Assalamualaikum. Aku Kak Long sebab anak sulong. Anak sulong yang dah berusia juga.
Mak ayah, keluarga dah tentu lah akan asyik bertanya bila nak kahwin. Aku tetap takda jawapan dan hanya diamkan diri. Kenapa? Kisahnya disini…
Aku kenal seseorang ni di laman media sosial dan dia yang mula mesej aku. Memandangkan waktu tu aku single jadi aku pun cuba respon mesej si dia. Kisah ni dah 4 tahun ya sehingga kini.
Ok kami mula bermesej dan kemudian bertukar no telefon. Aku tak pernah terpikir masa tu ada fake account ke apa, jadi aku layan saja lah.
Dah beberapa lama kami bermesej kemudian kawan aku terjumpa gambar lelaki yang aku kenal tu dekat account orang lain. Masa tu aku baru tahu dia ni penipu dan guna account dan details orang lain.
Aku terus tanya siapa dia sebenarnya dan dia mengaku tu bukan gambar dia. Kali kedua pun kantoi lagi dia guna gambar orang lain jugak.
Aku rasa macam aku ni bodoh gila percaya kat orang. Mudah sangat kena tipu dengan orang.
Selepas kantoi kali kedua tu baru dia tunjuk gambar sebenar dia tapi aku dah tak percaya lah sebab dah dua kali aku kena tipu.
Banyak sangat hal yang aku tak percaya dia sebab dia banyak kali menipu aku. Nama dia, life dia, kerja dia semua dia tipu.
Aku tak tahu dan tak faham kenapa wujud manusia macam tu. Aku bertahan melayan dan berkawan dengan dia sebab dia kata dia sayang aku. Aku cuba maafkan dan bagi peluang.
Selama aku berkawan dengan dia bertahun tahun tu aku tak berkenalan dengan sesiapa sebab aku pun jenis bukan suka nak melayan ramai lelaki.
Aku pernah sampai tahap stress menangis sebab melayan sikap dia. Bayangkan selama kitorang berkenalan 4 tahun dia tak pernah call aku, jumpa pun tak pernah.
Bukan aku tak pernah tanya bila nak call, bila nak jumpa. Dah banyak kali aku ajak tapi jawapan dia memang tak boleh diterima langsung.
Kitorang banyak kali gaduh, selisih faham. Tapi aku tahu masalah kitorang ni sebab takda komunikasi langsung. Tak pernah bercakap hanya bermesej, kau rasa boleh ke kita percaya buta buta macam tu saja.
Korang bayangkan sendiri lah 4 tahun kenal tapi tak bercakap dan tak berjumpa langsung.
Alasan tak boleh jumpa lagi sebab belum ada rezeki nak datang jumpa sebab kami dari negeri yang berbeza tapi bukan negeri seberang laut.
Datang naik motor ke kereta ke bas ke boleh saja sampai. Tapi aku tak tahu sebab utama dia tak nak jumpa aku. Bila orang tak nak call tak nak berjumpa dah tentu lah kita akan pikir macam-macam.
Adakah dia ni tak wujud, adakah dia laki orang, adakah dia perempuan sebenarnya,atau budak-budak. Eh macam macam lah aku pikir. Susah gila weh nak ajak call dan jumpa. Bermacam-macam alasan.
Kitorang gaduh, diam tak contact lepas beberapa minggu macam tu baik semula. Aku pun cuba ketepikan ego aku dan mengalah.
Aku pun tak suka nak bergaduh dengan orang lama lama. Aku bertahan sampai sekarang pun sebab yang paling utama adalah aku nak tahu siapa dia sebenarnya.
Kitorang selalu saja berkongsi cerita (aku saja yang banyak berkongsi), bertukar tukar hadiah, dia saja lah teman aku mengadu.
Tapi aku sekarang dah sampai tahap aku dah give up dengan dia. Kalau betul dia sayang aku, dia akan ada effort nak datang jumpa aku.
Sumpah weh aku penat pikir siapa dia sebenarnya. Apa sebenarnya yang dia nakkan. Apa yang dia dapat dengan buat macam ni.
Dah 4 tahun pun still tak tahu siapa dia, siapa kawan dia, keluarga dia, life dia. Bukan aku tak tanya semua hal tu, aku tanya tapi dia tetap berahsia.
Aku tak pernah jumpa manusia macam ni. Ada satu cara yang aku boleh buat untuk cari tahu siapa dia, cuma aku belum berkesempatan untuk pergi cari tahu pasal dia. Apa lagi yang patut aku buat???
Dan pada aku tak bercakap dalam phone langsung tu memang tak normal lah. Bukan aku mintak suruh call hari hari, setahun nak dapat dia call pun memang mustahil weh.
Nak kata dia pemalu dengan perempuan? Lagi lah tak. Sebab dia cerita dia boleh saja keluar makan ramai-ramai, bergambar dengan kawan perempuan sama kerja dia. So bukanlah pemalu pun.
Kalau ada orang boleh bantu aku cari tahu pasal si dia ni, aku bersyukur sangatlah. Sekian.
– Kakak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit