Hai, assalammualaikum.. Saya nak minta pandangan semua, ada ke cara terbaik untuk kes saya ni.
Saya dah bekeluarga dan mempunyai 2 orang cahaya mata yang masih kecil berusia 4 dan 7 tahun. Kami menyewa di KL dan bekerja sebagai kerani.
Dah setahun adik ipar tinggal sekali, lepas graduate tahun lepas dia memilih untuk bekerja di KL dan menumpang di rumah kami.
Sepanjang tinggal di sini, memang segala2 nya free la termasuklah ubat gigi dan tuala memang semuanya guna yang kami punya.
Lama-lama, rasa macam tak selesa. Saya rasa macam dipergunakan untuk kepentingan dia. Tak pernah bayar bil apatah lagi hulur sewa. Elektrik pun menyala masa tidur, bazir elektrik.
Kalau masak, kadang periuk hangit tak tau la apa dibuatnya. Habis rosak periuk tu semua kami yang beli. Dia masuk rumah ni, bawak pakaian sahaja. Keperluan asas semua kami punya.
Bila saya bersuara pada suami, suami kata sabar. Tapi sabar pun ada batasnya kan. Saya rasa tak suka bila apa yang kita beli semua dia makan. Ibarat macam saya jaga anak sorang lagi walhal dia dah bergaji.
Bila saya bagitau suami, lepas tu dia beli la barang dapur, sebulan sekali. Kalau kami dah beli lauk, dia kata dia tak beli lauk sebab peti ais tak muat. Walhal dia hari2 masak bawak bekal pergi kerja..
Bab kewangan tu, memang takdelah nak hulur2. Saya tak harap hulur pun tapi faham2 la, nak guna barang tiap hari tu, beli la kan. Kadang dia beli, saya tak berapa pakai pun sebab kira tau mesti dia nak guna kan..
Lagi tak tahan bila dia balik kerja tidur, malam berjaga sampai anak pun join berjaga malam siang tidur. Jadi saya decide untuk hantar anak ke sekolah walau umur dia baru 4 tahun. Sebab nak elak dari terikut perangai makcik dia.
Tapi apa yang jadi.. Tiap hari saya gaduh dengan anak, dia nangis tak nak mandi tak nak sekolah. Dah jadi masalah pada saya jugak lagi.
Bab pakaian, seksi.. Bila ditegur dia kata.. Anak saya kecik lagi.. 7 tahun, takpe, boleh je lagi.
Allah.. Saya yang pompuan pun tengok malu cara berpakaian dia. Jadi bila dia keluar saya masuk bilik. Malas nak jumpa, ada je jawapan dia.
Masalahnya sekarang, saya dah suarakan pada suami untuk minta adik dia hidup berdikari.
Banyak kali saya cakap sampai ada 1 hari tu saya geram anak meragam menangis tak nak sekolah, saya cakap..”Ni la perangai makcik ko, menyusahkan aku balik.. Sampai anak2 pun terikut perangai buruk tu”.
Suami balas, kenapa nak kaitkan dengan orang lain. Saya cakap la, kalau dia takde kat sini, anak2 ni takkan follow perangai macam ni.
Suami jerit suruh saya diam.
Sejak dari tu, saya memang tawar hati. Rasa nak berpisah pun takpe kalau dia jenis backup family dia. Saya stress nak hadap benda ni hari2.
Alasan suami saya, kalau saya soh dia dok tempat laen.. Dia kata apa nak bagitau mak dia, adik dia keje KL tapi dok nyewa sedangkan sebenarnya dia ada kakak dok menyewa kat cyber. Tapi asben awal2 da kata, tak bagi ulang alik sebab jauh.
Hurmm. Saya dah takde hati da dengan semua ni. Kalau dia balik, saya masuk bilik, kalau dia masuk bilik saya dok luar. Memang tak nak bertembung sebab rasa tak redha dan tak ikhlas dengan dia.
Sebab dia, saya memang tak boleh pandang muka suami. Rasa tak puas hati membuak2 dalam diri.
Apa perlu saya buat? Hari2 heart rate ni tinggi. Kalau check darah tu 139 bacaannya. Balik rumah je stress.
Suami pulak selalu balik lambat. Dia tak tau apa cerita kat rumah. Sebab kalau suami balik, adik ipar pun keluar bilik dok layan anak2 kita walaupun sebelum tu dia memeruk je dalam bilik.
Kalau cerita pun, tetap lah sabar katanya. Dah2 jangan berkira.. Pening laaa..
Any suggestion please…
– Kenanga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Puan.. mcm tu beri kata putus dekat suami. Nak suruh adik dia sewa bilik kat luar..atau puan yg sewa bilik/rumah kat luar dengan anak2. Cari yg dekat dgn rumah skrg. Duduk apartment ke? Cuba cari area sama tapi floor/blok lain. Biar suami yang hadap dan tanggung adik dia. Puan pun boleh stop beli brg dlm rumah tu sbb sewa luar kan. Puan still boleh balik bila perlu. Contoh: nak masak lauk suami/basuh baju suami/nak ambik barang. Buat rumah skrg mcm homestay. Ntah2 lagi boleh jimat duduk sendiri. Pun tak payah hadap muka adik ipar tu. Cuba tengok mcm mna. Silap2 suami puan pun ikut sama keluar.
Puak2 lelaki yg lembam dan tak faham bahasa kena ajar atas muka barulah dia tiba2 nak faham dan beringat sampai mati. Puan pun kena bijak dan keras hati. Kalau tak sampai mati la bini ni kena pijak dan tahan hati.
Anak mengamuk pagi2 tak nak pergi sekolah itu normal. Puan kena rajin baca psikologi anak2. Ada cara nak tackle. Sebelum tidur make sure anak dah kenyang dan jgn bagi jajan/benda manis dri ptg. Confirm anak lg hyper dan lambat mengantuk. Sebelum tdo pesan dekat dia esok kena bangun awal nak pergi school. Ptg boleh bwk dia main untuk bagi penat. Kalau puan pun penat.. ambil masa layan kan anak baca buku/mewarna 15 minit pun cukup. Bila tangki emosi dia penuh. Dia akan kurang meragam esoknya. Yg penting rutin kena sama.
Bende remeh-temeh aje ni kak. Masalah pempuan.
Kisah TT sama dengan apa yg sy dah lalui. Bulan 4 baru ni SAYA DAH HALAU ADIK IPAR TOKSID DARI RUMAH SAYA. Saya cari kekuatan selepas 4 tahun menderita makan hati. Kalau TT, suami masih tanggung adik dia… Tp sy ni dah lah suami tak bekerja tiada pendapatan tetap… Sy tanggung suami dan anak2 TERMASUK ADIK IPAR yg bekerja tapi langsung tak ada common sense nak membantu. Sy diam selama hampir 5 tahun sebab jaga hubungan… Namun semua ingat sy OK disebabkan saya mampu. Sy mampu beli rumah… Sy mampu beli kereta mahal.. Sy ada business sendiri… Sy mampu mewahkan anak2 saya… Sy mampu bela suami tak bekerja… Tapi air yg tenang jgn disangka tiada buaya… Sekali gunung meletus… Haaa rasakan ko
Lebih 2 tahun sy lancar perang saraf… Sama macam TT buat…tp ntah ape benak sgt…adik ipar ke.. Suami ke.. Mak mertua ke.. Pak mertua ke…7 org lg adik-beradik dia yg lain langsung buat tak faham. Disebabkan rumah tu sy punya, bulanan sy yg bayar, akhirnya sy bagi kata dua pada suami “awak dan adik awak balik kg sekarang hari ni juga! Selagi ade adik awak, sy tak akan balik rumah lagi”. Lebih kurang macam saya halau 2-2 sekali abang dan adik keluar dr rumah sy. Petang tu sy tgk cctv, abes dh dia packing barang dan motor adik dia naik hilux hantar balik rumah. Diorang gerak je dr rumah sy. Baru sy gerak dr office balik rumah.
Bagi situasi TT… Awak lebih tahu mana yang boleh buat suami awak SENTAP. Cuba buat dia rasa takut hilang awak. Atau awak confront je dgn adik ipar..SURUH DIA KELUAR CARI HIDUP SENDIRI.