Interpersonal Skills Itu Mahal Harganya

Assalamualaikum. Aku nak share tentang proses aku belajar tentang diri aku sendiri yang aku dapat melalui pengalaman yang boleh aku kongsikan. Aku bukan pakar mana mana pusat kaunseling ye. Ini sekadar perkongsian daripada proses membesar.

Dulu aku ni seorang yang memberontak, degil, pemarah, cakap pun kasar. Ini adalah hasil pembelajaran di rumah. Bila orang tua tak pernah cakap elok elok dengan anak-anak, inilah hasilnya yang ditiru pakai. Anak adalah peniru unggul ibubapa.

Aku mula belajar bergaul dan berkomunikasi dengan baik di sekolah. Di sekolah aku jumpa berbagai bagai jenis kawan. Ada yang cakap kasar and main lepas macam aku. Ada juga yang cakap lembut je. Ada yang tak bercakap langsung. Ada yang senyap, tapi bila dia bercakap terkejut orang mendengarnya.

Aku mula mencari identiti macam mana cara bercakap untuk mengeksperesikan emosi dengan betul. Kita tak faham tau. Sebagai remaja dulu, aku tidak diajar tentang perkara ni kat rumah. Memang la orang tua ajar bila cakap dengan orang tua kena hormat. Dengan guru kena hormat. Itu jela nasihat cliche yang selalu dengar.

Macam mana pula nak bercakap tapi kita nak orang hormati perasaan kita? Macam mana kita nak eksperesikan emosi kita tanpa melukakan hati orang atau memalukan diri sendiri? Macam mana? Bila masa yang sesuai? Kebanyakan remaja macam aku tak tahu. Ilmu komunikasi ni tidak diajar secara formal. Tak macam sekarang kita boleh dapat info dihujung jari sahaja. Sangat mudah.

Maka, aku melalui berbagai proses mengenali diri. Aku pernah malu sebab aku eksperesi kan yang aku tengah sedih, aku pernah kena pulau dengan kawan sebab aku bagitahu yang aku tak suka buat apa yang orang lain buat. Aku rasa susahnya aku nak fit dalam kotak manusia diluar ni. Sedangkan aku seorang yang happy go lucky. Aku ceria. Cuma aku tak pandai urus emosi.

Pengurusan emosi anak anak tidak diajar dirumah. Dirumah anak diajar untuk dengar dengar & dengar sahaja. Tidak ada komunikasi dua hala. Maka banyak yang terbuku tersimpan dalam hati anak anak. Kat luar rumah la tempat dia ekspresikan diri. Itulah aku dulu. Sebenarnya bukan aku sahaja, aku perasan ada juga beberapa kawan sebaya aku yang lain.

Aku kena bercakap macam mana sebenarnya? Aku nak kena ikut cakap semua orang ke? Perasaan aku pulak macam mana?

Okay aku start daripada sekolah rendah. Di bangku sekolah rendah aku selalu merajuk. Merajuk bila orang pinggirkan aku. Bila aku lain daripada yang lain. Merajuk cara aku ekspresikan bahawa aku sedih & tak suka. Aku tak pandai nak cakap apa aku rasa. Sebab dah diajar macam tu kat rumah. Sedangkan kawan kawan sekolah aku yang lain cukup lantang bersuara.

Aku tahu benda tu buat orang rasa menyampah dah nak ajak aku berkawan. Disebabkan aku macam lemah dalam komunikasi, kawan kawan selalu pijak kepala. Aku pikir macam mana ye nak naikkan self esteem aku ye. Aku pun masuk pertandingan Pidato. Mula mula kawan aku tak bagi, katanya susah la apa la. Tapi aku buat juga.

Sebab aku perlukan sesuatu untuk ubah diri aku. Aku kena buat anjakan paradigma dalam hidup. Sampai bila hidup nak kena pijak dan ikut kata orang. Dalam pidato lah aku belajar bercakap dengan betul, aku dapat rasa dan sampaikan pidato aku menggunakan emosi yang betul. Keyakinan diri aku naik. Aku gembira. Aku menang wakil negeri Johor masa tu ke Pidato Piala Diraja.

Bermula dengan sedikit keberanian untuk mencuba telah mengubah dunia dan diri aku. Aku mula aktif dalam syarahan pula di sekolah agama. Kemudian, dalam perbahasan pula. Sajak dan puisi tu jangan cakap la.

Aku suka naik ke pentas dan ekspresikan apa aku rasa dengan betul pada tempat yang betul. Apatah lagi bila perkara itu mampu mencuit hati yang melihat. Rasa bebasnya bersuara tanpa terpelosok kan perasaan dalam hati.

Namun, aku konfius pula dalam berkawan. Macam mana kita nak tahu kawan kita tu kawan yang baik. Mana kawan yang boleh ikut, mana yang tak. Dulu aku ingat kawan dengan orang yang popular kat sekolah ni seronok, rupanya tak juga. Ada yang baik, ada yang tak jujur. Ada juga yang dengki dengan kita yang tak seberapa ni.

Sekolah rendah kan. Masih kebudakan. Tak matang lagi semuanya. Namun masa tu la aku kenal bahawa kawan yang selalu ada untuk kita, itulah dia kawan sebenar. Bukan sebab dia popular, pandai, kaya ataupun cantik.

Kemudian, masuk ke sekolah menengah harian pula. Masalah mulai timbul sebab aku dah biasa bercakap dengan baik, sopan dan betul. Orang kata skema. Aku tak pandai nak sempoi2. Sebab takut kurang ajar. Tapi aku dikelilingi orang begitu di sekolah menengah harianku.

Kasarnya cara mereka bercakap dan bergurau. Kadang kadang boleh menitik air mata aku. Aku pening lagi. Macam mana nak bergaul dengan orang macam ni? Aku tak boleh lari pulak tu daripada mereka ni.

Okay setelah lama memerhati, aku perasan ada cara nak bercakap dengan mereka ni lepas tu dengan cikgu cakap sempoi yang beradab pula. Budaya di sini macam gini pula.

Dulu sekolah rendah di Johor, sekolah menengah aku di Kedah pula. Berbeza pula gaya mereka bercakap. Kasar tapi mesra. Aku lama lama pun jadi macam tu. Kat sini kampung dan memang majoriti mereka bercakap macam tu.

Selepas dapat tawaran ke SBP (Sekolah Berasrama Penuh) pula, wahhh masa ni la aku culture shock. Masa ni la kemuncak aku belajar lagi cara bergaul & berkomunikasi dengan golongan yang berbeza. Okay di SBP aku boleh dikatakan 80% adalah anak orang berada daripada KL , Selangor & JB. 20% adalah anak orang biasa2 dan luar bandar.

Jurang budaya antara bandar & luar bandar amatlah ketara. Aku tak faham lagi masa tu. Aku perhatikan mereka yang daripada bandar ni lebih cool. Bila bercakap tak perlu nak try hard beriye sangat. Nampak lebih educated. Lebih tenang tenang.

Dibandingkan mereka yang datang daripada luar bandar pula, mereka lebih louder kadang kadang louder tak bertempat. Macam kebiasaan mereka buat di tempat mereka. Namun, ada juga yang daripada bandar macam takut2 nak bercakap & bergaul. Ada juga yang over tak bertempat. Renyah gedik semacam je. Yang daripada luar bandar pulak lebih sopan dan tenang.

Ala kedua kedua character tu ada je pada mereka yang bandar dan luar bandar. Aku cuma mention pengalaman yang aku pernah berjumpa kebanyakan aje. Jangan kecam pula uolss. Ini pemerhatian aku semata. Kang ada pula yang trigger salah faham apa aku sampaikan.

Okay masuk part aku pula, dalam dorm aku tu majoriti orang bandar. Cuma ada 3 orang je luar bandar. Termasuk la senior2 aku. Bayangkan betapa kekoknya aku. Tak tahu nak macam mane kan.

Bila kita jadi diri sendiri, nampak kampung sangat. Orang tak suka aku tau. Cakap kuat2, kasar nampak mesra kononnya tu. Gurau pun kasar and tak berlapik. Kat tempat aku dulu okay je. Rupanya bila aku datang sini, bergaul dengan mereka ni pula ohhh rupanya cara aku tak disenangi.

Orang kata macam ni la, masuk kandang lembu kita mengembu, masuk kandang rimau kita mengaum. Masa tu aku malu. Aku tak tahu cara aku tu disalahertikan orang. Lain tempat, lainlah budaya. Aku perhati lenggok cara mereka bercakap, topik apa yang kita boleh cakap, bergurau macam mana yang kita boleh buat, dengar apa yang mereka selalu borakkan.

Okay keywordnya kat sini ialah “PERHATI & DENGAR”.

Daripada sini aku cuba belajar bercakap seperti mereka, tapi bila aku jumpa regu aku daripada luar bandar aku boleh switch je mode bercakap seperti mereka. Barulah seronok hidup. Orang pun selesa. Ni tak aku ikut cara aku je, yela dulu tak faham. Sekarang dah tahu rupanya kita kena jadi orang yang flexible.

Tapi dengan orang yang kita selesa, kita boleh je jadi diri sendiri. Orang boleh terima je kita seadanya. Cuma pada awal perkenalan kita kena lebih banyak belajar daripada pemerhatian & mendengar. Barulah harmoni. Orang kata tak salah masuk. Bila dah selesa barulah kita jadi diri sendiri. Takde sape kisah. Sebab orang kenal kita macam mane.

Satu lagi, kita tak boleh expect semua orang faham kita. Ataupun WAJIB faham kita. Kadang kala, ada benda yang kita tak perlu pun nak justify diri kita pada orang. Simpan. Kadang2 orang tak suka nak dengar. Ada benda kita kena simpan, ada benda kita boleh cakap. Aku belajar benda ni in a hard way. Daripada pengalaman sebab takde sape bagitahu and ajar secara formal.

Di SPB juga aku aktif dalam pertandingan Forum & Pementasan Drama pula. Seronok sangat. Masa ni la aku belajar bagaimana nak berikan arahan tanpa orang rasa diarah tapi membantu. Masa ni la aku belajar macam mane kata kata kita boleh membunuh jiwa orang lain. Aku belajar daripada kesilapan2 lampau aku.

Habis SPM, ahhh banyaknya ilmu kemanusiaan aku belajar kat sekolah ni. Sebab exposure yang aku dapat lah aku berpikiran terbuka dan mudah membawa diri kemana jua. Orang kata campak dilaut boleh hidup, campak digunung pun boleh hidup. Kalau tak, aku dulu macam apa tah. Malu ingat balik.

Hasilnya, bila aku masuk Universiti aku dah tak perlu nak start over benda tu semua. Aku berjaya adaptasi dengan berbagai bagai jenis orang dengan mudah. Menjadikan aku orang yang senang nak bekerjasama dalam kumpulan, ahli rumah ataupun kelas. Aku jadi orang yang sangat flexible dan easy going. Orang pun senang dengan aku.

Di universiti, aku belajar untuk bagaimana bercakap dengan baik tapi tegas. Macam mana nak jadi leader yang didengari. Sebab aku orang yang bermula daripada bawah. Mudah pada aku memahami anak anak buah aku dalam persatuan. Aku happy. Aktiviti kokurikulum banyak bentuk peribadi aku yang tak diajar dalam kelas & rumah.

Aku jadi lebih matang sekarang. Dengan pengalaman hidup berdikari aku. Semakin mematangkan aku. Aku bukan orang senang. Aku orang biasa biasa yang kini berjaya mencapai awan dek kerana aku belajar dan manfaatkan setiap pahit manis pengalaman aku.

Sekarang bila aku lihat orang yang ada masalah komunikasi dan memahami orang lain dalam bekerja, tetiba aku rasa bersyukur aku dah tak perlu nak start daripada titik mula lagi. Kadang2 aku cuba consult mereka mana yang mampu aku bantu.

Sungguh pengalaman dalam kokurikulum daripada sekolah rendah sampai universiti ajar aku interpersonal skills yang mahal dan tak boleh diajar melalui buku. Dulu ramai ejek aku aktif koku. Tapi aku tahu apa yang diri aku perlukan. Aku bukan bajet bajet poyo ye kawan. Aku perlukan pembinaan diri yang aku tak dapat ilmunya ni di rumah.

Bila dah dewasa, aku belajar pula bahawa tak semua benda kita kena amik tahu. Adakalanya tak perlu bermesra dan mind our own business lebih baik. Ada pula situasi kadang2 kita tak perlu nak suarakan pendapat walaupun kita betul, mendengar lebih baik.

Raikan pendapat yang berbeza pula. Macam mana nak hormati dan bekerjasama secara professional walaupun pendapat berbeza dengan harmoni. Aku pandai dah bezakan situasi. Tidak lagi berada dalam keadaan konfius lagi.

Benda ni nampak mudah tau. Sebenarnya ramai orang kat luar sana yang tak tahu bawa diri. Ada yang jadi penting diri tak kena tempat, ada yang kurang emphati, ada yang kasar nanti orang pijak kepala katanya.

Ada yang tak tahu nak buat keputusan untuk diri sendiri walaupun dah lewat 30-an umurnya, ada yang terlalu senyap sampai orang amik kesempatan, ada yang masih lagi tak terbuka pemikiran tentang macam mana nak bercakap dengan orang kampung bila di kampung, macam mana pula nak cakap dengan orang bandar supaya tak nampak menjengkelkan. Macam macam situasi.

Inilah dia pengalaman mematangkan. Sebab tu kita boleh lihat orang yang banyak merantau dan lebih berusia lebih tenang & cara mereka berfikir lebih terbuka. Bukan terbuka yang menerima anasir tidak baik daripada luar.

Maksudnya mereka dah melihat berbagai bagai ragam dan situasi. Jadi, mereka lebih memahami bagaimana nak react dalam sesuatu situasi. Tapi tak semua, ada juga anak muda yang lebih matang sebab usia tak mencerminkan kematangan & tahap pemikiran.

Kepada ibubapa, kakak atau abang yang ada ahli keluarga yang seperti saya masa kecil. Ajarlah mereka cara untuk menguruskan emosi dan terangkan pada mereka kesan akibat dengan baik. Jadilah pendengar anak kecil. Doronglah mereka untuk membentuk jati diri lebih baik. Supaya mudah mereka dimasa hadapan.

Mulakan lah komunikasi 2 hala daripada rumah. Ramai anak anak stress kerana kurangnya ibubapa menjadi pendengar yang baik. Tapi ramai ibubapa melepaskan stress pula pada anak anak mereka. Jika anak itu gagal jumpa jalan keluar, bahana perjalanan tumbesarannya.

Ajarkan mereka memahami golongan keliling mereka. Hormati budaya orang lain. Cara orang lain. Besarkan skop minda mereka daripada kecil. Biasanya anak kecil yang diajar emphati daripada kecil selalu jadi orang yang bertimbangrasa & menghormati orang pabila dewasa.

Mulakan daripada rumah. Anak anak cerminan ibubapa. Jangan pelik kenapa ada anak anak yang kurang rasa emphati malah tidak kenal erti bertoleransi, lihat sikap ibubapanya. Toleransi itu kalah pada mata insan biasa. Tak semua. Tapi kebanyakannya.

Jika kita adalah golongan yang masih konfius cara pembawaan diri, cara berfikir, cara berkomunikasi dengan orang lain. Maka, mari kita mulakan dengan ilmu.

Masih belum terlambat kita nak ubah diri untuk ketenangan diri kita sendiri. Banyakkan menonton video Prof. Muhaya. Saya suka diskusi beliau. Banyak membimbing saya terhadap matlamat yang lebih jelas dalam kehidupan & masyarakat secara terperinci. Senang faham.

“Orang yang tenang pasti bahagia, orang yang bahagia pasti gembira” -Prof. Muhaya-

Bila kita improve diri kita dengan ilmu, banyak masalah boleh selesai. Kita tundukkan diri ni, untuk keep belajar walaupun dah tua. Jangan berhenti rasa diri ni dahaga ilmu untuk improve diri. Bila masing2 sedar diri untuk perbetulkan diri pastinya kurang permasalahan antara manusia. Sebab acuan kita sama. Acuan kita adalah PERIKEMANUSIAN.

Improve diri bukan untuk dapatkan validasi ataupun approval daripada manusia. Tapi untuk capai ketenangan diri dan kesenangan meneruskan kelansungan hidup yang diredhai. Kita ambil contoh Nabi Muhammad S.A.W. Interpersonal skills Nabi Muhammad S.A.W yang tinggi membuatkan beliau berjaya sebagai seorang peniaga tekstil pada zaman baginda.

Jika kita jaga komunikasi dengan Allah swt sahaja tapi tak hiraukan komunikasi kita dengan manusia, EGO namanya. Jika kita jaga komunikasi dengan manusia sahaja tapi tak hiraukan komunikasi kita dengan Allah swt, ANGKUH namanya.

Inilah dia yang membunuh saya dulu. Ego & angkuh. Dengan takde ilmunya. Alhamdulillah pengalaman hidup ini cukup indah dalam pencarian diri.

Maaf ye andai coretan ini ada mengusik jiwa sesiapapun. Aku hanya menulis kalam hati & mata yang masih perlu terus diperbaiki.

Sekian perkongsian saya daripada secebis pengalaman hidup.

Moga bermanfaat.

– Siti Hajar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *