Insan PJJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tujuan aku menulis adalah sebagai feedback dari cerita ‘Maafkan Abang Sayang’, (https://iiumc.com/maafkan-abang-sayang/).

Aku seakan – akan terpanggil bila mana kisahnya sangat mirip dengan kehidupanku kini.

Contoh situasi yang sama :

Dia : PJJ di ibu kota isteri di Perak

Aku : PJJ di ibu kota isteri di Pantai Timur

Dia : Seorang Jurutera

Aku : Seorang Senior Jurutera

Dia : Cahaya mata 2

Aku : Cahaya mata 2

Dia : Lewat 20 an

Aku : Awal 30 an

Dia : Usia Perkahwinan 5

Aku : Usia Perkahwinan 6

Dia: Isteri anak bongsu

Aku : Isteri anak bongsu

Semua benda yang berlaku contohnya balik seminggu sekali dangan setiap tugas diselesaikan bagi meringankan beban isteri ketika balik sekali skala ~ sama saja dengan beliau .

Anak anak kami ada di kampung cuma kepenatan isteri ditambah dengan waktu bekerjanya yang hakiki (isteri bukan seorang suri rumah tangga). Malah memliki seorang isteri yang cantik jugak suatu kebetulan dengan confessor berkenaaan.

Walaubagaimanapun, cara beliau hilangkan bosan tatkala berjauhan dengan isteri tidak sama seperti aku. Nah aku sediakan cara cara untuk beliau malah siapa siapa yang sama situasi (PJJ) dikala bosan (bagi kaum Adam la).

1. Sibukkan diri dengan tugas kerja : setiap hari ada tugasan kerja yang senang dan juga susah. Rajin rajin kan la diri ambik insiatif sendiri dengan siapkan tugas yang susah yakni (semua orang tolak kalau boss suruh) dan memerlukan masa yang lama nak diselesaikan.

2. Bermain permainan game online yang mencabar minda : Dewasa ini macam2 game ada la. Ko main jela game apa apa pon, depend pada yang ko minat. Masa tak kan cukup bila ko dah start mula main game online ni. Trust me!haha.

3. Bersukan : Time free tu rajin rajinkan la diri cari kawan kawan yang boleh ajak bersukan seperti futsal atau bola padang. Bosan akan hilang jugak bilamana kita selalu menyertai kejohanan luar kilang. Ala setakat di ibu kota, senang saja nak cari team bola atau futsal. Bukan futsal je, kadang kadang aku ada je join budak budak kawan kawan lain main bowling, masuk liga , boleh buat hati hilang bosan.

4. Tengok wayang : ni metime ko dekat ibukota. Bila lagi ko nak tengok wayang sorang sorang. Aku releks je tengok sorang sorang, tak de hal punya la, asal masa bosan itu hilang.

5. Layan anime , komik dan novel ; Oleh sebab hobi aku ni suka membaca, apa apa yang berkaitan dengan kartun, anime dan komik aku boleh masuk je. Ni pon salah satu hobi hilangkan bosan dikala berjauhan dengan family. Masa yang ada isi je dengan semua ni.

Contoh anime yang tak habis habis dari aku sekolah menengah sampai sekarang adalah one piece. Bila nak tamat ntah la, tapi hobi ni bagus bilamana akan buat kita selalu sibuk.

6. Tak payah la layan sangat perempuan : tidak dinafikan apabila status anda sebagai Jurutera diketahui dengan sengaja atau tidak sengaja, akan datang semacam bala bilamana ramai la perempuan akan datang dekat (sesetengah saja ~ mereka yang suka lelaki yang stabil).

Mungkin bagi diorang seorang Jurutera ni banyak duit walhal komitmen sama je dengan orang lain malah lebih tinggi sebab terpaksa ulang alik seminggu sekali kut dekat kampung. Apa depa ingat kami banyak duit barangkali padahal dapat menyimpan sikit sikit sebulan pon suatu bonus dah tuh.. hahaha.

Bagi aku kalau ko melayan ko habis. Contoh disini seboleh bolehnya aku merahsiakan status aku yang PJJ dan pekerjaaan aku dari diketahui orang lain yang tidak berkaitan lebih lebih lagi perempuan.

Dekat tempat kerja naik motor buruk je. Pakai selekeh. Tak payah pakai smart kemas kemas, pakai apa yang ada sekadar biasa biasa je. Biar orang pempuan nampak kita selekeh. Kalau ada yang tegur dan nak share benda dari hati ke hati baik tak payah layan jela, nanti panjang pulak kisahnya.

7. Aku banyak la kisah kisah perempuan atau gadis cuba cuba nak share problem diorang tapi disebabkan aku banyak benda lain nak kene fikir malah dengan aktiviti aktiviti yang banyak jugak buat aku malas nak ambik tahu pasal masalah yang diorang cuba nak ceritakan. Apa diorang ingat aku ada masa untuk sakit kepala? kui kui

Untuk confesor , kalau boleh cuba la pelan pelan pujuk isteri tu. Kita sebagai manusia tidak dapat lari dari melakukan kesalahan. Abaikan saja komen komen kaum hawa dekat post ko tuh ~ kalau tengok dan baca, diorang bukan bantu nasihat tapi saling bantu membantu kecam ko ada la…hahaha…

Ingat balik apa yang isteri tuh lakukan , nak jaga anak anak lagi, malah nak jaga ibu dan ayah yang uzur lagi. Kalau la ko tahu betapa penatnya isteri ko, ko tak kan tergamak atau terniat walau sedetik pon nak bermesej dengan perempuan lain diluar sana.

Kisah ko ni cuma secebis kisah kisah orang lain yang lagi berat ujiannya.  Ko patot bersyukur ada 2@3 jam je dapat balik kampung. Cuba fikir secara meluas betapa ramai lagi insan insan diluar sana berPJJ lagi jauh dari ko?

Contoh mudah cikgu la paling ramai PJJ, ada sampai suami/ isteri di Sabah/ Sarawak tapi pasangan ada di semenanjung. Anak anak ada terpisah ~ ada yang suami jaga, anak anak lain isteri yang jaga.  Dugaan diorang dan tahap kebosanan mereka lagi melampau. Berat mata memandang berat lagi bahu memikuli.

Nasihat aku, cubala berbaik dan pujuk balik isteri. Pujuk tanpa jemu hari hari dan setiap waktu saat dan ketika tanpa putus asa. Jangan mengalah pada keadaan. Bawak dia melancong atau pergi mana rehatkan diri.

Nak lagi bagus, kumpul duit banyak banyak dan bawak la isteri buat Umrah ~ sebagai tanda ko sungguh sungguh mintak maaf dan insaf. Ini cara yang paling paling koman la, dekat sana doa sungguh sunguh pada Tuhan supaya pintu kemaafan masih ada dari seorang isteri.

Yang lain lain, dekatkan diri pada Yang Maha Esa, berdoa banyak banyak supaya semuanya kembali harmoni. Sayangi la keluarga yang anda bina bersama sama. Tiada yang sempurna di atas duni ini tapi kita mampu menjadi yang terbaik pada keluarga kita.

P/s : hargai la isteri , kalau la ko tahu begitu penatnya jaga anak anak sorang, huhuhu.

– Mr M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *