Aku berumur 23 tahun, menetap di sebuah universiti tempatan dan di tahun akhir pengajian. Doakan aku semoga aku dapat grad tahun ni (walaupon tengah musim covid yang tak tahu bila penghujung).
Aku ni berbadan gempal, dan kulit berjerawat. Bukan kategori budak pandai (yang bersahaja)
Insecurity feeling ni start bila aku start umur aku yang sekarang (nampak sangat sebelum ni aku lagi buruk dari sekarang kan).
1. Aku rasa diri aku tak cantik sebab gemuk.
Pernah ada seorang kawan aku cakap “kalau kau kurus, mesti ada lelaki yang minat kau, sumpah”. Time aku siapa tak down kan, nampak sangat kau hina sangat sebab gemuk lepastu orang tak pandang. Sedih dalam hati seorang diri.
2. Kulit tak flawless.
Memang kulit tak flawless. Tapi insecure bila duduk dalam circle friends (friends yang semua flawless, kawan aku semua cantik) yang asyik cakap pasal kecantikan, muka korea ni flawless, muka kawan ni flawless tanya tips semua. Selalu aku simpan dalam hati ja, down lagi.
3. Gemuk sebab tu single.
Kawan aku banyak dah tunang dan yang ada “boyfriend”. Maka circle of friends aku mula bercakap, “dia cantik, kurus, siapa je tak nak”.
Bila dengar benda ni berulang -ulang seolah2 orang cantik dan kurus sahaja layak ber “boyfriend” (walaupon bukan keperluan aku masa tu).
Down kali ketiga.
Ketiga tiga benda ni boleh dikatan setiap hari dengar sebab aku duduk dalam circle friends yang sama.
but now i am no longer feeling down. it is my time to be myself.
Aku yakin disebalik kekurangan yang orang nampak dekat aku tu, ada kelebihan yang orang nampak kat aku. Aku bukan cuba nak menyerlah dan nak jadi orang lain, tidak sama sekali.
1. Cuba ubah sedikit penampilan aku dengan pakai make up (foundation tapi tak tebal macam pengantin, gincu nude colour) walaupon aku gemuk. At least muka nampak terjaga.
2. Baju baju aku akan beli yang cantik, blouse cantik, tudung cantik supaya aku kelihatan kemas dan bersih walaupon orang tak pandang aku pon (yang penting aku pandai jaga diri)
3. Aku ni memang gemuk tapi tak nampak gemuk sangat sebab tinggi. Aku dari dulu berzumba, tapi tidaklah istiqamah.
Aku adalah cuba beberapa kali untuk turunkan berat badan sedikit tapi biasalah nafsu. Stress sahaja makan. Tapi setiap minggu aku akan pastikan aku bersukan dan berpeluh.
Dan aku paling minat zumba, so aku akan spend money untuk pergi zumba luar kampus, sister sahaja okay! sebab fun and enjoy). Malam selalunya free, so apa lagi, cau dulu pergi zumba.
4. Aku cuba perbaiki dalaman aku. Aku akan make sure aku baca quran setiap hari walaupon paksa diri sebab aku rasa hari hari aku baca, akan mengingatkan aku bahawa dunia ni bersifat sementara.
Aku selalu tanamkan dalam diri aku yang “tidak apa kalau manusia tak pandang kamu di dunia atau pandang hina kat kamu tapi Allah akan pandang kamu di akhirat dan bagi ganjaran besar kepada kamu”.
5. Pasal single.
Sebenarnya aku dan plan dah pun, kalau aku ditakdirkan single, aku terima dan bila bekerja aku akan bagi bantuan kepada orang orang yang memerlukan, jaga mak ayah aku dan bahagiakan mereka sampai akhir hayat aku.
Dan harapnya aku dapat bidadara syurga. Tapi bukan bermakna aku tak cari jalan nak cari jodoh. Usaha lepastu tawakal sampai aku rasa penat cari jodoh.
Aku bersyukur sebab orang semua senang berkawan dengan aku sebab aku jenis happy go lucky.
Dan aku bersyukur aku ada keluarga yang bahagia, yang jaga makan minum aku, manjakan aku.
Akhir kata, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang dan perbetulkan mana yang mampu. Buat semua benda kerana Allah bukan sebab nak dapat pujian manusia.
Aku harap lepas ni tak ada perkataan insecure lagi dalam hidup aku.
– AMARA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit