Internet dan Pornografi

Bismillah, Assalamualaikum.

Saya masih bujang, perempuan, berusia 20-an. Apa yang saya nak share, adalah antara pengalaman saya dan pengajaran yang saya dapat, moga moga ada manfaat untuk pembaca budiman.

Sebenarnya terdetik nak tulis ni lepas terbaca post dari seseorang tentang Pornografi. Sharifah Zahidah namanya, boleh search dan baca kalau nak tahu lebih lanjut. Tak dapat tak, saya terlintas apa yang telah dan pernah saya terjebak bila bebas bersendirian dengan akses internet ni. Susah juga nak describe secara santai, tapi saya try, harap pembaca boleh faham apa yang saya sampaikan.

Saya bukan pelanggan pornografi. disclaimer awal awal kan.. tapi honestly, saya pernah tonton benda benda yang merangsang ke arah tu, melalui beberapa medan secara tak langsung, yang mana saya percaya, ramai lagi diluar sana yang juga mungkin seperti saya, pernah terlibat secara tak langsung dalam hal ni. Nanti saya jelaskan.

Apa yang saya perasan, benda ni biasa akan terjadi bila bersendirian. Macam yang dijelaskan oleh penulis bernama Sharifah Zahidah tu, bila ada handphone dan akses internet- macam macam boleh berlaku.

Perkara pertama yang saya nampak adalah melalui novel novel cinta berbahasa melayu. sama ada naskhah buku atau yang dibaca melalui internet; laman Penulisan2u, Wattpad dan sebagainya. Ni berdasarkan pengalaman saya, Memang tak nafi, ada je novel yang bawa mesej yang baik. Tapi, seolah-olah tak menarik selagi tak digandingkan dengan unsur seks,lucah dan yang sewaktu dengannya. Cerita kahwin paksa; lepastu adegan di bilik tidur, adegan konon romantik, separa lucah..ni yang paling common la saya rasa.

Selain tu jugak, saya pernah jadi pembaca komik komik Jepun. (saya tak pasti sebutan dia Manga atau apa, Wallahu a’lam) , bagi saya yang ni pun ada banyak adegan yang tak sepatutnya, malah dalam bentuk lukisan, visual. Menyebabkan imaginasi pembaca makin terarah. Memang, ada banyak nilai baik yang boleh kita perolehi, tapi pada masa yang sama, ada keburukan yang mengikuti, ni sekadar pandangan saya je, harap maaf jika tersilap, sebab saya bukan peminat tegar komik Jepun, cuma pernah baca dengan kawan sewaktu sekolah dulu.

Selain tu, drama atau movies. drama Melayu sekarang pun dikatakan banyak sangat yang ada unsur lucah, saya tak tonton tapi kalau dah diadaptasi dari novel, saya boleh agak content dia camna. Drama Korea jugak, lebih terbuka dan daring. Saya antara penonton korean drama, so saya pernah tengok banyak kali jugak drama yang ada adegan adegan yang sebegitu. Ni confession kan, so saya cakap jujur la. Kiss scene,love scene, saya pernah bukak Youtube semata nak tengok adegan tu saja. Memang berlambak, dan likers pun memang ramai. Dan ya, ia akan berlaku bila ada akses internet dan bila duduk sorang sorang.

Bagi saya, perkara ni semua, adalah yang berlaku di sekeliling kita. Suka atau tak, isu pornografi ni, saya kena concern jugak, sebab hidup bermasyarakat, kena ambil tahu. Perkara yang saya sebut tu, masih yang ringan dan diperingkat awal.

Saya fikir, kalau generasi saya pun dah sampai tahap ni, saya tak tahu apa nasib generasi mendatang. Ada kata-kata; pemuda hari ini adalah gambaran untuk masa depan negara. Saya harap masih ada harapan untuk pemuda pemudi hari ni untuk elak dari terjebak lebih jauh.

Saya bercakap dalam kapasiti seorang yang pernah buat dosa membaca dan menonton naskhah tak berfaedah tersebut dan saya tak berbangga pun dengannya. Saya tahu di luar sana, ramai yang tak pernah buat lagi, yang masih terpelihara akal dan matanya, saya doakan moga terus kuat menjaga diri dan terpelihara. Untuk yang pernah terjebak, saya harap agar tak berasa selesa atas alasan ramai orang buat benda yang sama, kita sepatutnya kena ada usaha bersepadu untuk ubah. Jangan jadi macam katak yang direndam dalam air mendidih, rasa selesa tapi di akhirnya bawak kemusnahan dan penyesalan.

Saya nampak, perkara ni dah jadi normalisasi dalam masyarakat. Normalisasi ni maksudnya dah jadi lali dalam masyarakat kita, walaupun benda tu salah. Antara yang boleh saya sebut; gejala couple, zina, buang bayi, penulisan lucah, LGBT, murtad, caci maki atau membawang dan lain lain. Kenapa nampak normal? sebab makin ramai orang buat dari hari ke hari. Sama jugakla dengan gejala pornografi ni.

Tindakan.

Saya selalu fikir, saya tak suka itu dan ini, tapi saya tak mampu buat apa pun untuk cegah, sebab saya takde autoriti, dan kemampuan saya terbatas nak bersuara, followers pun takde. Justru bagi saya, sangat perlu untuk ada tindakan dari kita semua secara bersama, untuk cegah, untuk kurangkan perkara berkaitan pornongrafi ni, supaya at least, keluarga kecil kita tak terjebak, komuniti sekitar kita masih selamat.

Saya kongsikan apa peranan setiap anggota masyarakat yang saya nampak,

1)untuk ibubapa yang anak anak jauh di mata.
Nak pantau, memang dah susah. Jadi bagi saya, jangan putus doa agar anak anda terpelihara. Jangan cakap anak Puan mustahil terjebak, seriously tak mustahil. Dalam masa sehari je, macam macam video mengarut dah boleh ditonton bila dah bersendirian. Saya pernah duduk jauh dengan ibu ayah, memang ruang kebebasan tu luas, pilihan di tangan kita untuk buat apa saja.

Lebih bahaya jika berhubungan dengan silang jantina. Saya baru je terbaca, kisah seorang Puan ni, suaminya nampak jiran mereka (gadis muda, student) bawa masuk lelaki Arab dalam rumah, lalu mereka ketuk pintu dan serbu, nasib baik, belum terlambat, masih sempat cegah sebelum terjadi apa apa.

Point nya yang saya nampak, maksiat tu boleh berlaku di mana mana. dan selain didikan yang baik, doa juga adalah benteng nak pelihara anak anak yang dah menginjak usia dewasa ni,dalam nak menjaga kesucian diri.

2)untuk ibubapa yang mempunyai anak-anak remaja:
ingatlah kita sekarang ada di dunia tanpa sempadan. kadang2 di dalam bilik sekalipun, benda ni boleh jadi. Tak mustahil langsung.

Saya boleh katakan saya tak terdedah sangat dengan dunia luar, at least sampai habis SPM, sebab memang takde akses yang banyak melainkan mesej biasa dan tv. Tapi waktu sekarang tak, sekarang budak 14,15,16 tahun pun dah ada Youtube channel, boleh jana pendapatan lumayan dengan hanya upload video harian, boleh dapat ribuan followers secara singkat. Apa jaminan, antara followers tu semuanya baik, atau ada yang berniat jahat. dan apa jaminan, remaja seawal usia muda ada kekuatan nak menepis semua godaan? di youtube, segala macam video boleh dijumpai kalau dah tak ditapis. Memang ada kebaikan kalau tahu guna, tapi tetap ada bahayanya bagi saya. Entahlah. saya pun kadang tak tahu nak buat penilaian.

Sebabtu bagi saya, sangat penting dan perlu peranan ibubapa sebagai pemantau, untuk jadi check and balance dalam kehidupan sosial di alam maya anak anak supaya tak terjebak. Jangan terlalu percaya bila anak bersendirian dengan handphone, dia tak akan buat perkara buruk. Tak kata orang lain, saya sendiri pun, nampak baik je, tapi pernah jugak la terbabas bila sendiri.

3) Untuk ibu bapa yang ada anak kecil- didiklah dengan acuan yang betul. Macam tak layak nak cakap tentang ni, sebab saya pun takde anak lagi. Tapi ni berdasarkan apa yang saya nampak, pembentukan anak anak bermula dari rumah. Jadi kedua dua ibu bapa ada peranan untuk pelihara anak anak dari gejala tak sihat. dan lebih penting, ibu bapa adalah contoh ikutan anak anak. Apa nak diharapkan kalau dah si ayah sendiri suka menonton porn? Kasihanilah anak yang takde dosa tu.

Bagi saya, ibu bapa yang akhlak dah baik, dan dah didik anak anak dengan baik, perlu concern jugak isu ni, sebab di waktu mendatang, anak kalian akan bersekolah dan bergaul dengan rakan rakan. Akan ada dalam kalangan pelajar tu, mereka yang tak berpeluang dapat didikan sempurna,terdedah pada porn contohnya, so ada kemungkinan boleh pengaruhi anak yang dididik dengan baik tadi.

Apa yang saya nak maksudkan, benda ni berangkai dan akan melibatkan semua orang. Jadi saya rasa..tak wajar kita berada dalam comfort zone tanpa bantu sebarkan bahaya gejala-gejala sosial ni.

4)Jika masih bujang.
Learn to quit, sekiranya pernah tonton, atau sentiasa ada rangsangan ke arah tu. Cari jalan untuk tak menyendiri, atau cari hobi yang bermanfaat bila bersendirian. Habit yang dipupuk sejak sekian lama, akan susah nak buang bila dah berakar. Bayangkan jika kahwin dalam keadaan masih gemar pada pornografi, akan ada kesan buruk buat pasangan dan anak anak kelak.

Untuk akhirnya, saya sendiri bercakap atas kapasiti wanita yang belum berkahwin, kadang saya terfikir, saya memang kalau boleh, taknak berkahwin dengan lelaki yang porn addict, atau yang mengamalkan seks bebas, atau yang pernah menggadai maruah mana mana perempuan walau seorang, atau yang ada aplikasi aplikasi online yang tak berfaedah..tapi apa jaminan bahawa saya tak jumpa lelaki begitu? sebab akses ke arah tu sangat mudah sekarang. Bentengnya cuma iman di dada. Bagaimana untuk saya selami kisah silam orang lain, dan apa hak saya untuk judge kalau andaikata dia dah taubat.
Saya pun bukannya baik sangat, cuma ada keinginan nak baiki diri, yang mana semua orang miliki kemahuan tu.

Saya akhiri tulisan ni dengan sedikit coretan,

“Bagaimana dapat di tebak jujur hatimu, keikhlasanmu dalam menutur kata.
Bagaimana mampu disoroti sejarah silammu samada kau terpelihara atau pendosa.
Bagaimana untuk bisa dimengerti samada kau sama atau berbeza dari mereka.
Sungguh diri tak punya daya untuk meneka,
kerna yang terzahir kadang fatamorgana.
hanya Fatamorgana semata.”

17072018

Terima kasih admin jika tersiar. Maaf point agak berterabur. Moga ada sedikit manfaat.

– Ahla

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *