Salam semua, aku cuma nak luahkan, sebab aku rasa macam aku bodoh sangat sekarang ni..
Aku dekat tempat kerja memang jenis introvert sikit, kadang buat silap sikit kene marah dengan bos dalam meeting, tapi aku jenis professional akan improve la selepas tu, tapi masalahnye staf aku yang lain jenis tak move on.
Selepas dari kejadian kene marah dalam meeting, dorang tak dengar arahan aku dan anggap aku macam tunggul je, jadi bile aku bagi arahan kat staf, dorang buat tak tahu je.
Bagi aku, bos aku pun 1 hal jugak bile dah marah aku depsn staf bawahan, staf bawahan akan hilang respek or diorang pandang lekeh je dekat aku.
Tapi meeting pun dah lepas and kejadian kene marah dah berlaku so aku buat la kerja macam biasa. Kerja aku memang kerja sebagai doktor gigi yang memang kene bagi arahan dekat staff untuk ambil barang ke, tapi ape aku nak buat bile staff tak dengar arahan aku?
Aku tengok gaun keje aku dah koyak or kotor, aku tanye takde yang baru ke, diorang buat bodoh aje. Aku pulak jenis tak pandai marah orang, tapi marah anak atau suami aku boleh pulak.
So aku rase macam susahnye nak jadi ibu n isteri yang baik, aku rasa macam tak patut kahwin pulak.. Haha. Sabor je la Cempedak ooi.
Jadi yang aku kesalkan bile aku balik rumah aku akan mudah trigger untuk marah ansk aku sebab aku dah penat mental dekat tempat kerja.
Bile balik rumah aku nak me time aku main fon dan aku akan termarah anak kalau anak aku kacau aku, bile anak dah tido mula la menyesal sebab termarah anak.
Tapi bile fikir balik, sebab aku stress dengan tempat kerja so aku takde mood nak layan kerenah ank aku. Padahal anak aku bru 2 orang je pun, bukan la anak 10 orang nak kata penat sangat.
Tapi fasa anak kecik2 ni memang menguji kesabaran aku padahal ank aku pandai je main sendiri, kadang2 je la die nak perhatian aku kejap.
So sekarang aku tengah consider nak resign je sebab dah penat mental walaupun aku sangat suke kerja aku, dapat rawat patient.
Bile patient cakap terima kasih doktor sebab gigi dah berjaya cabut, aku sangat happy, tu je pengubat jiwa aku untuk terus berkhidmat and aku rasa hidup aku bermakana.
Tapi sebab bos tak best and staff pun macam hampeh dan semua bende tu bukan dalam kawalan aku, aku akan consider untuk resign n whatsapp untuk luahkan dekat bos sebelum aku blah dari klinik ni.
Aku rasa mungkin rezeki aku untuk kerja di klinik lain plak, aku tau aku stress jadi surirumah, aku sangat suka bekerja tapi aku dah tak nak kerja di tempat yang buat aku tak happy. Aku dah tak nak rasa macam aku ni bodoh macam Cempedak..
Ok la bye.. Jika ada nasihat atau kecaman, aku akan baca. Saya baru lepas baca yassin sambil menangis tadi sebab aku taktau nak buat ape, so aku boleh je hadap jika ade kecaman untuk aku.
Nak tanya.. Ade ke geng introvert macam aku? Tak reti nak melawan kalau dekat tempat kerja. Kalau ade, tolong nasihatkan aku. Or tolong bagi idea macam mane nak handle staff buat bodoh je or kurang ajar macam tu.
– Cempedak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Semoga dipermudahkan urusan puan dan semoga puan dpt kerja dkt tempat baru dgn environment yg jauh lebih baik Aamiin
Hi cempedak. We’re on the same boat. Beza dia I’m an exec dekat kilang. Need to handle foreign operators. Ya mental jgk nak hadap perangai kepala batu diorg. But no more the good me. Cara dia you need to stand up and loud. Kalau diam je mmg diorg akan ingat kita takut.
Lagi satu. Show them yg kita ni mmg jenis deligently buat kerja. Korang nak cincai2 main2 nak kelentong korg mmg siap. Saya terus sound depan2. Most of the time saya akan query dulu kenapa buat? Did you know the consequences kalau buat?
In your case kalau dah panggil situ diorg saja buat tak dengar.. u just need to bangun dan cuit dia and confront calmly .. awak mmg tak dengar ke saya panggil dri td? Ulang lg sekali the request and see the response. Kalau rude jgk direct tanya so ni kerja siapa kalau awak tak nak buat? Most of the time I always play the query game. Biar diorg ni berfikir sikit.
Last resort I akan ajak dia face to face depan bos and suruh dia ckp exactly mcm dia ckp tu dpn bos jgk. Tgok dia berani tak. Mcm saya bos mmg on my side. You pun kena pandai defend diri kalau bos nak sembur you. Tak perlu takut kalau kita mmg jenis buat kerja. Bos nak pinpoint apa pun kita boleh counter. This is my tips.
Dapatkan khidnat kaunselor berdaftar puan. In sha Allah boleh dapat sudut pandang yg lain yg boleh membantu