Inspirasiku

Hai. Nama aku Hana (not my real name). Aku merupakan pelajar tahun akhir bidang perubatan di Royal College Of Surgeon Ireland. Sebenarnya aku bukan lah pelajar yang cemerlang semasa berada di sekolah menengah. Hanya budak average. Cita-cita aku memang nak jadi doktor tapi memandangkan keputusan2 peperiksaan ku semasa di sekolah menengah kurang memuaskan, aku pendam saja. Sampai kadang2 aku malu untuk memberitahu orang cita2 ku untuk menjadi seorang doktor kerana keputusan2 ku yang kurang memuaskan.

Alhamdulillah peperiksaan spm berjaya aku tempuhi. Cerita inspirasi ku bermula sewaktu aku berumur 18 tahun dan ketika aku sedang bercuti menunggu keputusan spm. Ceritanya bermula apabila ayahku dimasukkan di hospital kerana heartattack dan dia ditahan di dalam wad selama 2 minggu. Aku dan adik beradik ku yang lain bersama ibu bergilir2 menjaga Ayah di wad. Contohnya pagi kakak, tengahari, abang, petang aku dan malam giliran ibu pula untuk menjaga Ayah.

Sepanjang aku menjaga Ayah, satu benda yang paling aku gemar untuk lakukan ialah memerhati para doktor dan jururawat bertugas. Mereka still tersenyum walaupun aku tahu mereka penat. Ada seorang doktor ni, dari hari pertama Ayahku masuk hospital sehingga hari ketiga pakaiannya still sama, kadang2 aku nampak dia hampir terlelap ketika duduk tapi bila melayan pesakitnya dia masih tersenyum dan cuba untuk tidak menampakkan dirinya penat.

Aku tahu kerja mereka penat tapi mereka tetap ingin kelihatan okay. Peribadi para doktor di situ menjadi antara inspirasiku untuk menjadi doktor. Hari keenam Ayahku ditahan di wad, ada seorang doktor perempuan datang ke tempat Ayahku untuk memberikan suntikan antibiotik, semasa dia merawat Ayah, dia tanya aku “dik, tak sekolah ke hari ni?” aku jawab

“Saya dah habis spm. Tengah tunggu result.”

“oh. Nanti masuk u nak ambil kos apa?”

“Ingat nak ambil medic tapi saya bukan pelajar pandai dr. Biasa2 je.”

“Alah, saya pun dulu bukannya pelajar pandai tapi saya usaha. Dulu time spm trial, saya failed tau. F for add math and chemistry tapi saya doa banyak2 sewaktu tunggu spm sebab time nak spm tu pun saya masih tak score lulus dua subject tu tapi saya terus doa banyak2 sebab saya yakin hati manusia ni Allah yang pegang. Who knows dengan doa saya yang sungguh-sungguh Allah lembutkan hati pemeriksa tu. Pemeriksa tu manusia dik. Hati dia Allah yang pegang. And Alhamdulillah bila result keluar, saya dapat straight As. Semua A. Dengan keputusan saya tu lah buatkan saya dapat kos medic and study kat mesir. Dari tu, saya tak pernah putus doa.”

Waktu aku dengar kata-kata Dr Dahlia tu, air mata aku bergenang. Kata-kata Dr. Dahlia tu aku sematkan di hati. Doa yang bersungguh2 dan tak putus pun dikira satu usaha. Alhamdulillah dengan inspirasi itu, aku doa dan yakin berterusan sehinggalah spm keluar, aku dapat straight As. See, dengan doa semuanya berubah. Dan inspirasi ku yang terakhir ialah seorang doktor pelatih yang baru waktu tu jalankan housemanship nya. Tipulah kalau aku cakap sepanjang aku jaga ayahku, aku tak pernah bosan.

Sometimes i get bored sebab takde kawan nak borak, ayahku selalu tidur sebab dia nak rehat lebih. Heart attack kan. Dalam kebosanan aku waktu tu, aku tiba2 fell in love with that doctor. Can u imagine budak 18 tahun tengah tunggu spm jatuh cinta dengan doktor umur 25 tahun yang baru je posting for housemanship? Funny right? Pervert kan? Hahaha. Aku punya tahap suka dengan dia ni sampai angau. Bila je masa aku jaga ayah aku, aku akan pakai sekemas yang boleh. Nak dapat perhatian dia hahaha. Nasiblah waktu tu ayah aku dah getting better so taklah juga aku dapat umpatan orang.

Kalau ayah aku still tak okay baru aku dah macam tu mesti ada orang akan cakap “apalah anak dia ni. Ayah tengah sakit dia still sibuk melawa.” Hahaha. Tapi tak sampai 3 hari misi nak dapat perhatian doktor tu, ayah aku dah boleh pulang. Gembira nya aku sebab Ayah dah sihat tapi sedih juga sebab aku dah tak berpeluang lagi jumpa Dr. Haziq tu. Pulang je kat rumah, hati aku feels empty. Sedih. Tapi perasaan ni lah yang dorong aku nak capai cita2 ku.

Aku sentiasa doa dengan Allah supaya aku dapat capai2 cita2 ku. Aku harap sangat bila aku dah jadi doktor pelatih dia akan jadi doktor pakar untuk bidang aku. Sampai sekarang hati aku tak pernah diisi oleh sesiapa. Mungkin Allah nak aku focus sepenuhnya dengan belajar dan career aku. Oh ya lagi satu inspirasi aku ialah keluarga aku sendiri. My parents and my siblings. Aku nak rawat diorang. Doakan aku k.

Itulah cerita inspirasi aku. To the people i’ve mentioned above, thank you for inspiring me. Thank you for spreading the positivity. To Dr. Haziq, thank you for everything. May we meet again. To Dr. Dahlia, i did it. Thank you for the motivation talk. Semoga kita berjumpa lagi. Kalau bukan di dunia mungkin di SyurgaNya. Inshaa Allah.

– Hana

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *