Assalamualaikum dan salam sejahtera readers sekalian, aku nak kongsi satu kisah pendek.
Diharapkan korang sabar membaca sebab aku cuba tulis dengan sebaiknya, huhu. Dan terima kasih pada Admin yang baik hati menyiarkan cerita ini.
Okay pertama sekali, biar aku bagitahu awal-awal yang cerita ni mengisahkan mengenai kisah perangai jiran kepada kawan aku. Jadi “aku” di dalam cerita ini ialah kawan aku iaitu Mawar.
…..
Tersebutlah kisah dimana zaman aku masih seorang budak kecil yang mentah. Mempunyai jiran yang aneh.
Pada suatu hari yang indah, Mak aku pergi kedai bunga untuk deko rumah kami. Sampai je depan rumah, mak aku pun ambil bunga dari dalam kereta nak bawa masuk rumah.
Tiba-tiba jiran aku ni namanya Acik Fiona (bukan nama betul, hehe) muncul dan tegur mak aku. Dia pun bertanya ” Hai Kak Sara (Sara ni mak aku) beli bunga kat mana tu?”
Memandangkan mak aku ni tahu Si Acik Fiona ni suka sangat tiru deko umah kami sampaikan umah kami dengan umah dia 80% sama mat, jadi mak aku pun tipu nama tempat beli bunga tu.
Beberapa hari lepas tu Si Acik Fiona ni menyinggah satu pasar borong yang dekat dengan rumah kami dan dia jumpa bunga sebiji macam mak aku beli (hahaha kantoii menipu ><).
Apa lagi, angin lah dia bila dapat tahu yang mak aku tipu dia pasal bunga tu.
Haa lepas kejadian bunga tu, Si Acik Fiona ni terserempak dengan Mak aku kat tengah jalan otw balik rumah.
Dia pun dengan gigihnya bawa kereta dia laju-laju sebab nak kejar mak aku. Dah lalu sebelah kereta tu boleh pulak dia hon kuat-kuat sebab nak tunjuk kemarahan dia.
Mak aku pun haa memang salah orang lah dia cari gaduh dengan mak aku.
Mak aku ni bukan jenis yang lemah lembut sangat ha bila dah selalu sangat jiran aku ni mencabar kesabaran mak aku makanya mak aku pun kejar dia balik. Dah macam dalam drama pun ada tapi itulah realitinya, huhu.
Bermulalah aksi kejar mengejar di atas jalan sampai depan rumah oleh dua wanita hanya kerana satu bunga. Sampai je depan rumah, mak aku suruh aku dengan abang aku call abah kami.
Sesungguhnya aku masa tu hanya lah seorang budak mentah yang tak reti guna gajet hatta nak call pun aku tak mampu (bukan macam budak sekarang ni hek).
Lepas tu Mak aku dengan Si Acik Fiona bergaduh mat.
Bukan gaduh biasa-biasa, walaupun saiz mak aku jauh lagi kecil dari Acik Fiona ni tapi Acik Fiona selamat ditumbuk sampai hilang gigi dan yang paling epik sekali, Mak aku campak Acik Fiona masuk dalam longkang.
Dan hari-hari selepas kejadian, Acik Fiona pergi kedai makan kawasan rumah tu, dia cakap kat peniaga tu ” Tengok ni Sara tumbuk gigi saya sampai patah depan”. Haih kalau aku ni memang aku keluar rumah pakai topeng mulut.
Sebelum kejadian ni pun Acik FIona ni suka masuk rumah aku masa aku dengan abang aku je dekat rumah dengan selambanya dia cakap ” Hello! Mak tak ada kat rumah ke”
Hmm dia punya tanya tu tapi kaki lenggang kangkung masuk rumah tanpa izin halah-halah Acik ni nasib aku hanyalah kanak-kanak naif masa tu.
Pernah juga kami buat kolam depan rumah, lepas tu ha dia pun buat kolam jugak. Aduyai aku tak tahu kenapa dia begitu mengidolakan rumah aku ni.
Dan untuk pengetahuan korang, dia pindah rumah sebab apa tau. Puncanya satu je, dia dapat tahu kitorang jual rumah tu dan kami pindah jadi dia pun ikut. Rumah baru kami selang berapa rumah je dari rumah lama.
Maka berakhirlah kisah jiran aku yang pelik ni bila dia beli rumah lain dan pindah jauh dari kami. Diharapkan jiran lama aku ni berbahagia selalu di samping jiran baru mereka.
Jadi apa yang aku nak sampaikan, kita ni hidup berjiran janganlah dengki dan bermusuhan antara satu sama lain supaya gigi anda selamat hingga ke hari tua dan tak dicampak ke dalam longkang oleh jiran anda hiks.
…..
Apa-apa pun maaflah kalau cerita aku panjang atau tak sedap dibaca ye wahai warga netizen sekalian. Bye! Thanks pada yang sudi baca.
– Cik Bulan Terang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit