Insan Tidak Berguna

Saya Anggur. Maaf saya tak pandai nak susun ayat.

Saya baru bekerja sementera dalam 2 minggu di tempat kakak saya bekerja (Mixue ice cream).

Saya merasakan diri saya insan yang tidak berguna kerana saya sentiasa menyusahkan orang.

Hari ini kedai ramai sangat orang datang. Saya tak sengaja salah ambil order grab dan customer yang datang kedai.

Dan kakak saya marah saya dari kedai sampai ke rumah. Termasuk mak ayah saya dengar pada masa yang sama.

Saya tak laju buat air macam orang lain. Saya cuba menjadi laju buat kerja tapi tak sehebat mereka, dan kawan² kerja semua tahu cerita ini.

Dulu sebelum saya bekerja di situ saya pernah kerja di Mr DIY pun saya kena panggil lembab dengan supervisor Mr DIY..

Saya pun dah keliru dengan diri sendiri..

Tak tau nak betulkan diri ni macam mana lagi dan kuatkan hati untuk menjadi kental macam orang lain.

Terima kasih sudi baca kisah ini…

– Anggur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Sabar je dik..baru sgt 2mggu tu. Setiap kita ni ada kekurangan. Mgkin adik perlahan bab bancuh air tapi adik mgkin ada tarikan utk pelanggan datang ke situ. X semua org ada kebolehan cepat dapat ilmu.. malah sikit sgt yg mmg dilahirkan cekap. Yang ramai ialah berjaya kerana sabar dalam BELAJAR sesuatu. Pekakkan telinga, keraskan hati tapi nekad utk perbaiki diri wpun perkembangannya agak perlahan. Bertahan okay. Semoga berjaya.

  2. hi awak! tak apa, 2 minggu tu dalam proses belajar lagi bg saya. abaikan mulut orang lain! chaiyok!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *