflag?

Tapi betul, surrounding saya semua baik2, lelaki yang baik sangat act of service, hormat perempuan. Why I cakap macam ni? Sebab sekeliling saya tak pernah ada kes curang dalam relay, ambil kesempatan dekat perempuan, pendek kata baik lah.

Tapi lelaki yang saya jumpa ni, saya masih terkejut kenapa saya boleh terima. Tapi salah saya sebab saya tak kenal dia dengan lebih dalam tapi saya dah start set my mind untuk terima dia 100% baik buruk dia dan he will be my last. Saya jenis bila dah nekad nak kan bende tu saya akan pastikan dan pegang janji saya.

Pendekkan cerita saya kenal dia, dia yang proposed saya jadi gf dia and before that of course saya tanya soalan yang serious pada dia, cth date to marry? bukan main2? I will be your last. No matter what happens bertahan as much as you can. Janji akan buat relay ni sampai jadi and so on lah.

Tapi dia ni kaki tipu hahaha. I was shocked bila dia cakap ex dia ada 9 orang. I pernah tanya dia, dia pernah curang dia kata dulu selalu curang but guess what I still accept him hahaha.

Dah nampak dah redflag dia tapi masih nak teruskan sebab? saya dah nekad masa awal2 dulu. Dia jenis baran (bak kata kawan saya) sebab suka marah and tengking, makin banyak gaduh bahasa yang dikeluarkan bahasa kasar yang di upgrade by level ye.

Saya pernah tanya pasal curang dia and pasal perempuan. Saya minta social media dia, ig. Saya pegang for a few months and guess what… 44 orang dia blocked which is 43 orang adalah perempuan. Dia pernah cakap kalau break dia akan terus block perempuan tu. So saya tanya 43 orang yang dia block ni semuanya ex dia ke? hahaha he denied. Of course but saya tahu.

Everytime I sebut nama perempuan random dia akan cakap ouh “dulu I pernah kenal and together dengan perempuan nama sekian-sekian…” sampai lah I tahap “betul ke ex dia ada 9 je ni” walaupun bagi saya 9 ni dah banyak sangat dah. Tapi setiap kali saya sebut nama perempuan je, mesti dia kata dia pernah kenal and try. Lol.

Saya stalk lagi, semua perempuan dekat social media dia, yang dia tak follow currently semua ada history ye. Hmm. Saya taknak lebalkan dia ni narcissistic sebab personality ni jenis penyakit. Tapi ciri-ciri dah ada ye, dia sangat self centered punya guy, dia nak orang dengar pendapat dia tapi tak boleh dengar orang lain dan taknak dengan/terima.

Setiap kali gaduh, itu berpunca dari saya, salah saya, dia akan tunding jari pada saya dan saya yang kena minta maaf berkali-kali, supaya dimaafkan.

Setiap kali gaduh, dia akan salahkan saya tak hormat dia, biadap dengan dia sampaikan kadang saya tak sedar saya buat salah sebab saya tak rasa saya cakap bende kasar, saya tak pernah mencarut, saya bercakap lembut (semua orang kata begini), tengah syok2 bercakap tiba2 kena tengking sampai saya pun blur2 taktahu apa salah saya.

Lah rupanya saya “salah cakap” bak katanya. Saya pun terkejut. Saya labelkan dia ni jenis lelaki sensitive dan baran. Naik tangan? setakat ni tak pernah.

Korang nak tahu dia handsome ke tak mesti korang rasa dia handsome kan ada ex ramai, no. Bukan lah takde rupa tapi maaf cakap kadang saya tenung muka dia dan berkata dalam hati “buruknya dia and I low kan diri I untuk orang begini” tapi kenapa I tak pergi? sebab sayang. Mulut manis? I pernah jumpa lagi manis dari dia but I dont know why I get so attached with this guy sangat.

Saya pernah tanya dia, dia pernah rosakkan perempuan? He said no. But saya tak percaya. Saya cari2 tahu thru dia punya social media, dia pernah sentuh perempuan, yes. But I dont know how far… maybe taklah sampai ambil dara. But yeah. Saya tak fitnah sebab saya ada bukti. How? kawan dia. Of course saya banyak tanya pasal dia, family, kawan-kawan.

Kawan-kawan? macam dia lah, kaki curang, main-main kan hati perempuan, sentuh-sentuh… saya tak berani cakap. Macam mana saya tahu? dari dia, cara penceritaan dia, tanpa sedikit pun rasa sebersalah, more like proud? Proud on what? Proudly cerita macam mana perempuan sanggup gadaikan apa-apa untuk kawan dia. Sampai saya rasa kesian perempuan-perempuan tu.

Saya? Saya masih tak sampai ke situ lagi, gadai kan segalanya untuk lelaki yang saya sayang. Ye saya sayang dia, saya pernah je belanja dia makan for a few times. But thats all. Saya sedar dia redflag? Yes saya tahu, saya sedar. Saya sedar saya dilayan macam sampah? Yes I know. Dia curang masa dengan saya. Sadly, yes.

Walaupun dia kata dia dah tak buat dah. Tapi kantoi depan mata main dating apps, and that times dia nak tunjuk dekat saya yang dia ada saya sorang tapi tiba-tiba tuhan nak tunjuk agaknya, pop up message dating app tu. Tapi still tak mengaku, siap delete app tu depan saya, saya nampak, tapi masih tak mengaku.

Saya dah nekad on that day nak tinggalkan dia tapi saya tak puas hati tinggalkan dia macam tu je, so ahritu saya kikis duit dia habis-habis. Tapi saya masih rasa tak puas hati dan nak kikis lagi duit dia so saya choose untuk stay tapi saya tahu saya salah.

Makin lama saya dengan dia, yang binasanya adalah saya. Why? Sebab he just being him, nothing change. Saya? I makin lama makin got attached, I know I shouldnt play a game dengan lelaki macam ni.

Kenapa saya sayang dia? sebab saya dah nekad awal-awal tu, niat awal saya. Dan dia jenis layan saya okay je dari segi perhatian. Sometimes lah. Bila saya nak dia buat macam ni, dia akan buat walaupun just a temporary. Gaduh sebab selalu salah cakap, and relate dengan kawan or family dia.

Dia tak suka I cakap tanpa fikir hati dan perasaan dia, tapi kadang kita cakap, syok2 membebel kita mana fikir banyak…banyak kacip je tapi itulah yang dia offended. Dia letak tembok besar untuk tak bagi saya masuk ke dalam dunia dia, macam family dan kawan.

Saya pernah tanya relay dia paling lama… dia cakap 2 tahun. Dan saya tanya lagi, ex-ex dia sebelum ni dia pernah kenalkan dekat family dia, dia cakap tak pernah and he said “buat apa?” Hahaha. Saya tak tanya dia, saya ada harapan ke nak kenal dengan family dia sebab I dont think so. I dont know.

Redflag lagi? Dia jenis dengar perempuan yang dengar kata, dia kata A, perempuna tu kena buat A. Bukan saja turuti kata, tapi patuh dan mengabdikan diri untuk dia.

Saya pernah kena marah sebab saya tak bagi dia pegang tangan saya, saya tepis. Tapi dia terus grab and cakap “diam, dengar cakap I” sambil tengking and I’m scared and I’m just terkaku. Saya taknak cerita lebih lagi sebab ni aib saya.

More redflag? pemikiran dia. Tak semua, dia jenis ambitious, so thats a good thing. But dia tak pernah hormat perempuan. Hes a family person, tapi dia pandang rendah pada keluarga perempuan2 yang dia pernah kenal. Macam mana saya tahu? dia cerita, proudly.

Ya, kadang saya fikir saya pun redflag jugak. Tapi jujur saya tak pernah layan ex saya macam ni, kalau dah takde hati saya cakap, tak pernah ada history curang. Tiba-tiba dapat yang macam ni. Saya jenis dominant, saya dulu jenis tak bagi muka sangat dekat lelaki. Hormat, masih hormat sebagai seorang manusia.

First time in relay, saya ada anxious attachment. Saya dapat insomnia sampai kena ambil ubat tidur. First time kena panic attack dengan dia. Performance saya dekat tempat kerja makin teruk. Saya sedar saya downgradedkan diri saya untuk lelaki macam ni.

Saya taknak kahwin dengan lelaki ni, saya taknak bersuamikan lelaki macam ni. Tapi bust masa sekarang saya tak ready nak melepaskan, sebab routine.

Hidup saya sendirian merantau dekat negeri orang jauh dari family, saya ada dia je. Routine harian saya dengan dia sahaja. Macam mana kalau saya lepaskan dia? Saya tak tahu. Tapi diri saya jadi makin teruk selama dengan dia. Tapi saya tak boleh salahkan dia sebab ini pilihan saya.

– Hirumi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Too long. Bosan. Banyak lagi benda berfaedah yang bermanfaat kau boleh boleh buat rather than focus on this issue ~~~ contoh aku bagi : jadi kaya. So kau akan focus kerja serupa nak mati dan tak akan sempat pun nk fikir benda bull$hit mcm ni 🙄 come on use your brain laaaa

  2. Saya rasa awak bertahan hanya sebab dia yang approach / ‘tangkap’ awak dulu so awak rasa teruja dan taknak lepaskan orang yang nakkan awak walaupun orang tu sangat redflag. Stockholm syndrom kot?

    Awak kata awak merantau jauh di negeri orang. Rules nak merantau ni hati kena kuat, kena kental. Jangan takut berseorangan, kena pandai buat kawan tapi jangan lah bodoh sampai mudah dipergunakan, mudah diperbodohkan hanya sebab awak takut kehilangan dan bersendirian. Kalau hati masih lembut, better balik kampung cari kerja sana duk dengan family. Kalau betul2 nak merantau, kena belajar untuk jadi kuat. Awak kata sebelum ni boleh je jadi dominant dan tak bagi muka kat laki, pernah ada ex sebelum ni. Yang kali ni tak boleh bertindak jadikan mamat tu ex ke?

    Cakap banyak pun tak guna kalau tuan badan sendiri yang taknak keluar dari cengkaman walaupun dah tau akibat kalau stay. Netizen ni hanya boleh bagi nasihat atau kecaman ja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *