Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku Liya, 30an, bujang, kini tinggal di Selangor, sekarang sedang dalam proses penulisan tesis PhD aku. Ini first time aku menulis di sini, biasanya aku hanya silent reader.
Daripada pemerhatian aku, setiap kali ada topik yang berkaitan dengan PhD, jenis komen yang akan ditinggalkan intinya lebih kurang sama. Sebagai salah seorang daripada kalangan pelajar PhD, komen yang tajam sememangnya menusuk kalbu serta pedih hati bak dihiris sembilu.
Senang cerita, memang koyak jugalah perasaan. Habis hilang motivasi menulis tesis dek sakit hati. Haha. Tapi memang aku tak nafikan ada beberapa perkara yang betul contohnya berkaitan pasaran kerja, pengalaman, skills, etc. Ya, memang benar apa yang diutarakan oleh anda sekalian.
Ya, kebenaran yang pahit untuk ditelan, tetapi harus ku telan jua. Ada yang kata, orang yang sambung study ni sebab,
(i) nak elak masuk dunia bekerja,
(ii) kejar impian,
(iii) nak naik pangkat,
(iv) isi masa lapang,
(v) mendalami falsafah ilmu,
(vi) parents paksa, eh bermacam-macam lagi lah.
Yelah, setiap orang ada sebab yang tersendiri. Chill okay. Dalam coretan ini, aku nak kongsi pengalaman aku “terjebak” sebagai seorang pelajar postgrad di salah sebuah Research University di Malaysia.
Sejak zaman degree lagi aku memang TAK NAK sambung Master atau PhD. Sebab aku nak kerja, bayar hutang PTPTN, lagipon grad degree dengan PNGK 3.4 je.
Lepas tamat degree bulan Jun, aku gigihlah apply kerja, usung resume pergi temuduga. Waktu aku konvo, hanya 1% course mate aku yang dapat kerja dalam bidang kami.
Macam-macam jenis kerja aku mohon termasuk yang lari bidang sebab tak nak menganggur. Banyak juga pergi interview, tapi belum rezeki ditambah dengan kelemahan skill interview aku ketika itu agaknya. Hehe.
Tak lama lepas tu, aku bekerja sambilan di sebuah kedai alat tulis berhampiran kawasan rumah.
Dipendekkan cerita, satu hari kawan aku beritahu ada seorang lecturer tempat beliau mencari Research Assistant (RA). RA dikira sebagai staff sementara lah untuk bekerja dalam projek dibawah lecturer tersebut dalam satu jangkamasa yang tertentu contohnya 2 atau 3 tahun.
Gaji yang ditawarkan pula dalam range RM1,500 – RM1,800, ada tolak EPF juga. Sebagai seorang yang desperate cari kerja, aku terus pergi mohon dan dipanggil interview. Tapi malangnya, scheme untuk RA tu, telah pun diisi.
Aku ditawarkan pula dengan tawaran sambung Master beserta elaun bulanan RM1,600 untuk 2 tahun dibawah scheme GRA (Graduate Research Assistant).
GRA ni tak ada EPF ye sebab status sebagai pelajar. Tercengang lah juga aku, lain yang dipohon, lain pula yang dapat. Lecturer tersebut minta aku pertimbang secepatnya sebab tak lama lagi system pendaftaran tutup. Balik bincang dengan family, mak aku lah yang paling bersungguh minta aku terima.
Katanya dalam family kami, belum ada sejarah yang ambil Master. Hampir 3 minggu aku diam tanpa jawapan sebab sebolehnya aku tak mahu sambung belajar.
Aku juga masih giat mencari kerja yang sesuai supaya boleh tolak tawaran belajar tersebut. Namun, masuk minggu keempat masih tak dapat, duit simpanan pon sendu.
Nak tak nak, aku terima saja lah tawaran GRA tersebut. Kebetulan waktu tersebut kerajaan ada menyediakan scheme MyBrain15 untuk biaya yuran pengajian, jadi aku fikir RM1,500 tu cukup lah untuk kos hidup.
Fast forward, selesai urusan pendaftaran dan aku pon memulakan perjalanan sebagai pelajar postgrad. Aku fikir mudah je buat research ni, rupanya rasa nak pecah kepala sebab degree aku lain bidang, waktu master aku explore new field.
Padan muka too young too dumb to realize. Sampai satu tahap, aku pon tak tahu lah apa yang aku buat tapi aku jalan je terus. Hahaha. Sudahnya aku ambik masa hampir 3 tahun ye untuk sampai proses jilid tesis lengkap.
Habis je master, aku berazam nak cari kerja tak mau sambung PhD sebab serik study dan juga dah mula rasa insecure dengan job market waktu itu. Aku sedar je, aku tak ada pengalaman pon.
Jadi, aku nak bermula daripada bawah. Dalam resume aku tak tulis ada master. Aku hanya tulis, aku ada pengalaman kerja jadi RA sebab waktu study tu, aku banyak melibatkan diri dalam project scope bidang industri. Punya lah nak sangat sangkut kerja, aku letak expected salary pon Rm1,800 je. Haha.
Tapi itulah, seseorang pelajar postgrad research agak sukar untuk tidak mempunyai digital footprint terutamanya berkaitan dengan penerbitan artikel-artikel kajian.
Senang cerita, taip nama penuh di google, habis lah keluar record penerbitan, penglibatan dalam workshop, seminar serta laman web university. Kantoi busuk je sorok sijil.
Aku cari kerja melalui bermacam-macam platfom termasuklah melalui recruitment agent. Pelbagai jenis jawatan lah daripada professional sampai lah ke tahap kerani kilang pon tak lekat.
Pernah diterima kerja, rupanya kena tipu. Sadis betul. Dalam masa yang masa, co-supervisor ketika Master tu ada juga merisik-risik aku untuk sambung PhD dibawahnya kerana beliau berjaya mendapatkan research grant.
Jika aku sambung PhD, aku akan memperoleh elaun bulanan sebanyak Rm2,000 dibawah scheme GRA selama 2 tahun. Family aku seperti biasa, mendorong aku untuk sambung belajar lagi sebab tak ada lagi dalam family yang ada PhD. Hahaha.
Fikir punya fikir, aku nampak ini je lah jalan yang aku ada. Jika aku tak kerja, macam mana nak bayar hutang PTPTN. Aku pejam je lah mata isi lagi system postgrad. Tup-tup sekarang dah pon dalam proses menulis tesis.
Sesungguhnya, bila orang tanya aku apa sebab utama nak sambung PhD, aku tak tau nak jawab apa. Nak kata kejar impian pon tak jugak, nak kata elak daripada cari kerja pon tak.
By the way, sepanjang pengajian Master dan PhD aku tidak susahkan family. Master under biasiswa, PhD aku self-funded hasil kumpul elaun dan kerja part time.
Menyesal ke tidak? Kalau nak cakap menyesal pon tak guna juga, sebab tengah “on the way”. Hahaha. Ya, betul ramai yang tidak bernasib baik untuk dapat kerja yang sepatutnya especially PhD holders.
Kalau nak kupas isu kenapa, ia melibatkan banyak faktor, pihak serta amatlah rumit untuk dijelaskan kerana kita tidak boleh melihat daripada satu sudut pandang sahaja. Kerana setiap pihak mempunyai matlamat yang tersendiri dan mungkin sahaja bercanggah antara satu sama lain.
Akhir kata, kepada rakan-rakan seperjuangan yang masih berjuang dalam menuntut ilmu, teruskan usaha ke garisan penamat, jangan pernah rasa rugi dengan lelahnya menuntut ilmu.
Kepada rakan-rakan yang telah berjaya menamatkan perjuangan, sentiasalah ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk. Sekian saja coretan aku. Maaf sebab bercampur bahasa sebab aku penat tulis tesis yang formal tu.
– Liya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Congratulations sis! You’ve done your best.. itulah, kadang2 dalam hidup ni, kita tak boleh nak terlalu berharap dengan plan kita.. kadang2 plan kita lain, tapi lain jadinya.. 😂 Kesimpulannya, kita plan, Allah pun plan dan semestinya apa yang DIA plan tu lah yang terbaik.. Saya pun tengah berkira2 nak jadi GRA ni.. Saya pula memang teringin nak sambung belajar, tapi, bila dapat offer, rasa risau pula.. rasa mampu kah? 🥲huhuhu.. Mohon tolong doakan yang terbaik untuk saya juga ya.. n of course all the best for your future endeavours sis!
Salam ..saya nak bertanya..saya ibu pada anak saya yg jd GRA master untuk projek bergrant.Ada problem bayaran allowance tak awak hadapi..anak saya dari bukan oct spi sekarang tak dapat bayaran..😔lecturer kata dah apply tp pihak U lambat dan ada proboem duit grant..nak feedback jer untuk saya ambl langkah seterusnya..