Assalamualaikum semua. Terima kasih admin andai kata confession aku disiarkan.
Aku memang penggemar page ni dari zaman study dulu kala. Sekarang umur dah 30 series pun aku baca lagi, tak pernah komen tapi aku suka baca komen- komen dekat sini. Tak pernah terfikir akan meluah kat sini, tapi aku perlukan semangat.
Aku gelarkan diri aku Mekar sebab aku memang perlu mekar dan hilangkan insecure aku ni. Aku dilahirkan dalam keluarga yang susah dan adik beradik ramai. Korang bayangkan ja la orang kampung yang hidup susah, macam tu la family aku.
Dilahirkan dalam family susah ni aku terima dengan redha. Ayah aku baik, dah berusaha bagi pendidikan untuk kami semua. Mak aku pun baik, tak pernah dengar mak aku bergosip. Hadap apa semua dengan ayah aku sampai ayah aku meninggal dunia.
Time tu aku study lagi dekat universiti. Adik beradik aku semua belajar masuk universiti. Tak tau la macam mana ayah aku boleh cover semua. Dalam satu masa, lima orang masuk u. Aku bersyukur bab ni.
Ayah aku meninggal tak tinggal harta apa-apa. Rumah kami sewa, sampai sekarang. Atas-atas aku semua dah kahwin dah berkeluarga. Aku belum kahwin. Puncanya, aku insecure. Cerita bab insecure ni buat aku selalu menangis.
Aku insecure dengan keluarga aku, yang masih menyewa. Lepastu masa kecik dulu aku pernah accident, gigi aku rosak. Gigi depan tu perlu buat rawatan akar. Aku dah buat, tapi tak sure la berapa lama boleh tahan.
Sebenarnya kawan-kawan aku cakap aku cantik je. Allah bagi aku kurus tinggi elok, kulit putih, jerawat takda, rambut kening semua elok. Tapi yang gigi tu la aku selalu fikir.
Aku memang tak pernah bercinta langsung sebab tak confident. Aku selalu fikir ada ke orang boleh terima. Macam lawak ja. Cuma kebelakangan ni, mak aku selalu hantar doa-doa jodoh.
Aku tak sampai hati nak cakap yang aku insecure. Depan orang aku lawak dan ceria saja, hakikatnya aku tak mampu nak bercerita tentang diri aku.
Aku selalu cakap dekat diri sendiri, Allah dah bagi nikmat banyak dah dekat aku. Aku dari kecik top student, serba serbi boleh buat, akademik boleh dan kerja lain memang tangkas, memasak mengemas semua pandai. Kerja pun ada.
Tapi itulah, sesekali terdetik juga benda tak elok ni. Tengok abang kakak kahwin bahagia, anak comel- comel aku pendam ja semua.
Aku kalau orang nak berkenalan aku tak berani sebab duk memikirkan aku punya insecure. Cuma baru ni aku ada la kenal online dengan lelaki ni. Puas mengelak tapi macam tak jalan. Pertama kali aku rasa macam nak cuba jugak tapi tu lah, insecure.
Hampa tolong taskirah kat aku sat. Kot hilang insecure boleh dapat jodoh. Jodoh yang baik untuk aku dan agama aku. Kawan aku pi mekah semua aku suruh doa jodoh. Nak tunaikan permintaan mak aku.
Terima kasih sudi baca. Lagi bagus kalau sudi komen bagi semangat. Sorry kalau bahasa caca merba, sekali taip je ni. Tak larat check dah.
– Mekar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Semoga one day Allah kurniakan sis jodoh yg boleh menerima seadanya Aamiin
adui…kecik punya hal…jgn banyak fikir…mmg perempuan ni…pasal kecantikan tu..dia lebih sikit..tp cayela…xde hal lah…bukan xboleh buat gigi baru…baik knal sebelum lambat..huhu
Awak tak yah rasa macam tu, semua orang ada kelebihan dan kekurangan dia, gigi awak boleh buat. Saya gigi rongak, tapi alhamdulillah ada yang sudi kahwin dan terima saya apa adanya. Tapi sekarang dah buat gigi palsu heheh