Instinct Isteri

Hai pembaca setia IIUM Confession. Aku dah follow page ni since zaman belajar hampir 10 tahun lepas.

Jadinya rasa nak minta pendapat pembaca yang ada pengalaman atau boleh bagi nasihat yang terbaik untuk aku. Nak bagitahu parent atau kakak aku, takut nanti diorang risau and mengaibkan suami pulak.

Hal ini baru je jadi semalam. Husband aku kantoi ws dengan perempuan lain. Yang semalam tertangkap tu dia tengah plan nak jumpa perempuan ni somewhere dekat Selangor.

Tak tahu la chat2 sebelum ni dengan perempuan tu macam mana sebab previous chat dia dah delete.

Pastu ada satu lagi chat dia dengan perempuan lain jugak. This one aku tak tahu sejauh mana chat. Mesra jugak la chat dia dengan perempuan tu tapi nampak mostly dia tengah nak cari topik perbincangan pasal business marketing.

Tapi tula dia dah delete chat2 sebelum ni jugak. Tinggal chat date semalam saja dengan 2 perempuan tu.

Sebelum ni pun kantoi jugak dia pernah chat perempuan lain tapi tahun2 lepas la. Ingatkan dia dah tak berani nak buat sebab aku mengamuk juga la lepas dia kantoi tu. Tapi tu la dia tak serik lagi.

Aku cakap instinct Isteri ni sebab awal bulan ni entah aku dapat rasa husband tengah buat something yang akan menyakitkan hati aku. Tapi aku biar je dulu. Aku pun dah lama tak pegang hp dia check2 semua benda.

Last week waktu balik kampung dia, aku baru perasan dia ada hide sesetengah apps dekat hp dia. Yang aku perasan dia hide telegram.

Aku cuba buka password biass dia guna tak boleh buka means dia buat password yang aku memang tak tahu. So, aku tahan diri dulu dari explore lebih2.

Semalam kantoi sebab dia tidur tengah tengok tiktok live. Aku terjaga pukul 4 pagi tengok hp dia still on. Niat sebenar cuma nak tutup je hp dia tapi terkantoi dia ws tu.

Alhamdulillah ws tu dia hide sebenarnya tapi rezeki dia nak kantoi dengan aku, aku buka boleh. So situ la kantoi.

Mulanya aku nak tahan je tapi terlalu sakit hati aku kejut dia tidur suruh dia explain apa dia dah buat.

Dah kantoi pun ada hati nak menipu lagi. Nasib baik aku dah ambil gambar ws2 dia dengan perempuan tu. Bila dia tipu cakap takde apa ws sebab dia dah delete, aku send la gambar2 tu

Sekarang aku blank nak layan laki aku macam mana. Sakit hati bila tengok dia. Tak sangka pulak dia nak buat lagi.

Aku surirumah, jadi kena fikir jalan sikit nak lari dari situasi macam ni. Ada pembaca boleh bagi cadangan apa aku kena buat?

– Fie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. perlu ke nak hidup dgn lelaki mcm tu? come on lah run sister. tak perlu hadap la ngn lelaki kaki perempuan ni.

  2. bertahan dulu sis, u skrg housewife, cari keje dulu, kalau u nak pisah pon at least u ade keje, u ada income sendiri. persiapkan diri utk menempuhi hidup selepas berpisah nnti. moga yg baik2 aje utk u sis.

    • Langkah 1 : duduk bilik asing daripada suami. tapi buat hal macam biasa. Masa nie lah kita boleh buat perancangan lagi terperinci.

      Langkah 2 : bukti-bukti yang ada, simpan dekat peranti lain sebagai back up seperti email.

      Langkah 3 : cari kerja/kumpul duit untuk bina hidup baru, yang ini kena kuat dan tabah sebab bukan senang.

      Langkah 4: cari peguam untuk proses penceraian.

      Langkah 5: keluar rumah dan mula hidup baru tanpa suami.

      Curang nie bukan sekadar fizikal, emosi juga termasuk sekali yaa. Kalau suami Sis sekadar nak test market, basi dah laa alasan tu ( pakai buang dari zaman dulu). Kenapa perlu memilih untuk bertahan sendirian sedangkan yang sorang lagi memilih untuk curang.

  3. Sebab tu perempuan sekarang kena ada kerja sendiri atau biz sendiri dan income sendiri

    Lelaki ni manusia yg lemah
    Tambah2 dgn fitnah wanita
    Depa kita lain
    Belakang kita lain

    Masa sihat masa ada duit
    Mai perempuan muda sikit
    Cantik sikit
    Sexy sikit
    Manja sikit
    Lupa habih anak bini kat rumah

    Elok la pelan2 cari income sendiri

  4. Assalam Sis.
    Banyak kan lah BERSABAR, kenapa ? kalau tak sabar,semua benda terburu buru, banyak benda akan terlepas nak plan apa for next. dan terus KUAT, kenapa ? sebab anda wanita, isteri atau ibu mmg kena kuat! sis kena buat diri sis yg lebih lebih baik dr sekarang. Lawan dengan cara berhemah, jgn biarkan suami/lelaki pikir isteri yg duduk di rumah is zero-0! harap sis faham apa maksud sya :) all the best! dan perbanyakkan doa dan mintak pertunjuk dari Allah.
    Insya Allah ada jalan dari Nya.

  5. Kau tunggu apa lagi dek?Tunggu hati kau parah lepas tu nak terjun jambatan pulau pinang dgn harapan suami sujud sembah janji setia dgn kau?

    Ke tunggu diri tu mengandung dpt anak dgn harapan anak akan mengubah sikap suami?

    Baik kau cabut dari stay dalam marriage life mcm ni…awal2 dah sorok mcm2 tak jujur…kau ni jadi tunggul aje dlm rumah selagi hidup dgn dia…

    Buka minda lapangkan dada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *