Assalamualaikum. Nama aku Emelda. Aku gelarkan kakak ipar aku sebagi Kak Mas. Kak Mas sudah 10 tahun bernikah dengan abang aku dan mempunyai 4 orang anak. Dua lelaki dan dua perempuan.
Sejak 10 tahun yang lalu, aku, adik beradik aku dan mak ayah aku semua dah perasan yang Kak Mas ni pemalas orangnya.
Tapi kami tidak ambil kisah hal tu. Sebab bagi kami, alah takpela kami ni ramai adik beradik 6 orang boleh tolong mak ayah kemas rumah, jamu tetamu, basuh pinggan mangkuk sewaktu hari raya.
Cuma tahun ni, aku memang dah tak boleh tahan lagi. Aku rasa dah cukup sabar 10 tahun kami sekeluarga hanya tengok dan diam. Cuma raya tahun ni bagi aku Kak Mas agak melampau.
Oh sebelum tu, biar aku beritahu korang yang abang aku anak beranak ni hanya balik kampung masa raya sahaja. So memang waktu raya je lah ktorang hadap drama malas Kak Mas ni.
Jadi kisahnya gini, hari raya pertama berjalan lancar tanpa apa2 masalah.
Masuk sahaja raya kedua, Kak Mas dah start bangun lewat jam 10 baru nampak batang hidung. Aku tak tahu la dia bangun lambat atau dia sengaja duduk dalam bilik lama2, pukul 10 pagi baru turun. Sedangkan hari tu hari raya.
Pukul 7.30 pagi kami dah riuh dekat dapur memasak ramai2 untuk tetamu yang nak datang.
Kak Mas tak nak masuk dapur? Takde masalah. Sebab kami dah ramai dekat dapur. Tapi aku rasa Kak Mas boleh je sebagai menantu, join sekali ktorang dekat dapur.
Kalau rasa tak ada apa nak bantu, Kak Mas boleh buat benda lain macam kemas rumah, sapu laman, vacuum rumah, topup kuih raya dalam balang atau boleh jugak susun cawan, pinggan mangkuk sudu garfu dekat tempat nak menjamu.
Tapi Kak Mas tak ada keinginan langsung nak membantu.
Turun dari bilik pukul 10 pagi, breakfast dan tengok tv. Jenguk dekat dapur pun tidak. Masuk dapur hanya basuh tangan selepas breakfast je.
Okay lah since ada 4 orang kat dapur, aku mengharapkan la Kak Mas tolong topup kuih dalam balang sebab anak2 buah aku ni duk makan kuih2 raya tu.
So aku pun cakap la baik2 dengan Kak Mas, “Kak, nanti tolong Mel isi kuih raya dalam balang ni eh. Takut Mel lupa nak isi nanti orang datang”.
Kau tahu Kak Mas balas apa? “Oh takpe nanti Mel dah settle dekat dapur Mel boleh buat. Pagi lagi ni tetamu tak datang lagi kot”.
Tanpa rasa segan dia balas gitu sambil tengok tv. Aku macam ehhh aku nak bagi dia kerja untuk dia buat tapi aku pulak yang kene balik?
Aku pun okay takpelah, aku sambung kerja aku. Dah siap masak semua mak aku mintak adik aku basuhkan kain nak sidai. Aku cakap la “Mel dah basuh dah mak lepas subuh tadi.
Abang Alif dah tolong pergi dobi dah keringkan”. Lepas tu mak aku kata “Tu berlambak baju ada lagi tak basuh tu? Siapa punya?”.
Sekali bila aku tengok, ya semua baju anak beranak Kak Mas yang aku tak tahu berapa hari punya penuh mesin. Dia longgok je semua dalam mesin tapi tak basuh.
Bra, panties dia semua ada dalam tu. Dia nak suruh siapa basuh? Mak aku? Mak aku yang dah umur 69 tu? Lepas tu adik aku pulak cakap kat Kak Mas, “Kak, cuaca tengah cantik panas ni, boleh la kot basuh baju sidai. Cepat je kering ni nanti”.
Lepas tu Kak Mas kata “Adik, tolong Kak Mas gerakkan mesin tu jap. Nanti Kak Mas sidai je. Tolong la dik, setahun sekali je ni”. Sambil dia gelak2.
Adik aku menyirap la jugak dah kenapa dia pulak kene basuhkan. Kitorang tahu rumah ramai orang, nak sidai semua baju banyak2 sekali memang tak muat la ampaian. Sebab tu kitorang dobi je. Lagi satu nak cepat.
Dalam adik aku tak puas hati tu, dia tolong la jugak basuhkan baju anak beranak sekali baju Kak Mas dengan abang aku tu. Lepas dia dah siap sidai, dah kering, dia pun angkat.
Tapi yang buat aku panas hati sikit, dia longgok pulak baju2 dia sekeluarga atas sofa. Kang tetamu datang tak ke kelam kabut?
Kalau longgok situ sambil lipat takpe la jugak. Ini tidak. Longgok la kau berjam2. Bila tetamu datang kelam kabut berlari bawak masuk bilik. Kerja dia main phone dengan tengok tv je sepanjang raya ni.
Tu belum bila part tetamu datang, masa raya ketiga, ktorang masak nasi tomato dengan lontong.
Waktu kami adik beradik sibuk dekat dapur panaskan kuah, panaskan lauk semua, Kak Mas ni pun kalut jugak ambik nasi ambik ayam 3 ketul untuk dia makan dengan anak2 dia.
Katanya risau anak dia lapar. Padahal jam baru pukul 11.45 pagi. Diorang semua baru je breakfast. Sebab turun dari bilik pukul 10 pagi kannn. Tak kan la dah lapar? Tapi aku lantakkan aje lah.
Tetamu pulak kat depan agak ramai lebih 10 orang, untuk teratak kecil mak ayah aku ni, kira penuh la ruang tamu tu bila 10 orang dewasa duduk.
Masa aku duk lalu lalang dari dapur ke meja makan, Kak Mas duk makan kat bilik belakang. Aku nampak yang dia paksa2 anak2 dia makan.
Anak2 dia tak nak. So dia la yang makan. Masa tengah kemas2 dapur selepas tetamu balik, elok aku tengok 2 ketul ayam yang Kak Mas ambik tu dia buang. Kan dah membazir!
Punya nak mengelat tolong bila tetamu datang, sanggup acah2 anak nak makan. Last sekali buang gitu je.
Aku tak faham kenapa Kak Mas ni pemalas sampai tahap ni, padahal dia boleh je tolong bancuhkan air, boleh tolong basuh cawan pinggan.
Tapi satu pun dia tak buat. Nak kata dia dari keluarga berada, keluarga aku lebih berada. So aku tak boleh brain kenapa Kak Mas ni langsung takde rasa nak membantu. Makin menyusahkan ada.
Masuk raya ketiga, Kak Mas ni berani dah sound bapak aku. Bapak aku tegur anak2 dia jangan lompat2 atas sofa.
Bukan apa, risau jatuh terkena coffee table tu. Kang luka siapa jugak yang susah. Lepas tu Kak Mas ni terus marah bapak aku. Dia kata “Ayah ni kerja nak marah anak Mas je.
Biasa la budak umur gitu tengah aktif”. Bapak aku balas, “Ayah bukan marah, ayah tegur je jangan lompat. Kang jatuh budak2 tu lain pulak jadi”.
Lepas tu dia twist “Dah tu ayah nak kata Mas tak pandai jaga anak ke?”. Aku dah macam eh dah kenapa makin biol Kak Mas ni. Tapi aku tak masuk campur.
Aku diam je. Abang aku pulak bersuara “Biar la ayah tegur. Dah mommy tak nak tegur”. Lepas tu datang la angin meroyan Kak Mas “You nak kata I apa sebenarnya ni? Korang nak cakap aku apa ni? Bukan ada benda pecah pun dalam rumah ni”.
Aku dah terkejut dah masa tu sebab Kak Mas dah macam menjerit sikit. Ayah aku pun pujuk la Kak Mas walaupun aku tahu ayah aku pun sakit hati. Tapi tak nak besarkan hal, diamkan aje lah.
Sejak dari hari tu, Kak Mas langsung tak keluar bilik. Keluar waktu makan je. Lepas makan, berkurung balik. Aku rasa pelik, aku pun ada keluarga mertua. Depan mertua kita cuba sehabis baik tunjuk sisi baik kita. Yang buruk kita sorok, yang baik kita tunjuk.
Dah jadi kebiasaan bila balik rumah mertua aku bantu mertua aku yang mana aku boleh bantu. Keluar bilik lewat pun dah rasa segan. Nak duduk makan saje tanpa bantu pun aku rasa segan. Tapi aku tak tahu kenapa Kak Mas langsung takde rasa segan.
Banyak lagi sebenarnya pasal Kak Mas ni. Tapi aku cerita kes semasa raya ni saja lah. Sekarang ni aku masih cuba memujuk hati untuk terima Kak Mas selepas dia tinggikan suara dengan ayah aku.
Hati aku sedih, aku rasa macam kenapa la abang aku boleh hidup dengan perempuan malas macam ni. Rumah diorang tak ada dapur sebab Kak Mas malas masak. Anak dia memang 3 4 kali je kot pernah makan masakan air tangan ibu sendiri.
Dapur tak ada babe! Masuk akal tak malas masak sampai dapur tak ada. Nak goreng benda simple macam nugget ke, fries ke, memang tak boleh. Aku cuma mampu doakan yang baik2 sahaja untuk rumahtangga abang aku.
Semoga mereka kekal bahagia dan Allah goncangla hati Kak Mas untuk berubah jadi rajin. Aminnn. Maaf lah andai cerita ni agak membosankan sebab aku memang tak pandai bercerita.
Aku just nak meluah sahaja. By the way selamat hari raya semua. Semoga raya kali ini memberi kita kesedaran untuk menjadi lebih baik.
InsyaAllah..
– Emelda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit