Introvert atau Anxiety

Assalamualaikum dan hai. Aku seorang student. Perempuan. Sebenarnya aku tak tahu sama ada aku ni introvert atau anxiety. Mungkin aku belum cukup pengetahuan tentang simptom2 tu. Tapi aku betul2 nak tahu macam mana nak ubah, atau at least macam mana aku nak TRY ubah apa yang aku alami ni.

Sebab aku cakap aku tak sure sama ada aku introvert atau anxiety, adalah sebab aku ada je orang yang tahu kewujudan aku dan care pasal aku; kawan, kawan baik, family, bahkan ada jugak orang yang nakkan aku. Bukan nak perasan. Tapi nak sampaikan yang kalau pandang sekilas memang orang tak tahu yang sebenarnya aku tengah struggle to fit in the crowd sebab aku nampak biasa je takdelah macam tangan selalu ketar ke mata melilau ke.

Memang aku buat2 tenang untuk cover. Especially bila aku keseorangan. Contohnya, aku sekarang baru dalam proses belajar memandu. Setiap kali cikgu aku mesej aku nak inform ada latihan esok bla bla. Aku jadi tak tenang. Overthinking pasal apa aku nak cakap dengan cikgu aku nanti, kalau aku buat salah nanti kena sengih je ke atau kena minta maaf terus. Benda tu pulak yang aku risaukan instead of fikir pasal nak pandu kereta. Sampai ke institut memandu tu memang aku akan sentiasa ada peristiwa yang memalukan. Padahal benda tu boleh elak. Tapi sebab aku pikir negatif daripada awal masuk pintu pagar institut tu aku jadi berdebar dan mulalah salah cakap, kurang dengar orang cakap apa, jatuh barang lah.

Dan sekarang ni dah nak masuk setengah tahun aku ulang alik kat institut memandu tu. Cikgu aku? Fed up dengan aku sampai cakap, “kalau boleh saya nak awak lulus terus tak payah buat ujian sebab saya dah malas nak ajar awak”. Huhu remuk hati weh. Cikgu aku tu lelaki. Mungkin tu antara sebab dia insensitive pasal perasaan aku sampai sanggup cakap macam tu kat aku huhu. Masa dia cakap tu memang aku down dan terkejut tapi aku cover dengan senyum, gelak skit. Bukan gelak bahahaha macam tu tau tapi aku cuma giggle la. Tak tahulah aku apa bahasa melayu dia. Lagilah cikgu aku menyampah dengan aku sebab dia ingat aku main main dengan dia sedangkan aku lagi frust dengan diri aku sebab cuai berbanding dia frust dengan aku.

Pernah jugak dia tanya aku ada masalah ke. Aku nakkk je cakap aku ada masalah nak bersosial dan berkomunikasi dengan orang yang aku tak biasa tapi sebab dia lelaki dan aku ada penyakit ni jadi aku diam je. Oh ya aku ni kalau cikgu tu tanya aku jawab dengar tak dengar je. Aku pun tak tahu kenapa aku jadi pemalu. Dahlah apa dia tanya tu aku tak paham dan tak tahu apa nak jawab apa. Sampai cg tu berapa kali duk ha ha kat aku. Hahah. Tapi cikgu cakap apa pun kat aku, aku tak simpan dalam hati walaupun tersimpan dalam otak sebab aku masih ingat nak buat macam mana. Aku tahu masalah sekarang berpunca daripada aku. Bukan dia. Sampai aku tak boleh ingat apa step2 yang betul masa drive. Sebab penyakit ni lah. Aku search bukan main kat google. Aku tak nakla tanya kawan sebab nanti diorang tahu. Aku dah cukup bersyukur dah penyakit aku ni tak muncul sangat bila aku dengan kawan2 aku. Setakat ni aku selesa sebab diorang anggap aku macam one of them. Tapi google pun aku tak jumpa yang aku nak. Sebab tu aku tulis confession ni.

Kalau boleh aku nak korang yang pernah ada masalah macam aku, beritahu kat komen macam mana korang overcome this problem. Atau ada di antara korang yang ada nasihat aku akan buka hati baca dan relate. Janganlah kecam ya aku dah cukup struggle dengan masalah ni esp kepada yang memang tak ada masalah sosial tu, yang mostly aku jumpa kalau dia nampak aku gugup nak cakap dengan orang yang aku takbiasa dia akan cakap “apa masalah kau pemalu tak kena tempat” “perasan la kau dia nak cakap tu je bukan dia nak ngurat kau”. Huhu. Yang mengalami je tahu bukan kita sengaja nak malu2. Oklah dah panjang ni nanti korang tak baca pulak. Assalamualaikum dan semoga rezeki korang bertambah dengan tolong orang macam aku :’) .

– Maya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *