Ipar Pemalas II

Untuk part I, (https://iiumc.com/ipar-pemalas/).

Hi semua! Terima kasih sudi baca kisah tak seberapa dari aku. Macam aku cakap dekat post sebelum ni, aku tak pandai bercerita, aku hanya meluah.

Aku juga ada bagitahu dekat post sebelum ni aku hanya cerita kisah pemalas Kak Mas sewaktu raya haritu sahaja. Kalau nak aku ceritakan sepanjang 10 tahun tu, tak akan habis.

Post ni untuk menjawab persoalan2 yang bermain di fikiran korang. Sebenarnya sepanjang perkahwinan abang aku dengan Kak Mas ni, diorang pernah bercerai pada tahun 2019. Kemudian rujuk semula.

Penceraian tu berpunca dari masalah kewangan diorang. Abang aku kerja technician. Kak Mas kerja pembantu klinik. Total gaji mereka berdua tak cecah RM4000 sebulan pun.

Anak pulak 4 orang yang dah bersekolah. Adik beradik aku ni banyak tampung keluarga diorang. Abang aku selalu hutang aku. Tapi bila gaji dia tetap bayar.

Aku pun tak kesah dia hutang aku asalkan dia tak berhutang dengan ahlong. At least kalau dia meninggal, aku tahu hutang dia hanya dengan aku dan aku boleh halalkan.

Kalau ikutkan diorang ni jenis tak shopping tak berbelanja sangat pun. Anak2 pun membesar dalam rumah je. Nak bercuti ke apa ke memang takde.

Melainkan kalau kitaorang bercuti ramai2. Duit hotel memang diorang sentiasa dikecualikan.

Aku dan adik beradik lain je yang share duit untuk booking homestay atau hotel. Kitaorang adik beradik sangat faham dengan keadaan kewangan abang aku.

Aku dah banyak kali nasihatkan abang aku untuk bagi semangat kat bini dia untuk masak. Jangan asyik makan luar je.

Aku faham Kak Mas penat sebab kerja jugak tapi at least waktu cuti tu boleh je masak. Kak Mas habis kerja jam 5, sempat je masak untuk makan malam atau masak lebih lauk untuk bekal esok.

Abang aku selalu diam je. Aku pun kadang2 geram dengan abang aku ni. Jenis mengikut cakap bini. Lepas tu bila sesak, kitaorang jugak yang dicari.

Aku ingatkan abang aku ni tak pernah tegur bini dia, rupanya abang aku selau sangat dah tegur tu yang bergaduh. Kerap sangat gaduh sampai la bercerai.

Abang aku ni terlampau ikut kepala bini sampaikan langsung tak ada simpanan. Gaji tak cecah RM4000, kereta yang dipakai kereta Vios baru. Bulan2 bayar dah RM900.

Aku pernah nampak Kak Mas beli produk skincare SK2 sebab dia kata sepupu dia pakai kulit glowing.

Aku tak kesah dia nak beli apa sekali pun, tapi tengok poket la. Sebab hujung bulan nanti bila takde duit nak makan, aku jugak kene hulur kat diorang.

Tak tergamak la aku anak2 buah aku tu kalau tak makan. Aku tetap hulur RM100 RM200 kat diorang setiap bulan. Kak Mas tahu aku bagi pinjam tiap bulan sebab dia pernah cakap aku banker diorang.

Aku gelak je sebab aku tahu Kak Mas gurau tapi dia tak segan ke bergurau dengan aku macam tu tapi dia duk joli habiskan duit.

Katanya duit isteri tetap duit isteri, duit suami, duit isteri. Aku pun isteri, aku faham betapa bestnya dapat joli duit suami.

Tapi kene ambil tahu juga waktu2 sesak suami. Takde la nak demand itu ini di waktu suami tak berduit. Bantulah apa yang patut. Abang aku bodoh?

Terpulanglah apa yang korang nak cakap. Bagi aku, bila suami susah, isteri perlu bantu. Sewaktu isteri susah, suami perlu bantu. Nama pun suami isteri. Saling membantu saling memerlukan.

Nak kata Kak Mas tak suka family aku, tidak jugak. Dia happy go lucky je Kak Mas ni. Banyak sembang, banyak gurau, kalau berjumpa tu memang peluk cium mak aku dan adik beradik.

So tak nampak pun gaya Kak Mas macam tak suka ktorang. Cuma dia malas je. Kak Mas ni baik. Sangat baik. Kadang2 anak aku pun dia tolong suapkan makan tanpa disuruh.

Kak Mas ni kalau ada family gathering, dia la paling excited. Dalam group whatsapp pun dia riuh. Banyak bagi idea.

So aku menyangkal keras kalau ada yang kata Kak Mas tak suka family aku atau tak selesa jadi menantu mak ayah aku.

Bagi aku Kak Mas tak ada kekurangan lain kecuali malas. Tu je. Abang aku kata, Kak Mas keluar bilik lewat tu bukan masa dengan keluarga aku je.

Bila balik Perlis rumah mak ayah Kak Mas pun Kak Mas tetap macam tu. Memang duduk je kat meja dapur sembang2 tapi tak tolong.

Abang aku kata dah puas tegur dah puas bertekak dah. So abang aku malas nak tegur lagi. Yang mana abang aku boleh buat, dia buat.

Aku dulu banyak bekap Kak Mas dekat kakak aku. Tapi makin lama, aku makin penat dah dengan drama malas Kak Mas ni. Kak Mas ni jugak tebal muka. Bab malas, bab pinjam duit memang tak ada rasa segan langsung.

Abang kedua aku pernah belikan set sofa untuk diorang masa baru kahwin. Sedangkan abang kedua aku, Abang Alif, bujang lagi masa tu. Tapi Kak Mas dengan ketawa kecil dia kata “Apa taste Alif ni, haha akak tak berkenan la”.

Tapi Abang Alif ni chill je. Dia tak ambik hati pun. Dia cakap dia anggap Kak Mas ni tak berapa cerdik, tak ada common sense je.

Aku bersyukur aku dilahirkan dari keluarga yang sopan, bertolak ansur dan penyabar.

Sepanjang 10 tahun aku hadap Kak Mas, kali ni baru aku cerita dengan orang luar untuk meluah. Sebelum ni aku ignore buat tak heran je dengan sikap malas dia.

Cuma raya kali ni je aku terkilan sikit sebab Kak Mas tinggikan suara dengan ayah aku. Itu je yang susah aku nak maafkan.

Sempena bulan Syawal ni, aku mohon doa kalian agar Kak Mas diberi hidayah untuk menjadi ibu dan isteri yang mithali. Aamiin..

– Emelda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *