Sekarang ni ramai yang depressed. Ramai yang claim diri sendiri ada depression. Tapi aku rasa, it more to stress bukan depressed.
Apa kaitan introvert dengan depression? Orang kata introvert ada risk yang tinggi untuk develop depression in future, sebab gaya hidup mereka yang tak bahagia, selalu sendiri, bergaul dalam kelompok kecil, tak pandai bersosial dan selalu dipinggirkan. Maybe betul. Mungkin orang nampak introvert ni menyedihkan, mungkin sebab dia tak bergelak ketawa macam korang, so korang rasa dia pathetic.
Ada satu tahap dalam hidup introvert yang diorang akan rasa sedih, kenapa tak mampu jadi macam orang lain, senang tegur orang asing, pandai start conversation, pandai buat lawak, dll, akan rasa macam kenapa benda macam tu pun tak boleh nak buat. Tapi itu just our nature. We are not good at socializing, we can’t talk and mingle with people well. So are we wrong, sick and abnormal person?
Umumnya, betul ke orang pendiam, tertutup atau introvert ni bahaya? Orang nilai yang pendiam tu berbahaya, sebab kita tak tahu apa yang dia akan buat kalau emosi dia memuncak, bila tak mampu lagi pendam perasaan atau simpan rasa marah, so akan meletup.
Orang rasa orang pendiam ni mengada. Introvert hanya alasan tak nak jadi macam orang lain. Banyak introvert yang dibuli di sekolah, universiti, tempat kerja, jiwa mereka tersiksa, orang anggap mereka antisosial, tak penting. Langsung.
Mengikut kajian depression ada kaitan kuat dengan introvert.
Tapi sesiapa pun boleh depresi, orang lawa pun boleh depression apatah lagi orang tak lawa. Eh sorry.
Tak semua orang introvert tak bahagia dan tak semua orang yang tak bahagia adalah introvert. Tapi, still ada relation antara keduanya.
Mereka ada risk tinggi sebab kalau ada masalah suka simpan sendiri, suka fikir pasal kekurangan diri, terbawa bawa dengan emosi, penuh negatif dalam diri.
Jadi, please jangan terbawa bawa dengan karekter introvert, jangan terlalu asyik merenung diri, rasa sedih, rasa alone, loner, pathetic, nak bunuh diri, ponteng kelas, tak nak study, homesick dll.
Kita hidup untuk diri kita, bukan untuk sesiapa. Tak ada siapa pun yang kisah apa kau nak buat dalam hidup kau, orang tak nak tolong, orang cuma nak tahu.
Pisang goreng panas pun kejap je panas, bila dah sejuk, bila cerita dah basi, tak ada sesiapa yang sudi ambil tahu lagi, tak ada sesiapa sudi bantu.
Jadi please jangan terbawa bawa dengan character diri. Go and meet people, you’ll feel relieve, bukan just duduk terperuk dalam bilik, larikan diri dari manusia, hidup dalam dunia sendiri.
Sometimes, kau cuma mahukan keramaian, nak ada orang yang hargai kita setiap masa. Kan?
Depression tak kan jadi kalau kau percaya Tuhan. Mana ada orang yang jaga hubungan baik dengan Allah tetiba meroyan stress nak bunuh diri bagai sebab feed up dengan hidup, putus asa dengan manusia. Sebab dia tahu, dia ada Tuhan tempat dia mengadu.
Yes, we need people in our life tapi kalau kita yang tak nak take action ubah diri sendiri, things will not change at all. So maybe boleh try several tips untuk elakkan stress dan depression:
1. Jaga hubungan dengan Allah
Dalam dunia ni, Allah je tempat kau boleh mengadu. Kalau kau rasa tertekan sangat, pergi ambil wuduk baca quran or solat sunat, bukan pergi dapur ambil pisau, bukan pergi bukak laptop tengok movie, atau karoks atau menangis bawah selimut. Bila kita dah besar and still tak boleh cope and tangani our problem, problem bukan dengan orang lain tapi diri sendiri. Buat apa nak lari dari masalah, cer hadapi masalah tu, yes lebih mudah cakap dari buat kan, tapi at least let’s try.
Orang yang ada Allah dalam hati, susah nak ada ruang ruang kosong untuk syaitan masuk and bisikan kejahatan.
2. Join usrah
This is one of the way nak ubah diri sendiri and start a new life. But, try find bi’ah yang sedia menerima and boleh bantu kita sama sama berubah, bukan biah yang cuma pandai judge atau bawa dakwah dan tarbiah tapi qudwah (akhlak) rosak atau banyak masalah dalaman. Tapi seriously bi’ah sangat membantu.
3. Belajar buat kawan
Bercampur dengan masyarakat. Tegur mak cik cleaner, tegur tukang kebun, pak guard, cashier, makcik canteen, orang jalanan dengan cara ni kau akan rasa selesa and rasa sebenarnya hidup ni ramai je orang baik baik, ramai je orang yang nak ambil tahu or care pasal orang lain. Kalau ada seorang yang selalu buat kau rasa down, selalu mengata pasal kau, ada lagi ramai yang care oasal kau. Kenapa nampak semut kecil macam tu and gajah depan mata tak nampak?
4. Jangan lari dari masalah
Yes, bila tekanan tinggi kita try cari ruang, tapi in this situation, things get worst kalau kita cari ruang sendiri. We treat ourselves by mixing with people bukan berkurung dalam bilik menangis sendiri, tempelak semua orang tak faham diri kita, apa diorang tahu bla bla bla semua tu. Sebab tu kita hidup di bumi, bukan di hutan. Eh.
5. Positive kan diri selalu
Surround yourself dengan positive vibes. Jangan selalu fikir pasal kekurangan diri. Jangan terbawa bawa dengan emosi.
6. Find your own time
Ini main solution untuk ramai introvert, perlu masa sendiri, chill sendiri tanpa keramaian, tapi only bila kau boleh deal dengan diri kau truly. Tapi kalau dengan berkurung dalam bilik akan buat problem jadi lagi besar, go meet people. Sebab kau selalu sangat ada your own time, suka lepak sendiri (kesian) sekarang lepak dengan orang pulak. Cari satu dua orang yang boleh chill sekali pun dah okay dah.
7. Lihat alam
Lihat kitab terbuka Allah akan damaikan hati. Lihat burung terbang, air sungai mengalir, perhatikan perilaku manusia pun akan ajar diri kita banyak benda. Try tadabbur manusia, tadabbur alam dan peristiwa. Positifkan diri, rasa Allah selalu ada. Bila tak mampu sandar dekat manusia, kita kena sandar dekat Allah sebab He’s the only one yang kekal, yang boleh dan akan bantu kira in the end. Believe me.
8. Berhentikan negativiti dalam diri
Ramai orang ada penyakit hati. Asyik nak salahkan orang. Rasa diri sendiri betul, semua orang salah. Diri terlalu sensitif, tak boleh terima teguran, hati terlalu keras. Please, wujudkan positif vibes. Buang pemikiran kuno, busuk dalam diri tu, banyak berselawat. Ingat Tuhan, ingat mati. Bila kita belajar bersyukur, lagi banyak benda baru atau kebahagiaan yang akan hampiri kita. Bila kita tutup mata pandang benda buruk, kita akan bukak mata untuk nampak benda cantik je.
So let’s try okay.
– Han
– Han
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit