Insan Yang Paling Aku Sayang, Hancurkan Hatiku

Assalamualaikum dan hai semua. Aku Fared (bukan nama sebenar) sekadar hanya ingin berkongsi dan membaca feedback kalian.

Tak pernah terlintas akan diuji sebegini rupa, aku perlukan tempat untuk luahkan isi hati sebab ini aib dan maruah diri aku.

Aku telah berkahwin, mempunyai isteri yang agak cantik paras rupa dan dikurniakan 4 cahaya mata penguat kasih sayang.

Kami berkahwin pada usia yang agak muda terutamanya isteriku, awal 20an dia memilih menamatkan zaman bujangnya bersamaku.

Jarak usia kami 5 tahun tapi bagi aku itu perkara biasa, dan aku juga normal, sentiasa memberikan yang terbaik nafkah zahir dan batin.

Aku sentiasa cuba memberikan kemewahan dan kesenangan pada isteriku.

Sayang sangat-sangat. Aku tak pernah ada kekasih dari zaman sekolah sehingga kahwin, isteri adalah satu-satunya kekasih hati.

Kami telah berkahwin hampir 14 tahun dan isteri aku adalah pasangan yang sangat bertoleransi terutama bab kewangan.

Tiada istilah duit aku duit kau, kami kongsi segalanya dan tidak pernah ungkit mengungkit. Isteri aku juga pandai memasak walaupun setelah bekerja membataskannya.

Susah senang kami lalui bersama. Isteri yang sempurna, yang sangat sayangkan suaminya dan anak-anak.

Aku selalu melihat rakan-rakan yang bermasalah kewangan kerana segala komitmen perlu ditanggung dan isteri tidak mahu membantu berkongsi membayar komitmen walaupun gaji hampir sama jumlahnya.

Aku sangat beruntung, getus hati aku sentiasa.

Cuma setelah beranak dua, hubungan batin kami agak jarang. Kadang-kadang sebulan sekali, kadang dua bulan baru dapat. Aku faham mungkin dia penat bekerja.

Perkara ini berlanjutan agak lama sehingga aku terpaksa melampiaskan nafsu aku secara beron*ni di bilik air.

Cuma aku perasan isteriku sentiasa tak lekang dengan handphone di tangan.

Waktu masak, makan, mandi semuanya dengan phone. Aku tak syak apa-apa, yalah zaman sekarang semua orang suka layan socmed.

Dia juga mula membeli pakaian dalam yang agak seksi, lingerie, s*ks costume yang sangat seksi, minyak wanginya juga bau agak seducing.

Aku pernah bertanya, beli banyak-banyak ni kenapa dan pakai bila, alasannya waktu bersama dengan aku lah suami yang sah, walaupun adalah 4-5 kali sahaja dalam setahun.

Baru-baru ini aku nak upload sekeping gambar yang diambil menggunakan phone isteri, dia terlupa untuk send padaku.

Takdir Allah, dia tertidur dan lupa simpan phone, aku pun ambil dan teka passwordnya adalah tarikh lahir.

Tepat!!

Aku menggigil, seakan-akan telah menggali harta karun di dalam phone isteriku.

Aku terkejut bila melihat dan membaca whatsapp lucah dia dengan rakan sekerja, kawan seaktiviti (fitness) Instagram dan gambar-gambar di dalam photo albumnya.

Dia sekolah-olah wanita liar, terbalik daripada perwatakannya.

Skandal isteri aku bukan pada seorang lelaki sahaja, sebaliknya tiga-empat orang lelaki!! Sukar untuk aku percaya.

Aku jumpa resit tempahan hotel (online receipt) sebanyak 5 kali, maknanya skandal sehingga ke ranjang.

Hampir 4-5 tahun juga aktiviti skandal isteri aku daripada timeline yang aku perhatikan dari tahun gambar-gambar diambil dan chat yang tak pernah dia delete.

Patutlah ajakan aku untuk bersama sentiasa ditolak, rupa-rupanya dia makan luar!

Her dark side makes me shiver. Aku terus kejutkan di yang sedang tidur dan bertanya pada dia, apa salah aku pada dia sampai sanggup memijak maruahku.

Isteri aku menangis meminta ampun. Aku tampar (pukul sedikit untuk mengajar) namun tidak kuat. Hanya untuk memberi kesedaran sakitnya dan hancurnya hati aku pada dia.

Persoalannya, patutkah aku ceraikan dia?

Aku sangat sayang pada isteriku walaupun susah nak maafkan apa yang telah dia buat, menggatal dengan lelaki lain sehingga ke hotel.

Tak sanggup dan tak terfikir bagaimana anak-anak akan hidup tanpa keluarga yang lengkap bila ibu bapa berpisah. Rasa kasih pada anak-anak menenggelamkan amarah aku.

Tapi maruah, ego dan perkataan dayus bermain di kepala aku setiap hari. Seorang suami yang isterinya diratah lelaki lain, menghantui fikiranku setiap hari.

Setakat hari ini, aku tidak menceraikan isteri aku dan aku telan pahitnya, beri dia kemaafan walaupun redha itu tidak pernah hadir atas segala kesalahannya.

Aku cuba lalui hari-hari mendatangkan untuk lupakan kesalahan dia dan move on demi anak-anak.

Satu pesan aku pada suami-suami di luar sana, walaupun isteri kita lengkap dari semua segi, sopan, tutup aurat dan sebagainya, simpanlah sedikit curiga.

Checklah phonenya sebelum kecurangan semakin parah jika ada.

– Fared (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *