Assalamualaikum readers sekalian. Panggil je aku Hana, aku orangnya kecil molek, baby face & penyayang. Tapi bukan pasal diri aku yg aku nak cerita.
Aku & kawan2 uni ada group whatsapp, group kami besar dan jarang berselisih faham. Setiap kali ada isu, mesti akan ada yg cuba mengalah utk elakkan pertengkaran. Bagus kan? Kawan2 aku majority dah kahwin & ada anak. Aku dan 3 orang lagi bujang terlajak. Tapi aku happy2 je, family aku pun takde pressure tanya pasal kahwin bagai.
Maaf perenggan ke 3 ni baru aku nak masuk bab masalah. Harap sudi baca sampai habis.. Sejak kebelakangan ni, group whatsapp kami dah bertukar jadi tempat pinjam duit. Kadang2 untuk beli pampers anak, kadang2 susu anak, kes macam ni kami bagi je, anak kawan dah macam keluarga sendiri juga.
Sampai la makin menjadi-jadi, si A pinjam belas ribu ringgit untuk kos pembedahan yg nak dibuat di hospital swasta. Insurans company A cover, tapi biasa lah kena pay and claim. Bayar dulu baru boleh claim kemudian. Tak lama lepas tu si B, anaknya sakit dan terlantar seminggu di hospital swasta. Pay and claim juga. Pinjam duit kami juga.
Tak lama lepas tu si C pula, si C sendiri sakit dan menghantarkan dirinya ke hospital swasta juga. Jalan cerita yg sama, tak cukup duit untuk bayar, pinjam kawan2 dulu lepas dapat claim dr insurans baru bayar duit kami. Bilik yang mereka ambil ada jenis vip, ada jenis vvip, bukan biasa2. Tapi mungkin juga itu saja bilik yg available (husnuzon).
Kerana kasihan, kami tong2 duit demi menolong kawan2. Nak dapat claim tu balik pun bukan sekejap, ambil masa berbulan-bulan.. Persoalannya, dah tahu tak cukup duit untuk bayar dulu, kenapa perlu pergi ke hospital swasta? Adakah sebab golongan ni dah tau insurans cover, jadi sewenang nya pergi ke swasta dan pinjam duit orang lain dahulu?
Adakah hospital kerajaan tak cukup bagus? Bab selesa tu memang aku akui swasta jauh lagi selesa, tapi pada pendapat aku, kalau nk rawatan yg selesa, perlu la kerja keras sendiri dan pandai merancang kewangan sendiri kalau semua benda nak selesa.
Kerana sayangkan ukhwah, tak nak bergaduh, kami keluarkan duit juga. Cuma aku tak faham, kenapa tak boleh pergi ke hospital kerajaan, kalau dah tahu kurang mampu untuk dahulukan duit dahulu? Aku nak pinjam ratus2 pun malu, orang2 begini boleh pinjam ribuan ke belas ribu ringgit semata2 nak ke hospital swasta.
Adakah memang begini trend sekarang? Ada sahabat2 dalam ni pun alami perkara yg sama? Macam mana mahu nasihat orang sebegini? Atau sebenarnya memang ia dikira normal untuk pinjam duit orang lain bagi kes insurans pay and claim yg menelan belanja beribu-ribu? Ada tak insurans yang tak perlu pay and claim? Aku boleh suggest pada kawan2 aku (dan untuk tambah insurans diri sendiri juga).
– Hana
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit