Assalamualaikum selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S. A. W. Aku tak tahu macam mana nak mulakan. Aku hanya ingin meluahkan sementara menunggu seseorang di McDonald’s ni. Aku duduk terperuk disatu sudut di dalam ruangan ini dan rasa ingin menulis sesuatu disini.
Hari ni aku rasa serabut sangat sampai menangis kerana satu perkara ni. Perkara yang telah merubah rutin harian ku dalam sekelip mata. Sungguh perancangan Allah itu Maha indah dan cantik seperti bintang yang bertaburan dilangit tapi indah dipandang mata. Subhanallah Maha Hebat kuasaMu ya Allah.
Aku gadis muda yang mempunyai impian dan cita-cita tinggi. Aku selalu angankan impian yang besar. Kalau orang fikir nak pakai kereta lambang H aku nak pakai kereta lambang di raja ala Maserati tu. Tapi ada orang fikir itu lambang syaitan, huhu betullah setiap orang punya perspektif yang berbeza bergantung pada pandangan orang tersebut tapi as long kita rasa benda itu betul just teruskan itukan pilihan kita.
Kalau orang fikir nak sebuah villa aku nak berbuah-buah villa kalau boleh nak tolong makcik aku yang ibu tunggal tu buatkan rumah untuk dia. Aku selalu fikir macamana nak jadi kaya. Bukan sebab apa. Aku fikir kalau aku kaya mesti aku boleh tolong lagi ramai orang. Aku nak jadi hartawan yang dermawan yang boleh dermakan duit untuk jihad islam.
Nak dijadikan cerita suatu hari kenalan Facebook daripada seseorang yang rapat dengan aku DM aku kat Facebook. Dia ajak aku pergi interview terbuka dengar mengenai peluang kerjaya. Aku curious lagipun aku baru habis belajar and kerja biasa sementara tunggu konvo. Then, bila pergi oh peluang kerjaya di syarikat Takaful. Start daripada haritu aku terus terjebak dengan bidang takaful.
Pada mulanya aku rasa macam berat hati, aku tanya diri aku betul ke apa aku buat ni. Kadang rasa nak quit tapi introducer aku sangat baik (Kak N), dia yang selalu hantar dan ajak aku pergi event-event takaful. Banyak ilmu yang aku dapat mengenai pengurusan kewangan, percuma pula tu. Tambahan pula memang aku nak belajar ilmu kewangan ni sejak aku kat universiti lagi. Kalau masa awal penglibatan Kak N yang selalu ajak dan ingatkan aku untuk attend kelas.
Mula-mula rasa macam terpaksa tapi aku ikutkan je just follow the flow sebab dia yang tawarkan diri untuk hantar aku sampai satu hari tu aku pergi kelas, then, trainer yang mengajar kami tu memberi kata-kata yang membuka hati aku untuk berada terus dalam bidang takaful,
“Awak tak rasa ke awak insan yang terpilih yang Allah tentukan untuk terus berada disini.. dalam ramai-ramai orang kat luar sana yang hadir ke open interview, sesi orientation, attend ke kelas dan hinggalah ke hari ni awak masih berada disini”.
Kata-kata beliau membuatkan aku terfikir betullah apa yang dikatakan. Bidang ni dapat membantu ramai orang, suatu pekerjaan yang murni. Berapa ramai lagi orang kat luar sana yang tiada perlindungan takaful yang memerlukan bantuan dan dididik mengenai ilmu kewangan? So, makin lama aku rasa happy pergi ke kelas, enjoy proses pembelajaran dan rasa tak sabar nak share mengenai kebaikan takaful kepada orang ramai.
Ramai orang lari daripada ejen takaful sebab attitude ejen tersebut yang tidak bertanggungjawab dan lebih teruk lagi ‘menipu’ duit orang. Then, aku terfikir kenapa tak aku je jadi ejen yang bertanggungjawab dan membantu ramai orang? Setiap orang memerlukan takaful tapi masih lagi tiada kesedaran mengenai betapa pentingnya takaful ni.
Korang pernah dengar mengenai pelan ganti pendapatan? Apa tu??? Pelan tu ibarat dana kecemasan andai sesuatu berlaku pada diri kita samada kemalangan atau ditimpa penyakit kritikal. Sekarang ni kita punya pendapatan sebab kita bekerja. Andai kata suatu masa nanti kita ditimpa kemalangan macamana kita nak survive.
Lagipun, pada masa ni statistic kemalangan semakin bertambah dan bilangan pesakit yang menghidap penyakit kritikal seperti cancer, sakit jantung, buah pinggang juga meningkat disebabkan life style kita iaitu tabiat pemakanan dan stress.
Andai kata ditakdirkan kita menghidapi penyakit tersebut siapa yang dapat membantu kita? Ahli keluarga? Rakan-rakan? Adakah mereka mempunyai wang yang mencukupi untuk menampung kos perubatan kita?kos perubatan sahaja dah mencecah puluhan malah ratusan ribu. Then, bagaimana nak teruskan kehidupan selepas pembedahan? Boleh kah kita bekerja seperti biasa?
Andai kata kita mempunyai perlindungan takaful kita tak perlu risau sebab kos perubatan ditanggung dan kita bakal mendapat wang pampasan. Melalui wang pampasan tersebut kita boleh melabur dalam ASB. Then, kita boleh meneruskan kehidupan seperti biasa melalui dividen yang kita peroleh. Sebab itu kita perlu pastikan perlindungan yang kita ambil melindungi pendapatan kita secukupnya. Kalau korang tanya mana syarikat takaful or medical card yang terbaik?
Jawapannya semua okay just lebih kurang je. Ala macam korang tanya mana bank yang terbaik? Haa bank semua tawarkan perkhidmatan and produk yang lebih kurang sama je kan. Individu je yang berbeza, hehe. Just pastikan anda tahu apa coverage yang anda dapat dan better korang ambil pada usia muda. So, premium tak tinggi saving pun banyak. Lagipun dijangkakan harga medical card akan naik tahun hadapan.
So, jadilah insan yang bijak dan bertindak sekarang. Pergh ayat aku macam betul-betul nak jual takaful, hahaha padahal tadi aku sedih sebab memikirkan perlu ke aku meneruskan bidang takaful ni. Bukan bidang ni yang tak baik tapi aku yang rasa kurang yakin dengan diri and rasa nak give up bila ada rejection. Ceh padahal aku dah banyak kali kene reject dengan crush eh bukan first love aku kah kah kah.
Aku punya syok menaip sampai aku terlupa mengenai kesedihan aku, huhu. Takpelah biarlah aku simpan rasa sedih aku sebab sekarang aku rasa happy dapat share sesuatu dengan orang lain. Tadi aku cakap sesuatu kat kawan takaful aku sebab dia tengah sedih, ayah dia perlu menjalani pembedahan tak lama lagi.
Tolong doakan semoga pembedahan ayah kawan aku tu berjalan lancar dan moga kembali sihat seperti sedia kala. Korang nak tau tak apa ayat aku tu?? Huhu takpelah biar aku share sebab aku just bak buat dia happy je tapu dia kata ayat aku best hahahaha.. Aku ni memang orang yang sweet tapi bukan jenis sembang kari kambing 40 punya hahaha.. ayat aku tu berbunyi begini:
“Kalau takaful memberi perlindungan pendapatan, saya ingin melindungi senyuman awak”
Hihihi.
Kerana apa?
Kerana senyuman awak menyinari hari-hari saya. Hahahha aku yang taip ni pun aku tersenyum sendiri kah kah kah (okay ayat ni aku tambah sendiri kat confession ni, hihihi) aku bagi dia ayat yang atas tu je huhu.
Okaylah terima kasih korang yang sudi membaca luahan hati ku ini. Moga korang dapat manfaat daripada confession aku ni. Aku harap adalah manfaatnya in shaa Allah.
Moga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan rezeki melimpah ruah (so, kita boleh tolong lebih ramai orang dah mengukuhkan ekonomi islam) dan dikurniakan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat in shaa Allah.
– Faz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit