Insan Paling Tabah

Assalamualaikum semua, terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih kepada admin kalau confession ini disiarkan. Kalau tak approved untuk disiar pon takpe, at least dah lega sebab dapat luahkan.

Nama saya Miss A berumur 21 tahun, dan sedang melanjutkan pengajian di sebuah ipta. Kisah yang saya nak ceritakan ni berkaitan keluarga saya.

Saya mempunyai 3 orang abang dan saya anak bongsu juga anak tunggal perempuan dalam keluarga. Di musim pkp ni semua ahli keluarga saya ada di rumah. Tapi saya terlampau stress dengan sikap ayah yang panas baran.

Untuk pengetahuan semua, ayah saya memang baran sejak dia kecil lagi. Adik beradik ayah sendiri maklum dengan sikapnya.

Dari segi tanggungjawab dia kapada anak2 saya akui dia cukup sempurna, tak pernah kami rasa kebulur dan sepanjang pengajian kami, tak pernah sampai kami ikat perut untuk cukupkan duit bulanan.

Tapi sikap panas baran dia membuatkan saya benci padanya. Apa sahaja kebaikan dia pada keluarga sudah tidak mampu membuatkan saya hormat padanya.

Sejak awal perkahwinan ibu dan ayah, ibu memang kerap dipukul, semasa mengandung pon ibu pernah disepak terajang ayah.

Dari segi ibadah saya boleh kata ayah memang zero. Sudahlah tidak solat, berpuasa pon culas. Ibu pernah mengajak ayah solat bersama semasa di awal perkahwinan, tapi ibu pula yang ditampar.

Perkara kecil pon boleh membuatkan ayah naik angin,sedangkan perkara itu tidak perlu diperbesarkan pon. Ayah memperlakukan ibu seperti hamba, tidak pernah membantu dalam membuat kerja2 rumah, malahan hanya tahu mengkritik sahaja. Itu tak kena, ini tak kena.

Kalau setakat membebel mungkin saya boleh terima, tapi bila sampai naik tangan, suami jenis apa macam tu? Ibu pernah bagitahu yang dia takkan meminta cerai dari ayah kerana memikirkan anak-anak. Kami semua masih belajar dan perlukan sumber kewangan dari ayah kerana ibu tidak bekerja.

Saya pula menjadi satu-satunya tempat ibu bercerita, kerana saya seorang anak perempuan dan hanya saya yang bersekolah harian. Abang abang saya sekolah asrama.

Sejujurnya dulu saya memang nak sangat masuk asrama sebab saya tak tahan dengan sikap ayah. Tapi bila saya fikirkan balik, saya kesian dengan ibu nanti bila kena hadap ayah sorang2 di rumah.

Lepas menyambung pengajian di matrikulasi, saya rasa tenang sangat, sebab tak perlu nak dengar bebelan ayah, tapi jujur saya katakan, fikiran saya selalu memikirkan tentang ibu. Bila saya telefon ibu, ibu selalu bercerita mengenai nasibnya di rumah.

Saya hanya mampu nasihatkan ibu supaya bersabar tapi hakikatnya hati dan jiwa saya sendiri terseksa melihat ibu begitu. Kadang-kadang saya berharap yang ayah saya akan mati atau ibu bercerai dengan ayah. Ya saya tahu saya bukan anak yang baik.

Saya tidak tahu sampai bila ayah akan bersikap begitu. Sudah hampir 50 tahun tapi masih belum menunjukkan tanda tanda nak bertaubat. Memang betul hidayah itu milik Allah, tapi kita sebagai hamba kena berusaha mencari.

Saya cemburu melihat keluarga orang lain yang bahagia, mempunyai ayah yang penyayang, dan solat berjemaah bersama. Kami adik beradik memang tidak rapat dengan ayah, kalau ayah duduk di ruang tamu, kami adik beradik akan cepat2 masuk bilik masing2.

Pengalaman inilah membuatkan saya takut untuk percayakan lelaki. Saya cuma berharap jodoh saya nanti tidak seperti ayah kerana saya tak sanggup merasai apa yang ibu rasai.

Ibu sendiri berpesan pada saya untuk mencari suami yang soleh, tidak tinggalkan solat dan tidak panas baran, kerana ibu kata dia tidak mahu saya mengulangi silapnya yang dulu.

Sekarang ini saya hanya fokus untuk membahagiakan ibu sahaja. Saya nak belajar sungguh-sungguh dan mendapatkan pekerjaan yang bagus.

Saya tahu apa yang saya kecapi sekarang bukan hanya datang dari doa ibu, tapi juga datang dari ayah yang melengkapkan semua keperluan saya, yang itu saya tidak nafikan. Tapi bagi saya ibulah segala-segalanya.

Walau sejuta ringgit pon wang yang ayah laburkan kepada saya tetap takkan mampu menandingi pengorbanan ibu. Dan siapa yang menyakiti hati ibu, bermakna dia juga menyakiti hati saya. Tiada yang lebih penting berbanding kebahagiaan ibu.

Jika ditanya pada saya, siapakah insan yang paling tabah pernah saya kenali, dialah ibu saya. Ibu, hanya syurga tempat yang layak buat insan sepertimu.

– Miss A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *