Ipar Dari Neraka

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin post cerita ni.

Dari mula perkahwinan, ipar saya, a.k.a menantu perempuan keluarga kami, tidak hormat pada ibu dan ayah saya.

Tidak tahu punca apa. Sedangkan keluarga kami sangat menyambut kedatangan dia dalam keluarga kami.

Ibu tak pernah sekali pun menyuruh ipar saya membuat kerja2 rumah atau membebankan dia atas status ‘menantu perempuan’.

Satu hari, abang saya bergaduh dengan ibu sehinggakan diacu2nya jari ke muka ibu sambil menengking tanpa rasa hormat (Ibu selalu ungkit perkara itu hingga ke hari ini).

Pergaduhan berlaku berpunca apabila ipar saya naik suara pada ibu kerana tidak sudi menjaga anak mereka pada waktu itu.

Manakala, ibu pula tidak dapat menahan marah dan minta mereka beredar pulang.

Yang paling menyedihkan apabila ipar saya sering ‘brainwash’ anak2 untuk membenci keluarga sebelah kami.

Anak2 yang masih yang kecil dan jujur, menyampaikan perkara tersebut kepada kami. Ibu dan ayah dah lama makan hati.

Paling menyedihkan, anak lelaki mereka, abang saya, sendiri kini menjadi ‘orang luar’ buat mereka.

Sampai pada satu tahap, apabila ada perselisihan faham, abang saya akan ungkit tahap pembelajaran dia yang lebih tinggi berbanding ibu dan ayah saya.

Abang juga sering membanding2kan ibu dan ayah dengan mentuanya. Ibu dan ayah rasa sangat terhina (buat pengetahuan mu, abang).

Ipar saya juga sering melepaskan beban menjaga anak2 kepada keluarga kami. Bila nak ber ‘me time’ dengan suami atau ibu dan ayahnya, dia akan hantar anak2 ke rumah kami.

Ibu dan ayah saya mengeluh penat, tapi tiada peluang untuk meluahkan. Bila ditegur, di tahan anak2nya datang ke rumah kami.

Saya menjadi tempat luahan hati ibu dan ayah. Bila disampaikan pada abang, dia menengking dan mengamuk.

Buat abang saya dan isterinya, Semoga Allah memberikan hidayah buat mu. Supaya tidak terlambat untuk muhasabah diri dan meminta maaf pada ibu dan ayah.

Ingat, hidup kita sampai ke tahap ini kerana doa dan restu mereka.

– Zihah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *