Assalammualaikum semua. Jika luahan hati ini menjadi tatapan pembaca, mungkin aku sendiri tengah struggle untuk tempuh hidup yang selalu di khianati campur pula di tipu.
Aku ni pelik sikit tak macam orang lain. Aku bulanlah baik sangat, bukanlah jujur sangat masa usia muda.
Tapi sejak umur aku menginjak 40 tahun bertapa peritnya hidup dengan kawan yang suka ambil kesempatan. Ya, admin dan pembaca aku banyak kali kena tapi aku lebih suka bawa diri diamkan saja.
Dari duit simpanan hampir puluh ribu susut mendadak sebab selalu sangat tolong orang yang salah. Sekarang tinggal hanyalah dua ribu.
Kawan yang ambil kesempatan mengaku sahabat hilang seorang demi seorang. Aku diam.
Sebab aku tahu Allah SWT tahu keadaan aku macam mana. Tapi.. Admin, aku ni manusia bukan malaikat.
Manusia mana yang langsung tak terasa bila kepercayaan dah di beri khianat juga bangsa melayu bagi. Aku agak stress, depress dan banyak lagi sampai aku sendiri jatuh sakit. Tapi..
Aku tetap minta Allah SWT tolong aku. Aku tak nak minta tolong kawan yang mengaku sahabat tu. Jangan tak sangka orang berilmu ni memang licik ya.
Lagak gaya macam sahabat tapi sayang rupanya musibat. Aku terdiam, bila seorang demi seorang pergi saat dah dapat apa yang mereka nak. Mereka pun pergi.
Admin… Aku seorang diri, tak ada kawan. Aku nak juga kawan untuk borak-borak tapi mungkin sebab aku naif, aku bodoh, aku selalu di pijak itu pun selepas semua pergi baru aku sedar.
Yang nyata, aku tetap doa dan harap Allah SWT tolong aku.
Kerana glamour, seorang demi seorang lenyap. Bagaikan kabus. Setelah beberapa perkara yang baik aku cuba lakukan. Tapi sayang mereka tak nampak, yang mereka nampak aku jahat, aku penfitnah.
Apa yang aku lakukan adalah untuk tolong kawan aku, sebab ramai sangat bertopeng setan. Depan lain belakang lain. Jadi aku bertindak jujur.
Sebab kejujuran aku dan naifnya aku. Ramai pengikut mula beralih arah berpihak pada sebelah pihak tanpa mendengar dari kedua-dua belah pihak.
Tapi takpa.. Aku redha..
Apakah mereka lupa apa yang aku pernah cuba buat?. Dari utara semua ke kuala lumpur?. Kos semua, tapi tak pa. Aku sabar. Sebab sabar itu terlalu indah.
Sekarang, hilang semua termasuk sahabat.. pernah juga aku hampir seksa diri, tapi aku menggigil ucap sabaroah duhai hati
Aku hanya nak luahkan dan sampaikan. Jika ada sahabat, jagalah elok-elok. Kadang-kadang sahabat ni atas nama je dan bukan sebenar-benar ikatan. Sahabat ni juga kadang-kadang suka ambil kesempatan.
Itulah manusia, bila kita bagi emas mereka akan datang. Cuba kita bagi kesusahan, hanya satu yang datang, itupun tengok lah jua kalau nak. Sahabat apa tu..
Dan akhir sekali, aku percaya Allah SWT dan isteri serta ayah dan ibu ku. Yang lain tolak tepi. Kalau aku dah mati, harap korang yang pernah sakiti tu dapatlah cari..
Aku sekarang sakit teruk tapi aku tetap gagahkan diri untuk bekerja sebab tu sahaja punca nafkah ku. Dan aku tak akan harap ‘sahabat’ tu datang minta maaf.. Semoga berbahagialah sahabat tu..
Terima kasih.
Yang benar,
– Insan Tersakiti, Joe (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit