Bismillahhirahmannirahim…
Assalammualaikum w.b.t. pembaca yang dikasihi
Mohon admin kongsikan kisah saya, terima kasih admin.
Saya perkenalkan diri saya Umairah yang merupakan pelajar IPTA disalah sebuah university awam. Merupakan anak sulung dari 5 adik-beradik dan berasal dari keluarga yang sederhana. Saya merupakan pembaca setia confession disini kerana banyak kata-kata positif dan nasihat yang dilontarkan dan sesuai untuk pelajar yang mudah stress seperti saya. Baru-baru ini ada posting mengenai seorang gadis bernama CIKRARA dan saya juga ter – STALK beliau dimedia social dan terpanggil membuat perkongsian.
Bila saya lihat gambar beliau, saya tidak sangka beliau juga merupakan orang yang sama di Twitter yang rakan saya kenalkan untuk meminta nasihat dan pandangan. Untuk pengetahuan pembaca, sebelum melanjutkan pelajaran di IPTA, saya tidak mempunyai maklumat atau pengetahuan cara permohonan masuk ke UPU. Disebabkan pointer STPM saya agak teruk iaitu bawah 3.0 menyebabkan saya begitu tertekan sehingga ada niat ingin membunuh diri. Ya, niat bunuh diri sebab saya rasa kecewa kerana hampakan harapan ibubapa. (jangan kecam saya sebab saya telah berubah)
Tapi alhamdulillah, rakan kelas bagi info yang cikrara ada kongsikan thread tentang (cara mohon ijazah di universiti tempatan untuk mereka yg CGPA bawah 3.0 (SPTM/DIPLOMA/MATRIKULASI)). Bila saya baca nasihat beliau, saya rasa satu harapan baru buat saya dan saya terus PM beliau. Saya luah segala masalah saya termasuk niat saya ingin bunuh diri. Beliau terkejut!
Soalan pertama beliau tanya yang buat hati saya tersentap sehingga hari ini ialah SOLAT 5 WAKTU DAN PERNAH TINGGAL TAK?. Bila saya jawab selalu tinggal solat, beliau terus jawab ‘adik, jika adik jaga solat, Allah akan jaga adik sampai bila dan Allah tidak pernah mungkir janji’. Ayat beliau saya akan ingat sampai bila-bila. terima kasih akak! Beliau tidak lanjutkan tentang perihal saya ingin bunuh diri tapi terus kepada masalah permohonan UPU saya.
Walaupun keputusan SPTM yang teruk, beliau tidak menjatuhkan saya tapi bagi segala maklumat tentang course yang ditawarkan, kata semangat dan dorongan untuk saya. Masa ni saya telah mula jaga solat saya dan amalkan baca surah pendek dalam AL-Quran (Al-Mulk, Al-Waqiah, Ar-Rahman, dan Yassin) seperti saranan cikrara. Bukan ibu bapa saya tidak mengajar saya solat tapi saya sendiri yang tidak amalkan. Saya banyak menipu diri saya sendiri waktu dulu. Ya, saya akui silap saya.
Alhamdulillah, saya ditawarkan ke UPU walaupun panggilan kedua dengan jurusan yang saya minati atas bantuan dan nasihat dari cikrara kerana saya terlepas peluang panggilan pertama. Allah sahaja tahu perasaan masa tu dan ibu bapa saya menitiskan air mata bila saya dapat tawaran belajar! Cikrara kongsi banyak perkara untuk pelajar baru seperti saya kerana beliau kata beliau ‘PERNAH MERASA GAGAL’ dan dia tidak mahu orang lain merasainya. Jadikan pengalaman dia sebagai pengajaran buat orang lain.
Saya sekarang telah memasuki semester 3 dan alhamdulillah dapat kekalkan result 3.0 ke atas nasihat dan tunjuk ajar beliau. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat cikrara atas perkongsian thread di Twitter yang sangat berguna buat pelajar baru seperti saya dan orang lain yang tidak mempunyai pengalaman ini. Ya, thread tersebut dapat perkongsian 6k lebih bagi golongan muda seperti saya. Moga Allah merahmati setiap ilmu yang dikongsikan selamanya.
Terima kasih atas nasihat, tunjuk ajar cara buat peta minda yang ringkas (sangat berguna untuk saya), kata-kata motivasi dan banyak lagi. Bila ingat balik niat saya ingin bunuh diri, saya malu sangat-sangat tapi alhamdulillah saya lebih baik sekarang. Tujuan saya meluahkan disini adalah kerana saya tidak mahu pelajar baru lain yang mengalami situasi seperti saya melakukan perkara sama. Ingat, ada manusia lain yang Allah hantarkan untuk bantu kita. Jangan putus asa!
Buat pembaca terima kasih sudi membaca perkongsian ini. Buat cikrara, akak seorang motivator yang sangat bagus, positif, dan baik hati yang tidak pernah kedekut berkongsi ilmu dengan saya dan mungkin juga dengan orang lain. Saya doakan akak menjadi seorang yang dihormati dengan perkongsian ilmu akak yang jarang dilakukan oleh orang lain. Ilmu akak saya juga kongsi dengan orang lain. Thank you akak. Stay humble as always sister and love you. May Allah always bless your PHD journey.
Insan bersyukur,
– Umairah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit