Insan Penyayang

Assalamualaikum semua.. sedikit pengenalan diri, isteri dan mak kepada 3 orang anak.. umur awal 40an dan suri rumah. Awal nikah dulu pernah pjj dengan husband sebab kerjanya selalu berpindah.

Setelah beberapa tahun, suami dah settle down balik ke kampung kami dan memulakan hidup sekeluarga serumah sampailah sekarang alhamdulillah. Jadi sekarang suami memang banyak masa di rumah sambil berkerja sendiri.

Tak dinafikan suami sangatlah penyayang. Agak garang tapi bertempat jadi anak-anak memang selesa bermanja, mengadu, bahkan suami kadang2 memanggil anak- anak dengan panggilan sayang. Anak bahagia alhamdulillah.

Masalahnya saya dah suami baru bergaduh besar kerana suami menyatakan saya terlalu garang sampai kadang kadang anak-anak kurang hormat pada dia pula. Anak anak tak dengar kata-kata dia tapi takutkan saya sebab saya lagi garang.

Saya kata saya memang garang sebab memang sayalah uruskan mereka dari pagi sampailah malam. Suami memang ada membantu jika dia ada dirumah seperti mengemas, memasak, mengajar solat dan mengaji.

Kadang kadang bila saya terlalu overwhelmed dengan kerja rumah, kurang tidur (sbb anak yamg paling kecil 3 tahun), hal anak-anak dari segi makan, kerja sekolah dan sebagainya, saya akan jadi sangat moody dan sangat garang seperti singa kelaparan.

Macam kelakar tapi sebenarnya tak. Saya sendiri tak suka dengan diri saya yang tersangat garang sampai anak-anak memamg jarang sangat peluk saya ibunya sendiri.

Anak anak sebenarnya penyayang happy sebab mereka boleh memeluk nenek, mak saudara mereka dengan bahagia. Saya cemburu tapi saya sedar saya sukar mengawal kemarahan.

Kalau saya cuba sabar dengan perangai anak-anak, tak marah marah, paling lama 2 hari, lepastu seperti naga mulut berapi dah rupa kerana menahan sabar beberapa hari.

Berbalik pada pergaduhan saya dan suami, suami nak saya cuba beramah mesra dan bermanja dengan anak-anak sebagai seorang mak yang penyayang.

Sebenarnya, saya sedang cuba membaiki diri sejak beberapa tahun ni dengan membaca banyak penulisan di buku, media sosial, tips healing inner child, cara didik anak, menjadi ibubapa yang anak anak boleh selesa bercerita dan banyaakkkk lagi,

Tapi biasanya saya akan balik pada square one setelah beberapa hari mencuba.

Berkenaan childhood, zaman kanak kanak saya sebenarnya agak tough. Saya sulung dari 6 beradik, ibu saya meninggal dunia ketika adik saya no 6 itu 3tahun dan saya ketika itu di sekolah menengah.

Bapa saya tidak berkahwin lain jadi sayalah yang banyak menguruskan adik adik saya sehinggalah mereka ada yang berkahwin dan sambung belajar.

Bapa memang garang seperti tipikal bapa melayu dulu. Tiada pelukan, kata2 sayang dan sebagainya. Kalau buat salah, memang rotan dan hanger sampai kat badan.

Sampai sekarang sangat kekok untuk berpeluk atau mengucapkam sayang ayah. Kewangan keluarga pon cukup makan jadi saya selalu kerja part time untuk tampung sedikit kewangan saya dan adik adik.

Saya dah terbiasa keraskan hati dan kuatkan semangat untuk teruskan hidup ketika itu kerana kalau saya lemah dan menangis, takde siapa pon boleh tolong melainkan diri sendiri. Jadi saya garang dengan adik2 saya untuk mereka teruskan hidup sampai berjaya.

Kalau ikutkan saya taknak berkahwin masa dulu sebab saya tau penat menguruskan bakal anak dan suami sepertimana saya jaga adik adik saya ketika itu.

Tapi setelah kehidupan keluarga lebih stabil, bapa saya memujuk saya untuk berkahwin bagi kehidupan saya dijaga pula katanya.

Namun sekarang saya cuba membaiki diri menjadi lebih lembut, cuba untuk mengungkapkan kata kata sayang yang agak janggal sangat sebenarnya jadi tak terkeluar dari mulut.

Selalu kita dengar suami yang susah nak ucapkan kata kata sayang tapi untuk kes saya, sayalah yang susah nak sebut.

Wallahi, di sudut hati saya sayang ayah, suami, anak2 saya cuma tak tersebut di mulut sahaja.

Sekarang ni, saya nak mintak tolong pembaca bagi idea, cara cara nak meluahkan sebut sayang tu. Nak kecam pon silakan sebab mungkin tu salah satu cara bagi saya sedar dan berubah.

– Kaku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Salam,

    Nih isu elder sibling lah nih. Semua anak sulung adalah natural leader, semua, yer semua. even dia tak suka sekalipun, they’re born with it. Antara ciri ciri seorang ketua, dia suka mengarah, tapi tak suka diarah. Sebab tuh kalau nak nasihat dia, susah dia nak proses & terima, sebab diarahkan tuh tak ada dalam sistem dia. Mana ada ketua ikut kata pengikut, mana ada boss ikut kata staff. Sebab sistem yang dia terikat nih, sistem yang dia tak cipta, tapi dari kecik dia dah lahir kat situ, jadi benda tuh fix, pegun & kekal dalam diri.

    Tugas seorang ketua, dia jaga orang bawahan dia, staff ke, pengikut ke, anak anak ke, adik beradik ke, kawan kawan yang lebih muda, biasa yang lebih muda dari dia. Dia lega bila ada seseorang yang dia boleh control, benda nih akan boost confident dia, will feed her ego. Sebab tuh anak sulung nih dia kurang empati, sebab empati pada dia benda lemah & melambatkan urusan yang sepatutnya siap tepat masa. Kat tempat kerja je ke macam nih, nope, kat rumah pun sama, kat padang time sukan pun sama, kalau travel pun sama. Dia nampak semua sekeliling dia adalah hak dia. Nih cara diorang protect sensitiviti diorang. Make sure everything under her control.

    Dalam agama kita, perempuan dilarang jadi leader, cuma boleh jadi leader di kalangan kaum sendiri sahaja. Jadi imam pada jemaah perempuan, jadi pengerusi persatuan wanita, jadi kapten bola baling, jadi ketua persatuan tanam orkid. Rumahtangga paling bermasalah adalah bila isteri jadi leader dalam tuh. Bila dah dewasa, dan wanita masih gagal jadi fleksibel, masih gagal turn off leadership dia on time. Nih akan bagi kesan besar pada dia. Emosi dia auto numb. Kalau kita tengok tentera waktu kawad terjerit jerit, boleh jer nak guna mikrofon, tapi kenapa tak guna, padahal zaman dah moden. Sebab tinggi suara tuh tanda untuk show off power pada orang bawahan. Lembut is powerless to them.

    Semua perkara diatas tak penting pada wanita, anak sulung perempuan, isteri & ibu. Tak perlu 24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun berleadership bagai, sebab apa, sebab rumahtangga nih ibadah, mana wujud imam teriak azan kat telinga bilal ataupun jemaah, mana wujud imam bagi arahan pada jemaah solat kena ikut time dia, mana wujud imam paksa jemaah masuk duit dalam tabung, mana wujud nak wudhuk kena start kaki dulu. Jadi bila kita bercakap tentang ibadah, semuanya Allah SWT dah atur cantik cantik. Sebagai seorang wanita, ibu & isteri anda perlu ada ciri ciri yang Allah SWT nak anda ada sahaja. Dia bagi jaminan yang ciri ciri nih yang akan bahagiakan diri anda sendiri, suami & anak anak. Mana mana yang tak ada dalam agama, seriously akan bagi mudarat jangka panjang. Sebab apa, sebab perkahwinan nih ibadah, bukan institusi ketenteraan. Allah SWT dah atur elok, kena ikut.

    Agak mengecewakan bila isteri zaman now, memilih untuk tak suka dinasihat suami, nih sosok seorang lelaki yang sediakan makan minum pakai & tempat tinggal untuk dia yer, once suami gone, hibah harta semua nama dia, tetap dia anggap suami tak ada hak untuk nasihat dia. Scary much. Ibu ibu zaman now, memilih untuk tak suka diperbaiki anak anak, nih anak anak yang akan jaga dia masa tua nanty & akan doakan dia bila dia dah tak wujud kat bumi, pun dia rasa pendapat anak anak tak penting. Toxic. Anak anak perempuan dewasa zaman now, tak suka diperbetulkan ibu bapa sendiri, nih sepasang manusia yang dah bela dia dari kecil sampai dah besar panjang, tetap dia anggap kata kata ibu bapa tak ada harga. Rude. Semua orang orang yang disebut kat atas tuh hampir 24 jam dengan dia, sepanjang hidup dengan dia, tahu kelemahan dia, tahu ketakutan dia, tapi tetap pilih untuk sayang dia, terima dia apa adanya. Dia pula tetap dengan perangai kanak kanak dia.

    Pernah tengok tak wanita dewasa muka penuh jeragat, cakap suara tinggi, dress up makcik makcik, yang umur baru 40 tahun tapi perangai macam budak perempuan 15 tahun, dia tak pernah dewasa. Susah diajak bincang, susah nak faham benda senang, keras kepala tak tentu hala. Asyik bercakap pasal zaman dia, tak hidup di zaman now. Tolak teknologi, tolak nasihat orang muda, tak hormat suami, tak supportive kat anak anak, rasa dia terpaling makan garam. Terpaling banyak pengalaman hidup keras. Tak boleh terima sebarang perubahan, tak fleksibel, bila bercakap dia nak menang jer. Diri dia tak ada aura yang menenangkan, cantik jauh sekali, classy & soft spoken lamberrrt lagi. 24 jam aura dia, aura kanak kanak, aura tantrum, aura tak matang, chaos. Mana mana wanita dewasa yang bangga masih lagi hidup dalam dunia kanak kanak dia, tuh ciri ciri kat atas tuh lah ciri ciri diri dia. Takkan teruk gitu, yes that what they’re, how they look like, sound & presenting themselves to the public. So backward, so kolot & so pelik.

    Jadi nasihat saya, walaupun saya tak pandai menasihat, pada ibu ibu, stop masak resepi viral. Nih perangai budak budak, 24 jam nak ikut trend. Amende. Just stop. Jangan bawa resepi yang tak ada sentimental value masuk dalam rumah. Start tanya anak anak anda, diorang nak makan apa, bagi diorang kebebasan sepenuhnya, seminggu sekali pun tak apa, bonding dengan anak anak melalui makanan, nak lagi kreatif olah bahan favourite anda & suami masukkan sekali dalam makanan favourite anak anak. Cipta resepi bersama. Resepi keluarga. Jadikan moment makan tuh, kenangan yang boleh di ingat bersama sampai bila bila.

    Para isteri, stop baca buku motivasi, stop layan video kat social media. Mulalah dengar kata suami, ada apa apa masalah, walhal hal kecil pun, minta pendapat suami, bermanja dengan suami. Penulis buku, pempengaruh social media pun tak pernah campak duit kat awak. Belikan awak beras macam suami buat. Awak yang berhabis beli buku dia, ntah cetakan ke berapa, zaman 2012 punya, gigih juga nak baca, benda zaman dinosaur. Bab video kena subcribes, dia dapat duit dari view & iklan, anda nak kena hadam video dia tiap hari, sebulan sampai 30 video. Amende. Gigih pulak awak panggil diorang Tuan lah, Encik lah. Hujungnya duit habis, masalah pun tak settle. Kalau settle masuk akal juga. Suami sendiri pun tak pernah anda hormati, sampai panggil Tuan, Encik, Boss, padahal suami tak pernah minta duit kat anda, bila dia bagi pendapat & nasihat semua jujur. Jadi bondinglah dengan suami melalui soal jawab.

    Para wanita, isteri & ibu, stop sedekah itu ini kat account social media, NGO itu ini, banyakkan sedekah pada ibubapa, kos nak melahirkan dan membesarkan anda, kalau dicatat dari hati pertama awak lahir sampai sehari sebelum kahwin, anda tak akan mampu balas balik jasa mak ayah. Jadi sedekahkan masa, tenaga & wang anda pada ibu bapa anda. Stop jadi kanak kanak, gigih nak show off kat kawan kawan awak sedekah kat tabung celebrity itu ini, stop. Masa awak dah tamat.

    Semua jalan penyelesaian dalam masalah anda ada dalam masalah itu sendiri. Ada penawar dalam racun. Jangan gigit tangan orang yang bagi makan pada anda, jangan tepis tangan orang yang nak lindungi anda, jangan abaikan tangan yang selalu mendoakan anda. Lepaskan tangan orang yang tak beri manfaat pada anda. Please invest in something that last forever. 4 kategori kat atas tuh termasuk diri anda, itu yang paling penting untuk diutamakan. Masalah dalam diri anda, penawarnya tak ada pada orang luar. Masalah pada suami, penawarnya tak ada pada suami jiran. Masalah anak anak anda, penawarnya tak ada pada anak anak saudara. Masalah rumahtangga anda, penawarnya tak ada pada rumahtangga parent anda. Tak ada orang kereta dia rosak, dia hantar kereta jiran yang okey ke bengkel untuk dibaiki.

    Berhentikan jadi kasar dengan diri sendiri. Jangan bawa diri zaman dinosaur ke zaman moden nih. Berlembutlah dengan diri anda sendiri, supaya ahli keluarga boleh rasa kelembutan anda. Anda rasa selesa, santai & selamat dikelilingi ahli keluarga, tapi diorang tak rasa benda tuh, yang diorang rasa tak selesa, stress & tak selamat. Jadi lah wanita dewasa, berfikir sejenak sebelum bercakap, berfikir sejenak sebelum berbuat sesuatu, berfikir sejenak sebelum buat keputusan. Mana yang bermanfaat dicepatkan, mana yang memudaratkan cepat cepat hapuskan.

    Tutup salam.

  2. 1st step, kunci mulut dulu. Time marah Cuba senyap, tahan kata2. Sekejap je marah nak mengamuk tu lepas tu dia akan surut. Start ubah 1st step, lepas tu boleh try ubah yg lain slow2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *