Interview Seringkali Gagal

Assalamualaikum, aku ibu anak 2, berusia hujung 30, mempunyai pengalaman kerja dalam bidang account lebih kurang 15 tahun.

Last kerja aku bertahan 6 bulan sahaja, selepas aku tak diconfirmkan atas alasan aku mengandung masa tu, 4 bulan.

Tanpa menunggu lama, aku terus je apply eis untuk staff yang dibuang kerja, alhamdulillah aku berjaya dapat 5 bulan allowance.

So pada korang yang senasib, tolong apply eis banyak jugak dapat tau. Bulan pertama dapat 80% dari gaji dan kurang untuk bulan2 seterusnya.

Masa tengah mengandung pun, gigih aku apply kerja sana sini, semua interview aku pergi tapi 1 pun tak berjaya.

Sama juga selepas aku pantang, dalam pantang pun aku ada pergi interview jugak. 1 pun tak berjaya. Aku rasa ada dalam 20 lebih dah interview aku pergi.

Kebanyakan masa interview, semua nampak positive, aku siap minta dia nilaikan diri aku. Aku ok tak?

Jawapan mesti positive, skop kerja yang ditanya pun aku boleh buat cuma kalau berkaitan e-commerce aku memang takde experience. So buat aku sangat2 kecewa dan hampir give up.

Tapi jari aku ni tak pernah penat nak apply lagi dan lagi.

Sebelum aku kahwin, aku memang jenis lompat kerja untuk dapatkan gaji yang tinggi dan sekarang cukuplah sekadar aku bekerja.

Aku siap turunkan expected gaji aku sampai 50% dari gaji terakhir. Sampai macam tu sekali aku sanggup. Dulu asal interview mesti aku berjaya dan sekarang tak dah.

Setiap kali lepas interview mesti aku akan follow up, jawapan aku akn dapat aku tak cukup pengalaman.

15 tahun masih tak cukup ke korang? Sedangkan aku bukan apply level accountant, paling tinggi pun senior which is last position aku.

Alhamdulillah kalau nak ikut aku masih lagi ada income sebab aku ada buat part time, cuma aku tak pandai nak cari prospek. Habis dah circle aku, aku approach.

Aku nak pergi kerja, aku nak ada kawan2. Dah lah setiap kali dapat kerja mesti circle aku kaum C. Aku lah the only malay dalam department aku tu.

Kadang2 aku jeles tengok orang ada kawan2 boleh pergi lunch, bertukar cerita. Aku takde rezeki macam tu.

So aku nak tanya pendapat kawan2 dekat sini apa yang aku perlu upgrade, kenapa aku asik fail je.. hahaha, kadang2 aku fikir sebab anak ke? Anak aku baru 3 bulan.

Anak aku buat aku tenang, aku selalu tatap muka dia, dia pun dah pandai nak mengajak sembang, dia tenung muka aku, macam dia adore sangatlah ngan ibu dia ni.

Doakan aku dapat kerja.

– Cempaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Awak dah ada cukup pengalaman 15 thn tu, cuma mngkin banyak company skrg nk org2 muda kot, supaya lebih lama tempoh mrk akan bekerja, jika mrk ‘setia’ dgn sykt tu la.. cuba awk fikir2 blk, apa ciri2 yg boleh buat awak bejaya mse mintak keje dlu2 tu, bole lah amalkan.. ada kwn sya bg ‘petua’ dulu mse dok mintak keje, dia kta, sbelom msuk blk interview tu, baca “bismillah” 19 kali.. tp bila tiba mse nk masuk, suma jd ‘lupa’ n klaw baca pon, x sampai kot banyak kli mcm yg dia pesan tu.. hihihi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *