Assalamualaikum semua. Aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa. Tajuk pun aku tak tahu nak letak apa, sebab selama ni aku cuma jadi silent reader jee. Suka baca cerita-cerita orang je.
Tapi sebab aku bosan jadi aku nak juga menulis. Tak tahu laa kalau ada yang sudi nak baca atau tak, terpulang je pada korang. Saya oke jee..
Aku ni sebenarnya seorang yang introvert. Tapi pada masa yang sama aku ni gila-gila jugak.
Tapi aku cuma gila-gila bila dengan orang yang aku rapat dan betul-betul selesa. Dengan orang yang aku tak selesa atau aku rasa dia tak suka dekat aku, memang susah sikit untuk aku jadi macam tu.
Keluarga aku ramai yang ekstrovert. Biasalah, kalau cerita pasal ni, memang korang pon tahu laa apa aku nak cakap. Kalau selalu dipinggirkan, disisihkan tu biasa. Sebab kita introvert kan.
Aku tak tahu kenapa orang nampak orang introvert sebagai orang yang lemah. Sebab apa yang aku nampak ialah orang introvert ni ialah orang yang paling hebat kalau kita benar-benar mengkaji.
Bukan nak membandingkan, tapi golongan introvert juga perlu dihargai dan merasa disayangi.
Kami pon tak mintak juga dilahirkan begini, tapi percayalah kalau kami berubah menjadi ekstrovert, kami akan menyesal kerana itu bukan diri kami.
Aku sebagai seorang introvert juga bangga sangat-sangat jadi introvert.
Aku banyak belajar benda-benda atau macam taktik-taktik jahat orang lain yang ekstrovert ni.
Macam jenis cakap belakang, toxic, kuat mengumpat, dan yang paling penting selalunya si introvert ni yang paling banyak tahu kebenaran.
Cuma bezanya dia dengan orang lain, diorang tetap jaga aib dan tak pecah apa-apa pon di mulut.
Walaupun begitu, aku rasa sekarang ni golongan introvert atau ekstrovert perlu disamatarafkan hak dan kemahiran serta pencapaian. Lebih-lebih lagi di sekolah.
Teringat dulu aku kat sekolah, dahlah pendiam, tak peramah pulak tu, suara pulak jangan cakap la, memang slow. Sebab takut.
Kalau aku cakap apa-apa kat cikgu je, cikgu tak dengar atau dengar tapi pura-pura tak dengar. Tapi kalau budak ekstrovert yang cantik, bijak, yakin pulak tu, dia layan elok-elok je.
Aku bukan cemburu, cuma tulah layanan tak berapa nak baik sangat. Setelah semua kisah hidup aku yang introvert di sekolah ni hampir habis, akhirnya tibalah masa aku untuk menentukan haluan hidup pulak.
Yela, ada orang pergi IPG, universiti, matrikulasi, macam-macam lagi laaa tapi aku masih tak tahu nak jadi apa.
Ada orang suggest aku untuk mintak IPG dan jadi cikgu tapi aku kata aku taknak. Kenapa?
Sebab aku tak tahu sama ada aku mampu jadi cikgu yang baik, sebab bayangan-bayangan aku waktu zaman sekolah dulu, cikgu-cikgu pada zaman itu sangatlah menggamit kenangan.
Tapi kalau aku diberi peluang ini satu hari nanti, aku tetap percaya aku akan buat yang terbaik demi anak-anak didik aku. Sekarang aku dah 20 – an. Tenang je hidup aku.
Kenapa? Sebab aku pergi mana-mana, nak buat apa-apa, semua sorang-sorang. Tak bosan ke?
Ye, tak bosan. Sebab aku rasa diriku paling memahami. Diri aku yang paling sabar dengan diri aku sendiri.
Lagipun aku ni manusia yang sangat pelik dan aku tak suka juga kalau ada orang tunggu aku sebab aku taknak susahkan sape-sape.
Cuma nak tahu tak? Aku ada banyak sangat impian yang aku nak capai, aku nak tolong keluarga aku.
Sejak aku mula faham bagaimana yang dikatakan dunia itu, maka aku pun bangkit lalu cuba menjadi manusia introvert yang berjaya dunia akhirat.
Aku mahu buktikan dunia ini bukan hanya untuk golongan ekstrovert sahaja.
Kepada semua pejuang introvert di luar sana, aku harap korang semua keep moving okeeee dan jangan pernah putus harapan.
Ingat, masih ramai yang support kita. Jangan disebabkan seorang yang sisihkan kita, kita terus jatuh okey.
Oke dah, bye.. Terima kasih sudi baca, yang positif kita ambil, yang negatif kita buang jauh-jauh oke!
– Calpis ♡ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit