Insaflah Wahai Pengamal Hubungan Bebas (Pengakuan PLHIV MSM)

Hai nama saya Amin. Saya dibesarkan di flat kos rendah di KL dan pada tahun 2021 saya genap berusia 34 tahun.

Sejak kecil saya sudah diejek ‘pondan’, ‘bapok’, lembik kerana cara jalan saya yang seperti supermodel. Kikikiki….

Masuk form 1, saya mula rasa malu apabila diejek dan selalu mengelak dari berkawan. Saya suka menyendiri dan membuat kerja sekolah.

Memang rasa cemburu bila melihat orang lain bermain bola sepak di padang, tapi apakan daya…. huhuhuhu.

Masuk je universiti, saya jumpa kawan seangkatan dengan saya @ lembut jugak ler….

Saya pada mulanya memang tidak kenal seks sesama jenis, tetapi kawan saya tu ajak jumpe ‘stranger’ menggunakan chat kat pc… mase tu tiada media sosial lagi, dari situlah bermulanya saya mula terjebak dengan seks sesama jenis.

Pada mulanya memang rasa jijik bila buat ‘benda itu’…. tapi lama kelamaan disebabkan bosan saya mula terjebak dan berani jumpa stranger sendiri.

Pernah dengar jugak kawan saya yang dirompak, tetapi bila nafsu ditambah bosan dan sunyi semua tu saya tolak ketepi…….

Bila saya start kerja, makin rancak pulak saya jumpe stranger….. setiap kali lepas buat ‘benda’ tu memang rase berdosa dan takut tapi diteruskan juga…

Di tempat kerja pulak jumpa kawan seangkatan yang ajak pergi sauna…. kat dalam tu saya terkejut jugak tengok atuk2 ngan pakcik2 dah beruban pon ada jugak buat benda maksiat kat dalam tu…..

Beberapa tahun kerja dan gaji pon agak tinggi jugak (3k bersih jugak lah) saya lagi hanyut… makin kerap ke sauna pulak dan buat benda tak senonoh dalam tu…..

Masa tu memang ada dengar pasal hiv dan kadang bawak sekali ‘sarung getah’ tu untuk protection katenyer….

Tapi memang kelaut… banyak kali jugak stranger yang saya jumpa memang tak pakai kondom masa buat ‘benda tu’. Selain sauna saya jugak kerap jumpa orang tidak dikenali melalui apps sosial.

Pada satu malam di tahun 2021 saya hilang dari rumah sewa…. nasib baik kawan serumah kenal keluarga saya dan hubungi keluarga…. puas mereka cari saya tapi tak jumpa…..

Dalam pada tu, saya pulak rupanya berjalan sendiri waktu malam keluar dari rumah sewa. Sedar2 saja sudah petang dan saya berada dalam semak belukar.

Tiba2 ada seorang pak cik mendekati dan cakap “ko buat apa tidur sini, bangunlah…. ko amik barang ke?”

Saya pula masih bingung terus bangun dan keluar dari situ dan duduk di tepi jalan raya… rasa haus saya mintak pak cik tu air dan dengan baik hati dia belikan saya air dan beri RM10.

Dia tanya saya duduk dimana, tapi maybe terlalu lemah saya hanya geleng kepala dan baring..

Saya akhirnya dikejarkan ke hospital dan kebetulan ada pekerja di situ orang flat saya.. dia terus contact family saya…..

Doktor datang ke katil saya dan cakap tanya kenapa saya keluar dari rumah dan pengsan…. saya masih lagi ‘blur’ masa tu dan hanya gelengkan kepala lemah… doktor pon terus amik darah saya.

Malam tu, doktor datang lagi dan dia sahkan saya hiv positif. Saya mula terfikir macam mana kalau family saya tahu… abislah…

Dan punca saya pengsan adalah disebabkan jangkitan pada otak menyebabkan saya jadi tidak waras dan keluar berseorangan malam tu.

Saya ditempatkan di wad bagi pesakit hiv dan family saya datang. Saya bersyukur mereka masih boleh terima. Saya pon warded di situ untuk dirawat jangkitan otak (meningitis) dan paru2 (pcp).

Selepas 3 minggu saya diberi ubat Haart iaitu ubat untuk melemahkan virus hiv.

Malam pertama selepas makan ubat, saya berpeluh2 macam dalam sauna dan terasa panas sangat. Saya mengucap banyak kali masa tu. Tapi esoknya alhamdulilah tiada lagi rasa tu. Selepas 4 minggu saya dibenarkan pulang.

Sebenarnya tujuan saya ceritakan pengalaman saya ni sebab saya kesian kepada adik2 saya yang berada di luar sana… saya lihat di hospital ramai yang masih muda namun sudah dijangkiti penyakit ini.

Saya sangatlah berharap kisah saya dijadikan sempadan dan tauladan.. janganlah sesekali mendekati dan mencuba yer…

Ingatlah aktiviti seks samada secara ‘ringan’ mahupun ‘berat’ adalah sangat2 berisiko… jangkitan penyakit adalah sangat mudah berlaku bila melibatkan anggota kemaluan yer….

Hiv juga akan melemahkan sistem imun atau ketahanan badan kita sekaligus menyebabkan mudah dapat penyakit lain seperti kanser, ginjal dan lain-lain.

Janganlah pula post saya ni dianggap memalukan pesakit hiv… tidak semua dijangkiti melalui cara yang sama seperti saya. Ada yang dijangkiti melalui tranfusi darah, berkongsi jarum suntikan dan lain2.

Saya sekadar ingin berkongsi pengalaman kerana bagi saya inilah peluang untuk memberikan gambaran sebenar tentang bagaimana penyakit ini boleh berjangkit.

Kesimpulannya disini adalah jangan ‘try’ atau cuba bertukar pasangan… kita tidak tahu sama ada orang tersebut adalah pembawa virus hiv atau tidak..

Saya tahu bila ‘darah muda’ kita memang tidak hiraukan semua ni (cam saya muda remaja dulu)….

Tetapi jika anda masih tidak dapat mengawal diri, cubalah dapatkan perlindungan sama ada kondom atau pon ubat prep/ pep. Saya bukan galakkan yer, just tak nak anda menyesal cam saya.

Saya pula sekarang alhamdulilah keluarga masih terima seadanya.. hidup perlu diteruskan dan saya akan cuba menjadi insan yang berguna untuk diri saya sendiri dan keluarga.

Doakan saya yer.. love peace assalamualaikum.

– Amin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *