Assalamualaikum.
Aku tak tahu nak mula dari mana. Cuma sekarang ni aku pelik dengan spesis manusia yang jenis depan kita pijak semut pun tak mati. Tapi belakang kita kaw kaw dia kutuk kita. Orang kata apa, talam dua muka ye? Samada lelaki atau perempuan, tapi perangai macam ni serius buruk. Umpama confession confession pasal housemate lah yang aku pernah baca; nak keluar rumah macam mandi minyak wangi, make-up dua belas inci, baju grand habis, tapi bila nak tumpang toilet rumah, masya Allah! Itu semua persona je.
Walaupun aku seorang perempuan, yang aku perasan lah perangai macam ni kebanyakannya dari perempuan. Ye ke? Ataupun aku sorang je yang dikelilingi oleh makhluk-makhluk macam ni? Hahaha.
Yang aku hairan sangat tu, dah terang lagi bersuluh dah kita nampak dan tahu apa kebenda silapnya si pelaku, tapi masih tak nak mengaku. Hello, tak ada nya muka kau buruk seribu kalau mengaku salah. Daripada kau sorok kesilapan yang kononnya orang tak tahu, lagi teruk tahu tak? Dan yang paling keji, dah buat salah lepas tu kau salahkan orang lain. Aku dah banyak kali terkena. Dengan orang yang sama. Sorry lah, aku tak tahu macam mana nak cakap “Saya maafkan awak”. Ya aku tahu besar pahala kita memaafkan orang, tapi dengan manusia perangai jijik macam ni korang rasa?
Aku tak sangka aku akan jumpa manusia seteruk tu dalam hidup aku. Haa tu mesti ada yang cakap aku bajet baik. Seburuk-buruk aku pun, aku tak tunding jari kat orang lain bila aku buat salah. Aku tetap mengaku walaupun aku tahu aku akan kena maki kalau mengaku silap aku tu. Hahaha!
Please lah korang. Jangan dah baling batu sorok tangan. Keji sangat okay.
Lagi satu. Faham kan maksud RAHSIA atau MAKLUMAT SULIT? Tapi kenapa masih ada yang suka hati mulut mak nenek je pergi dedahkan rahsia atau maklumat sulit orang? Katakanlah kerja kat hospital, dah tentu-tentu ada macam-macam kes; ngeri, geli, kelakar (ada ke) atau menakutkan. Benda tu semua maklumat sulit pesakit. Aku pelik (sebenarnya tak tahu nak gambarkan perasaan apa) dengan si mulut celaka yang pergi cerita “Nak tahu tak si Polan tu hari tu buasir, aku lah yang tolong bla… bla… bla…” Siap sebut nama pesakit. Aib tahu? Kau tunggu lah satu hari nanti Allah buka aib kau depan orang.
Aku bukan nak mendoakan tapi ni semua kifarah. Kita buka aib orang, esok lusa orang buka aib kita. DAN tak payah nak pelik sangat kenapa orang bermulut puaka dengan kita kalau kita adalah golongan orang yang aku sebut diatas. Kau sedap-sedap tembak orang lepas tu kau nak sentap lebih-lebih bila kena kat batang hidung sendiri. Kau tu yang perangai keji.
Please ye pembaca semua. Tolong lah jauhi sikap macam ni. Jangan jadi PLASTIK. Kalau buat salah, mengaku. Kalau orang kata rahsia, tolong simpan baik-baik. Amanah tu. Suka ke orang bocorkan rahsia kita? Tak kan? Jadi jangan buat orang macam tu ye. Itu tak baik punyeeee.
Jangan tanya aku kalau diri sendiri perangai keji macam tu macam mana? Tanya diri kita sendiri. Kalau kita kena bash, kita fikir balik kenapa orang kecam kita. Ada lah tu salah silap kita kat mana-mana. Jangan asyik nampak silap orang je. Mengata orang tu mengata orang ni, last last kena kat batang hidung sendiri. Padan lah muka kan. Tu lah kifarah namanya. Sebab tu kena muhasabah diri. Okay?
Sila kecam aku kalau aku salah berfikiran sebegini. Bye.
– Unknown
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit