Assalamualaikum dan Salam 10 terakhir Ramadhan buat warga IIUMC. Semoga kita semua beroleh keberkatan yang berpanjangan.
Saya teruja membaca tips yang dikongsi oleh Kak Mawar dalam confession (https://iiumc.com/pengalaman-saya-dalam-keluarga-mertua/).
Itulah juga yang saya amalkan semasa mertua saya masih hidup. Namun sekarang bila mertua sudah tiada, dan suami menjadi tonggak dalam keluarga, saya dalam dilema.
Saya A. Tinggal di KL. Seorang isteri yang telah 17 tahun berkeluarga. Suami saya M, anak lelaki sulung dalam satu keluarga besar, anak kesayangan ibunya dan tempat bergantung 6 orang adik2nya. Hubungan mereka sangat rapat.
Dulu semasa adik2 masih belajar, M lah yang menyara mereka. M juga lah yang membina rumah keluarga mereka melalui pinjaman peribadi.
Saya sendiri mempunyai kerjaya yang stabil jadi isu duit bukanlah menjadi masalah sangat kepada kami.
Oleh kerana M terpaksa membina rumah untuk keluarganya, maka rumah kami sendiri dibeli menggunakan pinjaman perumahan saya dan dibayar oleh saya sehingga kini.
Sejak berkahwin, ibu serta adik-beradik M sering berkunjung ke rumah kami bila cuti sekolah. Jika ada majlis kenduri di KL, rumah kami lah yang akan menjadi tempat persinggahan untuk tidur dan makan-makan.
Perkara ini menjadi budaya mereka walaupun selepas ibu dan ayah M meninggal dunia kira2 enam tahun yang lepas.
Selain M, ada seorang lagi adik lelakinya C yang kini tinggal di KL dan telah mendirikan rumah tangga sejak hampir tiga tahun lepas.
Apa yang membuntukan fikiran saya ialah mengenai sikap isteri C yang pemalas tetapi rajin mengikut/ mengajak suaminya bertandang ke rumah saya.
Hanya datang untuk makan dan melepak sahaja. Makan lepas tu balik. Maklumlah rumah dekat. Tinggal lah saya terkial2 mengemas segala pinggan mangkuk periuk dan sampah sarap.
Saya cuba berbincang dengan M tentang perangai C dan isterinya, tapi suami saya menyebelahi adiknya. Sekali sekala katanya apa salahnya.
Saya faham suami malas nak panjangkan jadi saya cuba bertindak sendiri dengan lebih banyak mendiamkan diri dalam group wasap keluarga, tapi mereka tetap datang dan berperangai sama.
Takkanlah saya hendak berterus terang dengan mereka supaya kalau datang tu pandai2 la ringankan tangan ambil hati kakak ipar. Saya pun adakalanya bosan dan terasa diperlakukan seperti orang gaji.
Jika mereka tidak datang, suami pula yang sibuk mengajak sedangkan saya telah berkali-kali katakan kepada suami biarlah kita pula yang berkunjung menjadi tetamu di rumah mereka.
Sepanjang mereka berkahwin, hanya 2 kali kami ke rumah mereka. Saya pun teringin juga dirai sebagai tetamu, asyik kena masak untuk orang, cuci pinggan orang, cuci periuk jamu orang.
Nak la juga jadi mem besar macam bini si C tu. Datang ke dapur terus tuju meja makan. Makan laju-laju, cuci pinggan sendiri dan terus keluar semula ke sofa menonton tv. Itulah lazimnya kalau mereka datang.
Selebihnya saya yang kena sudahkan. Sudahlah saya yang memasak. Malah kalau suami dan adiknya yang masuk ke dapur, lebih teruk dapur saya dikerjakan. Ala2 program tv masterchef jadinya.
Suami pula kalau adiknya datang, segala bagai makanan yang ada di peti ais atau gerobok akan dikeluarkannya bagi meraikan tetamu.
Sudahnya makanan berselerak di meja dapur dan meja depan, saya juga yang mengemas kembali makanan tersebut selepas mereka pulang. Ingat yer, mereka datang paling kurang pun sebulan sekali, setiap hujung minggu pun pernah, dengan notis atau tanpa notis.
Jika ada adik beradik lain yang datang bertandang, maka akan muncullah juga mereka menempel sama berkenduri di rumah kami. Dan kesudahannya adalah seperti biasa, saya yang mengemas sambil memaksa suami dan anak-anak membantu saya.
Telah beberapa kali saya suarakan kepada suami yang saya kurang gemar aktiviti bertandang si pemalas ke rumah kami ini. Sama2 makan sama2 lah kemas.
Tapi suami hanya menjawab, orang nak datang takkan kita nak halang. Takkan pula dia nak ajarkan adiknya supaya menyuruh isterinya ke dapur membantu saya.
Itu kan common sense? Habis tu kalau tak ada common sense macam mana? Malah kadang2 saya dan suami boleh sampai bergaduh bila membincangkan isu ini.
Kesudahannya, sudahlah fizikal saya penat, mental dan emosi saya juga turut terjejas kerana suami pasti akan menangkan adik dan iparnya. Maka makan hati lah saya untuk kesekian kalinya.
Ada tak sesiapa yang mengalami situasi seperti saya. Kita sudah cuba menjarakkan diri, tetapi pihak suami tidak memberi kerjasama.
Saya bukanlah hendak memutuskan atau merenggangkan tali silaturrahim mereka. Saya sendiri tidak kisah untuk sekali sekala bertandang ke rumah adik2 M. Sekurang2nya buatlah pusingan janganlah berat sebelah.
Tapi M tidak mahu menyusahkan adik2nya. Dia lebih gemarkan adik2nya untuk datang ke rumah kami.
Dulu semasa anak2 masih kecil, kami mempunyai pembantu rumah. Kuranglah sedikit bebanan saya. Tetapi sekarang anak sudah besar. Sudah tidak berbaloi untuk menggaji pembantu.
Begitulah kisahnya. Nampaknya seurat rambut saya sedang menghilang dalam tepung. Tolonglah saya menarik rambut dari tepung agar rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak. Terima kasih.
– A, si kakak ipar yang terasa seperti dibuli (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit