Aku Jamal (bukan nama sebenar), seorang lelaki berumur 40an. Sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Aku bukan nak cerita pasal kisah hidup aku. Cuma sekadar nak memberi pandangan terhadap apa yang aku baca dalam IIUM Confession ni sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Majoriti yang menulis dan meluah perasaan dalam page ini adalah perempuan/wanita. Jadi kebanyakan topik adalah berkisar tentang hal rumah tangga.
Cuma satu yang aku amati, watak mangsa dan pemangsa (selain dari suami) adalah dari kaum hawa sendiri.
Contohnya isteri, mak mertua, ipar duai perempuan, penyondol dan lain-lain.
Jarang sekali bapa mertua yang menjadi punca masalah dalam rumahtangga anak.
Apa yang aku lihat dan perhatikan, wanita memang mempunyai emosi yang sangat-sangat complicated, yang selalunya akan menjurus kepada isu-isu dan konflik dalam rumahtangga.
Wanita-wanita yang meluah dalam page ni, kebiasaannya adalah mangsa (pada waktu ini).
Dan mereka-mereka ini jugalah yang akan jadi ‘pemangsa’ kepada anak-anak remaja perempuan yang akan mengahwini anak mereka suatu masa nanti.
Berdasarkan luahan dalam page ini, banyak wanita berkahwin seringkali menggunakan ‘soal anak’ apabila membuat keputusan berkaitan isu rumahtangga.
Maksud aku adalah bagi mereka ‘anak’ adalah segalanya.
Dan oleh yang demikian, apabila anak mereka telah dewasa (terutamanya lelaki), mak-mak ini masih tidak dapat menerima hakikat yang anak lelaki mereka telah berkahwin dan mempunyai tanggungjawab lain iaitu menafkahi isteri dan anak2.
Perkara ini yang menyebabkan mak mertua seringkali bercakaran dengan menantu perempuan.
Aku hanya memberikan contoh konflik antara mak mertua dan menantu perempuan, belum lagi yang melibatkan ipar duai dan wanita luar (yang dianggap penyondol) yang selalu sahaja menjadi watak utama dalam konflik rumahtangga.
So apa yang aku nak nyatakan di sini adalah, perkara ini takkan selesai sampai ‘Abang Jamil mamp.. ‘ pun sebab perempuan tetap perempuan.
So aku harap korang janganlah terlalu percaya 100% kepada luahan perempuan dalam page ni sebab ada juga yang menokok tambah untuk menyedapkan cerita masing-masing.
Tapi aku juga percaya ada pengadu yang memang menjadi mangsa dan memerlukan nasihat dan sokongan daripada pembaca di sini.
Jangan cakap aku pukul rata ya.
Itu sahaja yang aku nak kongsikan. Terima kasih..
– Abg Jamal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit