Ipar Diva

Berkali-kali Kak Nana fikir, perlu atau x, utk share di sini. Kak Nana harap, dgn confession ni, secara x langsung boleh dijadikan panduan bg sesiapa yg akan berkahwin, yg bakal menjadi menantu & ipar.

Kedua-dua adik lelaki Kak Nana, berkahwin tahun lepas. Masing-masing belum ada anak. Adik ipar A & adik ipar B, dua-dua pun keluarga kami sayang, kami x bezakan, layanan sama rata. Tapi sikap A betul-betul penyayang & rendah diri, buat kami sgt sayang & senang dgn dia. Emak Kak Nana pun selalu memuji A, tapi bukanlah puji di depan B, takut B terasa hati.

A masih muda, baru bekerja, tapi bila datang ke rumah emak, mesti dibawanya buah tangan. Bukanlah buah tangan mahal sbb dia pun baru bekerja, gaji pun kecil lagi. A belikan pisang goreng tepi jalan pun emak dah gembira sangat, mungkin orang tua tu rasa dirinya dihargai.

B pulak bergaji besar, tapi mungkin dia x biasa dgn budaya memberi, memang dia x berilah buah tangan.
Baru ni masa pulang beraya, emak pesan adik lelaki utk beli cili padi. Kebetulan adik akak dan isterinya B tu ada di luar. Balik tu, belum sempat emak tanya berapa RM, B minta RM2 dari emak.
Akak memang x kisah la sbb memang dah anggap B tu x biasa dgn budaya memberi tapi kesian tgk emak yg dah tua tu, terkulat-kulat bila diminta RM2. Emak bukan jenis pesan dgn air liur, tapi selalu lepas barang dibeli, dia akan tanya berapa & bayar kemudian. Bila berjalan ke mana-mana, kami semua akan berebut-rebut utk bayar makan, tapi B akan senyap, sambil buat-buat tgk phone. Nak kata B berjimat pun, handbag dia semuanya RM2000 ke atas.

Selain berkira, B jugak acah-acah diva. Masa berkunjung ke rumah nenek, cuma ada satu bilik tetamu. Sepatutnya utk jaga aurat, biarlah perempuan (emak & B) tidur di dalam bilik, dan lelaki (ayah & adik) di ruang tamu. Tapi B nak juga dia & adik lelaki akak tidur di bilik, disuruhnya emak & ayah tidur di ruang tamu. Adik lelaki ikut juga kemahuan isterinya tu. Tapi bagi akak, anak yg baik, perlulah dahulukan orang tua.

Bila emak & ayah nak tumpang kereta, laju je B, duduk di sebelah driver seat. Ada sekali tu, ayah dah buka pintu utk duduk di depan, tapi B nak jugak duduk di depan. Berbeza dgn adik ipar A, mesti dia pelawa ayah utk duduk sebelah driver seat, sbb memang selalu ayah duduk di depan. A pulak akan duduk di belakang, bersembang dgn emak. B jgn kata nak bersembang, bila emak tanya soalan pun buat acuh tak acuh.

Bila balik beraya, semua orang lepas Subuh dah keluar bilik, sibuk di dapur. A walaupun dari kecil, rumahnya ada maid, sibuk jugak la dia nak membantu. B pukul 10 baru bangun, itupun sebab dipanggil utk makan. Dah makan, masuk semula bilik. Kami x kisah kalau dia x suka buat kerja rumah, tapi apa salahnya luang masa dgn emak & ayah.

Dari umur, A muda lebih 5 tahun dari B, tapi akalnya lebih matang & sikapnya lebih penyayang.
Jgn pulak yg kata B sikap begitu sbb asal dari keluarga berada. Tak ye. Ibunya surirumah, ayahnya buruh.
A, yes, anak orang berada, tapi dia simple & humble. Asal usul xde kena-mengena akak rasa, cuma mungkin B tu tak terfikir, apa sepatutnya sikap seorang menantu perlu ada. Memang sekufu la B dgn adik lelaki akak tu. Dalam adik-beradik pun memang dia kurang ambil berat tentang emak ayah. Kami adik-beradik ada menegur, tapi biasalah, x mahu terima. Kesian sbb kalau x dahulukan emak ayah, macam mana Allah nak dahulukan kita?

Apapun, yg bakal berkahwin, layanlah emak & ayah mertua kita sama macam emak ayah kita.
Jangan berkira & jangan berlagak diva. Dahulukan orang tua, gembirakan hati diorang, inshaAllah yg baik jugak nanti datang pada kita. Itu je Kak Nana nak pesan :)

– Kak Nana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *