Insan Terseksa

Assalamualaikum.. Nak tanya pendapat semua memang normal ke macam kisah mak mertua dan adik ipar saya ni?

Saya berkahwin dah setahun dan tinggal di rumah mertua.. Adik ipar satu-satunya anak perempuan dalam keluarga mertua dan dia tinggal berdekatan rumah mertua..

Disebabkan jarak rumah dekat, boleh kata setiap hari dia datang rumah mertua.. Tapi bila datang, pinggan makan tinggal camtu je tak basuh.. Di mana makan di situ tinggalkan..

Kalau makan jajan, plastik semua bersepah atas lantai merata-rata.. Anak2 adik ipar dan adik ipar sama naik.. Bila diorang balik je mesti rumah jadi macam sarang tikus..

Selalunya anak2 adik ipar akan bermalam di rumah mertua sebab mak mertua saya terlalu manjakan anak2 adik ipar..

Bila budak2 tu (6 & 7 tahun) mandi, baju kotor berselerak atas lantai dapur, tuala letak merata, pinggan tak angkat, tak basuh.. Buat selerak satu rumah..

Saya lah yang kena basuh, kutip dan urus semuanya.. Sampai terfikir adik ipar langsung tak bertanggungjawab sebagai seorang ibu..

Mulut budak2 tu pulak tak macam budak2 biasa.. Cakap lepas dan biadap dengan orang tua..

Pernah saya tegur perangai anak adik ipar, last2 mak mertua masam muka 2 hari tak nak cakap dengan saya.. Padahal saya tegur baik2 dan cakap benda betul..

Tapi mak mertua cakap budak-budak biasalah tu.. Saya tahu budak2 memang nakal.. Tapi biarlah nakal dan beradap bukan nakal dan biadap..

Tak cukup di rumah, mak mertua saya suka mengusung adik ipar dan anak2 dia bila nak ke mana2.. Masalahnya bila nak ke mana2, saya dan suami yang kena bawa mereka.. Isteri mana yang suka berkongsi?

Kalau mak mertua sahaja saya faham.. Tapi masalahnya dah jadi pakej kalau nak bawa mak mertua mesti wajib bawa adik ipar dan anak2..

Kadang2 nak hargai mak mertua dan tunjuk kasih sayang.. Saya dan suami nak bawa pergi makan atau berjalan-jalan.. Last2 mak mertua mesti ajak adik ipar dan anak2 dia..

Bila berjalan dengan diorang, saya rasa rimas sangat sebab anak2 adik ipar sangat buas dan bising sepanjang perjalanan.. Adik ipar bila bersama kami, dia hanya ralit bermain phone.. Anak2 dia lepaskan supaya kami yang lain menjaga..

Suami adik ipar pulak jenis tak kisah.. Jadi kalau ada apa2 suami dan saya lah yang kena uruskan.. Nak pergi supermarket pun kena bawak adik ipar, nak kenduri, nak ronda2 pun kena bawak..

Tambah sekarang saya makin stress sebab mak mertua saya terlalu manjakan cucu2 dia, jadi anak2 adik ipar asyik nak duduk rumah mertua.. Nak makan kedai asyik saya dan suami je kena bawa..

Mak mertua asyik ikutkan je budak2 tu nak apa2.. Kami nak pergi bercuti pun kena bawak mereka sekali.. Suami adik ipar dan adik ipar lepas tangan..

Anak nak apa2 asyik minta kat mertua atau kami suami isteri je, sampai saya dah tak rasa ikhlas sebab terlalu kerap.. Macam dah takde mak bapak budak2 tu..

Sepatutnya usia 1 tahun perkahwinan, saya dan suami patut lalui moment bahagia dan manis sebab bagi saya perkahwinan kami masih baru..

Tapi kenangan setahun saya berkahwin, saya banyak habiskan masa melayan kerenah mertua dan anak2 adik ipar dan adik ipar..

Di rumah mertua dah tentu2 banyak batasan kami suami isteri.. Nak keluar bilik pun kena pakai tudung.. Nak bersembang pun kena berpada-pada..

Tak termasuk kerja2 rumah yang saya kena buat sebab adik beradik suami semua nak jadi raja goyang kaki sahaja taknak buat kerja walaupun basuh sebiji pinggan..

Jadi saya pun nak juga masa dan privacy bila keluar rumah.. Tapi susah sangat.. Kalau tak bawa mak mertua, bila kami balik rumah terus masam muka tak bawa dia..

Tapi bila bawa menyakitkan hati sebab dia asyik suruh bawa adik ipar dan anak2 je.. Saya tak pernah bercuti berdua lagi dengan suami sepanjang perkahwinan.. Sedihnya bila fikir..

Sekarang kepala saya macam dah meletup.. Saya dah macam rasa annoying sangat2 dengan perangai adik ipar dan anak2 dia..

Mak mertua terlalu sayangkan anak perempuan dia satu-satunya dan cucu2 dia, tapi saya yang kena banyak berkorban..

Terpaksa berkorban kongsi suami dengan diorang.. Masa dan tenaga saya untuk melayan kerenah mereka.. Saya rasa mental saya dah burn out dah..

Saya cuma nak tanya, saya yang berlebih-lebih atau memang normal perangai mak mertua dan adik ipar saya?

– Insan terseksa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *