Insan Teraniaya

Assalamualaikum dan salam ramadhan..Tq ya admin sekiranya confession ni tersiar dan sebenarnya saya memang menaruh harapan tinggi confession saya tersiar kerana saya amat2 perlukan pandangan/pendapat dari readers iium yg lain..

Info ringkas tentang saya..Seorang penjawat awam wanita berusia awal 30-an dan berkhidmat dgn salah satu agensi di bawah MOE sehingga kini dan telah pun mencecah 12 tahun perkhidmatan..Cukup la kot info ringkas ttg saya ni…Sejujurnya saya tidak pasti adakah tempoh perkhidmatan 12 tahun saya itu cukup atau tidak bagi seorg penilai prestasi yang baru bertukar masuk ke jbtan saya selama 6 bulan (dan dia baru ja 3 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam). Ya, post saya ini berkaitan dgn markah prestasi dan masalah ini telah membuatkan kehidupan saya yg sebelum ni warna-warni bertukar jadi kelabu dan suram.

Long story short.. gelaran utk penilai itu ialah ‘MP’-baca : miss propa..MP bertukar ke jabatan saya mulai Jan 2016 dan on Jun 2016 dia dah kena menilai me & friends yg dibwh seliaannya memandangkan masa dah suntuk walaupon semua di jabatan itu sedia maklum MP tidak begitu layak sbg penilai..Fyi, MP hanyalah berbeza 1 gred dgn kami2 ni but still consider as ketua kami jgk la kan.. Sepatutnya as a new staff at new place n bknnya taraf2 pegawai bos2 besar pon, kena sedar diri la yg baru setahun jagung berkhidmat, bidang berbeza pulak tu. Bukannya berlagak sombong dan tunjuk hebat utk sesuatu yg u know nothing plus zero knowledge about that.

Seawal 2 bulan pertama di jbtn saya itu, MP dah mula tunjuk belang, sisik, taring etc yg dia ada..To be honest, saya lgsg tiada mslh dgn MP kerana bagi saya selagi org xkacau kita, xpyh la kita nk g kacau org.. So saya layankan saja setiap hari cerita tentang MP dan kelakuannya yg annoying tu drpd mulut my friends (ini hanyalah sesi luahan perasaan jer yer antara kwn2 dan bknnya kitorg dok membawangkan MP)..MP ni xpernahlah cari pasal dgn saya or bg mslh kat my routine job..So saya just ignore her n talk when needed..xder la saya g sembang2 or melawak or lunch sekali dan xde la pulak kitorg gaduh or masam muka..Cuma masing2 buat keja sendiri n ofis saya yg dulu ceria mewangi sekarang bertukar jadi lombong tinggal yg sunyi..Saya rasa xperlu la nak list down apa kelakuan/sikap MP, cukup la kot bayangan secara kasar ini utk menerangkan apa yg terjadi ke ats ofis saya sejak kedatangan MP.

Ya Allah..rupanya sikap saya yg xamik port n memilih utk buat hal sendiri di ofis, telah membuatkan MP rasa tercabar/tergugat/tercalar/terkoyak dan apa2 la ter lagi..Dalam diam MP mengatur strategi dan plan iblis utk dibentangkan kpd pegawai atasan..Hasilnya tmpt saya cari mkn, periuk nasi saya telah dituang pasir, ditaburi paku, Memo pertukaran diserahkan kpd saya dgn cara yg paling hina..Saya dipanggil mengadap big bos dan dikelilingi 6 org lg pegawai termasuklah MP..Boleh para readers sekalian bayangkan apa perasaan saya ketika itu..Saya seolah-olah telah melakukan jenayah berat..Saya tidak dibenarkan utk bersuara melainkan mendengar shj..Saya kononnya ditukarkan demi kepentingan perkhidmatan..Setiap pertanyaan saya ditepis dgn jawapan ‘you are required to be silent and listen only..’ Demi Allah ketika itu saya benar2 buntu dan menggigil menahan perasaan di dada.

Episod duka saya jalani jua dgn pasrah..Tarikh pertukaran saya yang serta merta (esok hari) telah menyebabkan saya tidak berpeluang mencari apa punca yg sbnrnya..My friends semua meminta saya supaya membuat rayuan agar tidak perlu bertukar..Tapi hati saya benar2 terluka dgn cara bos saya sewaktu penyerahan memo, yg lgsg tidak bertimbang rasa dan menidakkan hak saya sebagai pekerja.. Maka bermulalah hari2 saya di tmpt kerja baru yg sungguh asing dan janggal..Saya kuatkan hati, cuba untuk redha dgn semua yg berlaku..Seringkali air mata jatuh dan kesedihan saya memburukkan lg keadaan..Saya mula mengalami kemurungan, insomnia, tiada selera mkn, tiada semangat utk hidup..Seringkali juga terlintas di fikiran nk bunuh org2 yg telah merosakkan hidup saya.

Kwn2 saya setiap hari wasap n update berkaitan hal saya..mencari punca mengapa terjadinya semua ini..Rupanya mmg angkara MP.. Dia hanya menjawab pertanyaan kwn2 saya bahawa jabatan ini tidak perlukan org seperti saya..Pelbagai fitnah yg tidak masuk akal dijaja kpd pihak atasan..Yg sedihnya, pihak atasan yg dah lama dgn saya percaya fitnah MP dan mungkin itu yg membuatkan mereka setuju utk menukarkan saya..Markah prestasi saya yg sblm ini dlm range 92-95 telah dicemari oleh MP.. Dia memberikan markah prestasi yg rendah kpd saya dan saya adalah pekerja yg paling rendah markah prestasi..Alasan itu yg MP gunakan apabila ada pegawai2 dari jbtn lain bertnyakan saya..Logikkah keadaan itu bila mana penilai anda baru sahaja bertugas selama 6 bln dpt menilai anda sedemikian rupa..

Di tmpt kerja baru ini, MP turut memainkan peranan, berbaik2 dgn ketua saya disini agar mudah dia nk cucuk jarum dan dia berjaya..Saya lgsg tidak menyedari semua tu kerana lelah melayan kekecewaan tp info2 drpd kwn2 saya yg prihatin ditambah dgn bukti2 yg solid telah membuktikan dgn jelas angkara siapa..Berbekalkan itu lah saya bangkit utk menuntut keadilan krn saya merasakan betul2 dianiaya/teraniaya..Saya mulakan langkah2 sepatutnya..semua mengikut prosedur ya..turun naik keluar masuk merata2 pejabat semata ingin pembelaan dan sehingga ke saat saya sedang menaip confession ini wahai pembaca sekalian telah hampir 2 thn…tiada satu pon keputusan yg memihak kpd saya..walaupon pihak yg menyiasat mengaku mmg ada yg xkena tetapi tetap saya tidak mendpt pembelaan..Fyi, markah prestasi saya di tmpt kerja baru ini turut rendah malah lebih rendah drpd yg diberi MP sebelum ini..Nmpk tak betapa hebat MP dlm game ini..

Actually ada je yg berlaku sepanjang hampir 2 thn saya bergelut menuntut pembelaan..tapi rasanya dah pnjg sgt dah ni..Cukup la kot utk saya minta pendapat/nasihat/pandangan atau bantuan dari readers supaya saya dpt akhiri kemelut ini..Tolong jgn kecam saya..Saya tidak pasti apa salah saya hingga MP begitu zalim kat saya kerana hampir 2 thn ini dia mengelak utk bersemuka dgn saya..Apa yg boleh saya katakan, mmg betul abuse of power berlaku dlm perkhidmatan awam dan saya salah seorg saksi hal itu..Saya mohon bantuan kalian agar saya dpt keluar dari kemelut ini…komen2 yg ingin membantu saya insyaallah saya akn pm..buat yg ingin tahu versi pjg drama saya ni, insyaallah andai diberi kekuatan saya akn menulis lg bg membongkarkan sisi hitam segelintir penjawat awam yg menjadi penunggang agama demi kepentingan peribadi..

– Triple A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *