Terima kasih kalau admin sudi post saya punya confession ni. Saya ada membuat satu kajian dan beberapa bacaan tentang psikologi manusia semasa menggunakan sosial media.
Kadang-kadang bila tengok gambar2 di Instagram, kita rasa meluat. Kadang-kadang kita tengok, banyaknya selfie dia. Kadang-kadang kita tengok, perempuan tudung labuh dengan selfienya pegang tasbih dengan caption masyaAllah cair hati si teruna. Lagi dan lagi ..
Memang ada perkaitan di antara gambar kita dengan sikap dalaman dari segi psikologinya. Kita betul-betul nak share gambar tu atau kita nak menunjuk-nunjuk atau kita hanyalah nak external validation daripada gambar tersebut? Saya tak cakap semua selfie tu menunjuk-nunjuk, semua yang selfie tu narsistik. Cukuplah untuk saya menyuruh para pengguna sosial media menyoal hati sendiri. “Kenapa nak upload gambar ni?” “Adakah gambar ni form the best picture of you?” “Nak menunjuk-nunjuk ke?” dan, JANGAN TIPU DIRI SENDIRI. JANGAN TIPU DIRI SENDIRI.
Bila hati tu dah ketagihkan likes (external validation) mohon tahan diri. Saya cakap, bahaya. Bahaya untuk perkembangan psikologi anda. Boleh menyebabkan anxiety dan kemurungan. Kegembiraan kita bergantung kepada berapa likes yang kita dapat dan tanpa sedar, self-esteem anda sebenarnya jatuh. Kita membenarkan orang lain mendefinisikan diri anda dengan ‘likes’ mereka tanpa mereka mempunyai sebarang perkaitan pun dengan kita. Self-esteem tu datang dari diri sendiri, bukan dari likes.
“Alahaii, nak upload selfie pun tak boleh ke? Gila ‘likes’ la apa la. Nak upload gambar dengan member2.”
Bukan ini maksud saya. Jangan tanya saya. Tanya diri sendiri. Anda tahu hati anda macam mana. Anda tahu apa hati anda berkata. Anda rasa setiap cetusan yang terlintas di hati. Saya tak tahu. Kalau nak upload, upload lah tapi hati tetap kena jaga.
“Kalau tak suka tengok, unfollow je lah. Kau nak judge2 dorang riak, ada penyakit hati laa. Biar je lah dorang.”
Saya cakap random. Sebabnya saya tak tahu secara spesifiknya siapa yang riak atau sebagainya. Sebab ia adalah soal hati. Benda kat dalam. Memang tak nampak. Apa saya boleh buat adalah, bagi pencerahan tentang hal ini supaya orang sedar. Beberapa kajian telah dibuat di luar negara tentang hal ini, kebanyakkan pengguna Instagram mendefinisikan diri sendiri daripada likes mereka. Mereka berasa gembira bila dapat banyak ‘likes’, bila dapat likes sikit, dorang delete gambar tu sebab tertanya-tanya kenapa gambar tu dapat sikit ‘like’ dan mereka jadi tak konfiden.
Jadi, tak mustahil benda ni berlaku di Malaysia. Orang kat Malaysia ni ada hati jugak, kan? Kalau saya unfollow dan biarkan sahaja apa yang berlaku di Instagram itu, bermakna saya melepaskan tangan dan tidak menggunakan ilmu yang saya ada. Saya ada stand seperti itu. Kalau saya unfollow, bermakna saya seorang yang individualistik, tidak menghiraukan masalah hati/psikologi orang lain selagi mana saya berada di zone selesa.
“Tak payah kritikal sangatlah pasal hal ni. Instagram je pun. Bukannya perang ke apa.”
Perang adalah kerosakan fizikal. Masalah psikologi adalah kerosakan mental. Kerosakan mental datangnya dari hati yang lemah. Hati yang terusik dengan permainan dunia. Hati yang kuat akan menghasilkan mental kuat, mental yang kuat akan menghasilkan fizikal yang kuat. Hati tu kena jaga, sumpah kena jaga. Pastu tambah pulak dengan kerosakan mental, dua benda rosak. Macam mana fizikal nak kuat?
Instagram sebagai lubuk mencipta persona. Kita membuka ruang untuk orang lain meletakkan perspektif mereka pada kita. Pada masa yang sama, kita pun melukis persona yang kita mahu orang kenal kita sebagai apa. Terserah. Semuanya kat dalam hati. Kalau dengan hati sendiri pun tipu, apatah lagi dengan orang lain?
– Bulan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit