Introvert Mencari Pasangan

Hi assalamualaikum. Sedikit pengenalan mengenai aku. Aku Hannah, berusia 28 tahun dan sekarang bekerja sendiri (bisnes kecil-kecilan).

Walaupun bisnes kecilan, tapi sudah agak stabil dan mempunyai wang simpanan, turut mencarum medical card dan juga hibah untuk keluarga seandainya apa-apa terjadi.

Maklumlah, tiada pencen/KWSP. Jadi kena la pandai-pandai simpan duit kan.

Merupakan seorang graduan universiti tempatan, berlatar belakang sekolah agama perempuan, mempunyai adik beradik semuanya perempuan. Telah kematian ayah sejak kecil dan umi tidak pernah berkahwin lain.

Ohh dari segi penampilan pula, aku biasa-biasa sahaja. Hitam manis, tidaklah cantik atau hodoh. Kesihatan pula tiptop, jarang sakit hatta demam, selsema dan lain-lain.

Bukan jenis yang boros, shopping barang branded, bermewahan dan lain-lain. Memang orang yang simple dan biasa-biasa. Cukup apa seadanya.

Aku merupakan seorang yang agak introvert. Susah nak bercakap atau bergaul dengan orang yang baru kenal.

Kawan-kawan rapat pula, memang small circle sahaja dalam 4-5 orang yang biasa berkongsi masalah dan bertanya khabar. Kawan-kawan lain, boleh juga bersembang tapi jarang dan agak limited.

Tahun ni dah masuk umur 28 tahun. Dan umi sudah mula berbunyi, bertanyakan adakah aku sudah mempunyai kawan lelaki atau calon yang bersesuaian untuk dijadikan pasangan.

Tapi tidak mendesak atau memaksa, cuma bimbang akan anak gadisnya ini memegang PhD Bujang tak grad sampai ke sudah hahaha. Umi siap minta abang ipar carikan lagi pasangan untuk aku.

Aku langsung tidak pernah bercinta dengan sesiapa. Sekadar berkawan dan bermesej dengan kawan lelaki ketika zaman universiti tu ada la, tapi memang sekadar kawan.

Aku pernah juga menjadi ahli dalam portal cari jodoh, facebook dating dan lain-lain yang percuma sahaja.

Tapi tak kekal lama pun sebab aku rasa macam tersangat sangat awkward. Tiap kali ada yang like/mesej, aku jadi tak tahu nak reply atau bercakap isu apa.

Kat luar pun memang dah senyap, apatah lagi dengan orang yang memang tak kenal.

Takut dan tak percayakan orang luar pun ada. Kebanyakan masa, aku reply tapi communication tu rasa sangat lah hambar dan dry. Hahaha. Mesti bosan kan. Last-last aku deactivate saja.

Kalau nak minta umi carikan pun, umi lebih kurang saja dengan aku. Orangnya pendiam, lebih suka bawa hal sendiri, bukan jenis meriah bergaul, berpersatuan dan lain-lain.

Jadi circle umi juga sangat kecil. Agak susah nak tolong carikan jodoh untuk aku. Hahaha.

Jadi aku di sini, nak bertanyakan kot-kot ada nasihat atau cara yang sesuai untuk introvert macam aku ni dalam mencari jodoh?

Atau pengalaman siapa-siapa yang situasinya lebih kurang dengan aku? Boleh share tak? Terima kasih.

– Hannah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *