intailah poket sendiri

aku kadang2 pelik tengok orang yang usaha sangat nak fit-in, acah2 hipster, ikut trend semasa. sosioekonomi keluarga di tahap miskin (gaji 3k kira miskin ya) tp dia punya nafsu tu Allah je tahu.

tiap2 bulan nak beli 2-3 tudung, shawl, dress harga ratus2 brand boutique. nak2 sekarang musim kawin. kalau gi wedding ke, agd ke, tak boleh ok recycle dress. malu tau nampak dlm gambar pakai baju sama. aku tak paham mentaliti macam ni. kau beli baju ratus2 buat pakai sekali je?

kawan aku pernah merayu minta pinjam few hundreds sebab tak ada duit langsung. mak bapak pun susah. fine la. dosa tau kalau kau kenyang tp jiran kau kelaparan. rupanya dia buat pergi tengok teater dgn geng2 dia. ikut la kau nk buat apa dgn duit pinjam cuma aku sedih dgn hidup macam tu. kau pun cukup2 makan, kwn2 lain ada yg tak cukup mkn tp kau sanggup pinjam duit org buat buat benda yg kurang manfaat untuk kau buat masa ni.

yang memang mampu, ada business sendiri, tak perlu terasa. sekali sekala nak self-reward, lepas exam ke, lepas berjaya siapkan fyp ke, tak salah. aku pun over jugak kadang2. tapi bila dh sampai jd lifestyle tu yg parah. tahap tak boleh nak hidup dgn apa yg ada.

ok lah. aku ingatkan ni sbb aku sayang. sayang kat anak2 melayu yg ramai bankrup umur muda2 sbb tak pandai urus duit, sibuk nak ikut trend semasa. nak berbelanja tu, intai2lah org sekeliling cukup mkn ke tak, mak bapak mampu ke tak. and paling penting, intai poket sendiri jgn intai poket org.

salam!

– abukannamasebenar

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *