Assalammualaikum,
Aku D, seorang wanita berusia 20-an dan baru sahaja bergraduasi. Ini cerita aku tentang orang yang difitnah.
Waktu aku sekolah dulu, aku jenis pelajar yang mulut becok, banyak cakap. Sampai orang panggil kepoh haha. Tapi walaupun aku jenis kepoh, demi Allah aku tahu adab. Takdenya lah mulut aku ni jenis yang nak becok bercerita sampai kalau cikgu panggil pun nak lawan. Tu bukan becok ya, tu biadap.
Maka nak dijadikan cerita, waktu aku sekolah rendah dulu, kami satu batch pergi ke hutan ada kem. Pernah satu kejadian tu, tiba-tiba ada budak perempuan menjerit dalam bilik air. Kebetulan bilik air perempuan dekat dengan tempat makan, so ramai lah dengar jeritan budak perempuan ni. Bila jadi macam tu, kawan-kawan aku ada yang agak aku yang jerit sebab jenis budak yang clumsy pastu bising kan, so jadi target. Haha. Tapi aku tak kisah pun bila kena tanya, takde lah tiba-tiba kena fitnah ke apa. At least, dorang tanya untuk kepastian dari main tuduh je. Tapi klimaks, bila esoknya waktu kuliah subuh, ada seorang cikgu ni mention nama aku kononnya warning sebab menjerit. Bayangkan apa perasaan budak darjah empat ketika tu? Kena tuduh depan semua orang, malu, depan kawan-kawan, depan budak lelaki, waktu kuliah subuh yang tiada kena mengena dengan tajuk kuliah pun. Jujur aku kecewa dan sedih sangat, dan aku bagitahu pada diri aku, yang aku tak sanggup nak hadap lagi cikgu tu. Aku menangis sebab risau bila aku dah tak sanggup nak hadap wajah cikgu tu, aku tahu aku tak dapat ilmu dia (cikgu tu cikgu matapelajaran untuk kelas aku ketika tu). Risau redha cikgu, risau ilmu tak berkat. Betapa sungguh-sungguh aku menangis pada Allah, sebab aku kecewa difitnah begitu, dimalukan begitu rupa depan kawan-kawan aku.
Nak dijadikan cerita, 2 minggu selepas tu, aku dengar cikgu tu kena berhenti kerja. Atas sebab disiplin, cikgu tu kena buang. Allahu, adakah sebab doa aku pada Allah? Cumanya aku tiada minta sampai cikgu tu kena buang. Aku cuma sedih sebab kena fitnah dan aku risau ilmu yang aku tuntut nanti tak berkat.
Next cerita, aku ada seorang kawan. Lawa, pandai, kaya sungguh. Jenis yang zaman 10 tahun lepas, segala handphone canggih dia ada lah. Pernah aku cerita tentang rumah aku, yang konon-konon kalau ada artis datang rumah mesti terkejut. Haha. Konon-konon lah kan, budak-budak pun namanya. Korang tahu apa kawan aku cakap? ‘Ala rumah buruk tu, ada ke orang nak datang’. Aku tersentak, rumah buruk? Selama aku ajak kau datang rumah aku, kau cakap rumah aku buruk. Allah, hanya kerana kau kaya, kau mampu duduk rumah banglo mewah, kau cakap macam tu? Demi Allah, aku sabar je. Aku hanya mampu cakap dalam hati, supaya kawan aku rasa apa perasaan rasanya hidup macam ini.
Selepas beberapa tahun, aku dengar kawan aku ni jatuh sakit. Sakit yang susah nak sembuh. Kena pergi berubat sampai ke luar negara. Sampai sekarang ni, 10 tahun kemudian pun, dia masih bergantung pada ubat. Dan kerana ubat, fizikal dia berubah.
Konklusinya di sini, apa yang aku nak beritahu adalah hati-hati dengan kata-kata kita, perbuatan kita. ‘Mulut aku, suka hati aku lah,’ atau sebagainya, tanpa kita tersedar kita boleh menyebabkan orang lain sedih dan kecewa dengan diri kita. Aku kecewa dengan diri aku sebab pada aku, apa akan jadi pada persahabatan kalau aku sendiri tak mampu nak jadi ikhlas kerana kata-kata kawan aku dan aku sedih bila cikgu aku memalukan aku dan fitnah aku tanpa usul periksa. Wahai sahabat-sahabat di luar sana, banyak fitnah di luar sana. Cyber bullying dan sebagainya, maka ingatlah, kita akan disoal dengan segala tindak tanduk kita. Hati-hati.
– H
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit