Ipar Minta Buat Loan

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga IIUM Confession sekalian.

Terima kasih Admin kerana menyiarkan confession saya.

Tulisan saya kali ini tidaklah menarik seperti yang lain. Saya menulis di sini untuk meminta pendapat pembaca sekalian memandangkan saya banyak jumpa solusi pada ruangan komen pada confession-confession sebelum ini.

Saya sudah berkahwin 3 tahun dan mempunyai 2 anak kecil. Saya kahwin ketika belajar di tahun akhir dan ketika ini saya baru sahaja bekerja tidak sampai 2 tahun.

Begitu juga isteri. Cuma bezanya isteri dapat rezeki kerja kerajaan. Jadi kami berdua ini kiranya baru menapak membina karier masing-masing dan belum mempunyai simpanan yang mantap.

Hidup kami serba cukup dengan komitmen yang tidak begitu tinggi. Gaji setiap bulan cukup menampung keluarga kecil kami di Ibukota ini.

Namun masalah timbul bilamana abang ipar saya, sejak setahun dua ini kerap meminjam duit daripada isteri saya. Abang ipar saya bekerja swasta dalam sektor pembinaan dan anggaran gaji 3k-4k, mempunyai seorang anak dan isterinya tidak bekerja.

Bukanlah menjadi masalah kami untuk meminjamkan duit memandangkan saya faham beliau mungkin terkesan dengan PKP pada tahun lepas.

Tapi jauh dari sudut hati saya agak pelik beliau masih belum “recover” dari masalah kewangan walaupun PKP sudah setahun berlalu dan beliau menerima gaji semula.

Lagi menghairankan beliau sudah hampir setahun tidak pulang ke kampung dan senyap sahaja dalam Group Whatsapp Family. Sedangkan sebelum ini beliau tidak begitu.

Rupa-rupanya beliau ada masaslah kewangan yang sangat teruk yang beliau sembunyikan daripada kami sekeluarga.

Beliau rupa-rupanya telah ditipu oleh rakannya untuk melabur dalam saham sebanyak 20k (menurut cerita iseri beliau kepada ibu mentua).

lebih mengharukan, beliau terlibat dengan pinjaman along sehingga gajinya setiap bulan habis membayar bunga along sahaja. Patutlah selama ini tak pernah cukup walaupun gaji agak tinggi.

Tambah parah apabila sewa rumah hampi 2 tahun tertunggak(mujur owner baik) dan kereta hampir kena tarik. Lagi merisaukan saya isteri beliau pula hamil hampir 5 bulan.

Baru-baru ini beliau ada mesej isteri untuk meminta satu pertolongan yang agak berat untuk saya dan isteri terima.

Beliau meminta untuk isteri membuat loan lebih kurang 25k untuk beliau settlekan segala hutang khususnya hutang along yang ada baki kurang daripada 10k.

Beliau berjanji akan membayar setiap bulan sebanyak RM500.

Saya pada awalnya memang memberitahu isteri jangan sesekali buat loan untuk cover hutang orang lain memandangkan banyak cerita berkaitan menolong orang berhutang ini seperti melepaskan anjing tersepi, risau di masa akan datang dia akan menggigit kami semula.

Sebenarnya kala ikutkan kemampuan kami mampu sahaja menolong namun kami risau benda ini akan menyusahkan kami di masa akan datang seperti susah nak buat loan untuk keperluan kami di masa akan datang (Beli rumah dan 2nd car dll).

Maka kami minta pendapat ibu mentua. Apabila Isteri bercerita kepada ibunya berkaitan ini, ibu mentua menangis sedih mengenangkan nasib anaknya yang seoarang ini. Ibu mentua saya jawab macam ni kepada isteri saya,

“kalau akak mampu akak tolong lah dia, kalau dia tak bayar mama akan bayarkan bulan-bulan yang dia tak bayar tu”.

Untuk pengetahuan semua, ibu mentua saya ada bisnes sendiri tapi beliau tidak layak memohon loan kerana komitmen dan umur.

Hati saya sekarang berbelah bahagi. Sudut kanan hati saya ingin sahaja membantu kerana saya percaya ianya satu tuntutan dalam agama iaitu melepaskan orang yang dibelenggu hutang.

Saya bukanlah kesian dengan beliau, tapi saya fikirkan isteri dan anak-anak beliau yang terkesan dengan tindakannya itu.

Di sudut hati yang lain pula mengatakan jangan tolong takut ianya menyusahkan isteri saya dan akan mendatangkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang.

So soalan saya,

1) Perlukah isteri saya proceed submit personal loan untuk membantu abang ipar saya?

2) Adakah effect kepada isteri untuk membuat loan lain selepas ini?

Minta jawapan dan pengalaman pembaca2 sekalian. Runsing saya duk fikir masalah ini seminggu dua ini.

Di kesempatan ini, saya nasihatkan para pembaca untuk sentiasa berfikir panjang dan jangan libatkan diri dengan pinjaman along. Ianya bukan menyusahkan diri sendiri sahaja bahkan kesannya kepada orang sekeliling termasuk ahli keluarga.

Terima kasih.

– FREDINHO (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *