Assalamualaikum readers! Aku pernah buat luahan kat sini sebelum ni pasal tips rumahtangga. Tapi lupa lah masa tu guna nickname apa. Haha.
Aku rasa terpanggil nak buat luahan juga pasal kakak ipar bila terbaca posting tajuk “Aduhai Ipar” https://iiumc.com/aduhai-si-ipar/
Untuk pengetahuan Melur, situasi kita hampir sama. Aku pun ada 6 abang dan anak bongsu.
Juga pernah menumpang di rumah salah seorang abang untuk tempoh setahun setengah memandangkan rumah dia yang paling dekat dengan tempat kerja. Cuma lebih kurang 10 minit. Daripada aku bujang, sampailah kahwin.
Aku takde masalah dengan kakak ipar tu. Aku anggap dia kakak ipar kiriman Tuhan dari syurga. Dia kakak ipar terbaik yang aku pernah ada. Kakak ipar yang lain pun baik juga. Tapi yang ini, special sikit. Sebab aku tak pernah anggap dia kakak ipar.
Aku tak pernah ada memori diorang kahwin sebab masa tu aku kecik sangat lagi. Bila membesar je, tau-tau watak dia dah dah ada. Tu yang terasa macam kakak sendiri.
Kakak ipar aku bekerja. Jarang masak. Jadi, aku pun jarang tolong dia masak. Tapi ada je keberadaan aku tu kat dapur bila agak-agak nak prepare untuk dinner. Aku just tolong siapkan meja makan. Kemas rumah pun tak sebab bab kemas rumah memang abang aku yang setelkan.
Lagipun takde apa nak kemas sangat sebab rumah diorang sentiasa bersih. Kakak ipar aku memang dari dulu tak pernah mengemas. Memang abang yang setelkan semua.
Weekend pulak, aku jarang ada kat rumah. Biasanya aku akan balik kampung. Ni masa belum kahwin la. Tak lama lepas tu, bila kahwin, aku akan balik ke rumah mertua atau balik ke rumah mak aku setiap kali weekend. Oh, bila kahwin, aku PJJ dengan suami.
Kakak ipar aku layan aku dengan baik. Kadang-kadang, aku ada juga ambil anak buah dari sekolah kalau kakak/abang tak dapat ambil.
Pernah sekali, aku dapat tau yang abang aku outstation seminggu. Aku bagitau kakak ipar yang aku akan masak untuk dinner sepanjang seminggu tu. Masak cara orang bujang lah.
Aku pun bukannya pandai masak sangat pun time tu. Haha. Tu yang berani masak bila abang takde je. Sebab segan dengan abang.
Bila aku pregnant, aku dah mula survey rumah sewa. Dalam masa yang sama, aku cuba juga cari kerja yang dekat dengan suami.
Aku memang nekad nak berpindah keluar sebab aku fikir, bila dah ada anak nanti, mesti suami aku akan lebih kerap nak jumpa sebab dah ada anak. So, macam tak best pula kalau masih menumpang. Aku tak bincang dengan abang aku pun. Dah dapat rumah sewa, baru aku bagitau dia.
Abang aku ada juga suruh pertimbangkan balik tapi aku yakinkan dia aku boleh duduk sendiri. Masa bujang dulu, dia tak bagi menyewa sebab risau keselamatan aku.
Sebulan sebelum bersalin, aku dapat tawaran kerja yang membolehkan aku duduk sebumbung dengan suami. Taklah dekat. Jauh juga berulang, tapi takpelah. Asal duduk sekali. Aku dah tak sanggup nak PJJ. Duit booking rumah sewa, burn.
Kisah ni dah lebih 10 tahun berlalu. Tapi masih indah untuk dikenang. Aku takkan lupa jasa abang dan kakak ipar aku.
Kakak ipar yang lain? Baik je. Aku ok je. Takde masalah. Tapi biasalah. Manusia ada perangai yang pelbagai. Selagi mana situasi tu aku masih boleh handle dan tak jadi batu api kat mak mentua diorang, benda tu ok je. Kita ni pun bukannya sempurna sangat kat rumah mentua.
Kalau kita bermasam muka atau bermasalah dengan ipar, benda ni bukan antara kita dengan dia je. Tapi akan melibatkan adik-beradik kita jugak. Nak tak nak, kena hadap juga setiap bulan, setiap tahun bila dah namanya keluarga.
Di kesempatan ni jugak, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua kakak ipar aku atas semua jasa diorang selama ni kat family aku.
Aku pernah berniat, kalau lah aku dikurniakan rezeki lebih, aku teringin nak hadiahkan sebentuk cincin kat setiap kakak ipar aku.
Korang doakan hajat aku yang satu ni dimakbulkan ye!
– Anggerik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
mende cite kau ni hahahha