Hai dan Assalamualaikum semua, tak perlulah saya perkenalkan siapa saya dalam ni. Just kenal nama pena saya aje, ChocoLyn. Saya merupakan student tahun 3 di universiti Awam dan saya akui saya seorang introvert. Yah, that’s my problem anyway.
Semasa saya kecil dulu, saya akui saya ramai kawan. Yurp, masa kecil itu kira zaman kegemilanganlah kan? Time tu, kita berkawan dan kita tak terasa dengan orang. Apa yang kita tahu just enjoy and play. Rindu zaman tu. But, semakin dewasa ini. Saya mula berubah jadi someone yang berbeza. Saya jadi seorang pendiam dan suka sangat peka pada perasaan orang lain.
Sebab itulah, saya jadi makin pendiam. Saya pun at first tak tahu nak classify diri saya ni sebagai introvert ke apa. Tapi, yah.. lepas buat banyak test personality, kesemuanya tunjukkan bahawa saya adalah seorang introvert. Peratus dia pun agak tinggi. Dalam kitar 70% to 80%..
Introvert ni mula jadi masalah pada saya lepas aje saya masuk zaman universiti. Sebelum ini, benda ni tak jadi masalah pun pada saya. Tapi, masuk zaman universiti.. personaliti ni hampir buat kan saya alami depression. Saya menangis dalam bilik dan pernah terfikir nak bunuh diri.
Masa sem 1 dulu, saya berkawan aje. Siap buat geng sepuluh orang tapi sayangnya kebanyakan saya tak masuk. Cuma dua ketul dari sepuluh tu aje saya rapat. Yang diorang itu, saya boleh buat gurau kasar tapi dengan yang lain, nak bergurau simple pun susah (saya always risau kalau saya gurau mereka takkan suka dan takkan gelak (overthinking)) dan saya pilih untuk diam.
Kalau diorang buat lawak baru saya senyum. Kitorang pernah rancang pergi keluar Terengganu sesama tapi saya rasa plan tu tak seindah apa yang saya fikir ( sebab saya rasa saya tak pandai bergurau dan tak pandai nak enjoy dengan mereka semua)
Masuk sem 3, I’m quit from them. Saya rasa saya dah tak boleh nak berpura- pura lagi. Benda tu makin sakitkan saya. Dari dua ketul, saya terus tak boleh ngam dengan mereka semua. Saya jadi overthink bila ingat fasal diorang. Saya fikir yang diorang anggap saya pelik. Dari reaksi mereka, saya dapat baca macam mana tanggapan mereka pada saya. Budak pelik.
Sem 3 (Tahun 2), saya satu bilik dengan coursemate saya. Nama dia Aji (bukan nama sebenar). Sejak first year lagi, saya memang tak rapat dengan si Aji ni. Seingat saya, memang saya tak pernah bercakap langsung dengan dia.
Saya ni jenis yang tak minat nak kawan dengan perempuan gedik-gedik ni. Sepanjang kami jadi roomate, kami langsung tak bercakap. Saya boleh siap hitung guna jari berapa kali saya bercakap dengan dia.
Dan Tahun 2 ni lah saya mula depression. Saya sejak dulu memang mementingkan result. Asal ada C je dalam result, saya mesti dah gelabah. Mulalah buka buku semua. Dok study. Tapi, after masuk u ni. Sifat tu dah hilang. Saya berubah jadi someone yang suka study last minute dan kadang kalau ada test, saya tak baca buku dan masuk dewan macam itu aje. Bagi saya carry mark is not so important at all.
Time ini, saya tak ada kawan untuk mengadu. Jujur saya katakan saya lebih suka kawan yang berkumpulan sebab sejak saya sekolah rendah lagi, saya akan ada kumpulan (5-6 orang). ( Even, sayalah yang pendiam tapi surrounding dia happy). Berat badan saya pun naik sebab asyik stress aje. Yah, depression hit me.
Cuma tahun 2 ni, saya ada dua orang kawan dan mereka dua ni, saya boleh masuk. Di zaman u ni, saya anggap diorang bestielah tapi bagi diorang tak kot. Erm.
I’m introvert sebab selalu overthink fasal apa yang orang fikir fasal saya. Disebabkan itu, saya lebih selesa untuk mendiamkan diri. Bukan introvert yang buat someone tu depress, but the overthink is. Saya pernahlah juga salah kan diri saya sebab terlalu senyap sampai buat saya depress but sebenar nya.. overthink yang buat saya depress. Saya terlalu memikirkan apa yang orang kata tentang saya.
Kadang, saya cuba untuk bercakap tapi saya tak boleh. Saya kena find someone yang chemistry dye sama dengan saya, then I can go with her/ him. If not, saya akan terus diam dan tersengih macam kerang busuk.
Erm.. sebab tak nak nampak kelemahan saya tu. Saya selalu cakap pada diri. (Untung betullah, orang yang nampak kau yang overtalking ni, Lyn. Sebab diorang nampak kau yang happy dan bukannya sadness).
Itulah cara yang saya buat sekarang untuk hilangkan depress saya by introvert personality. (By keeping give ur mind with a positive vibe).
Maybe, kita rasa sedih sebab tak dapat nak show diri kita yang sebenar pada orang but kita kena slalu ingat.. kita ni special (even for other we’re not). But, people right?
Sometime they become angel and sometime they can be a shitty one.
– ChocoLyn (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit