Tergerak hati nak confess di sini sebab dah lama saya nak luahkan apa yang terbuku dalam hati. Nak luahkan dalam medsos yang lain, banyak pihak akan terasa iaitu pihak keluarga saya sendiri & pihak keluarga suami. Makanya tergerak hati saya nak confessed di sini. Ceritanya begini…
Suami seorang peniaga. Peniaga kecil-kecilan. Alhamdulillah semakin hari perniagaan suami semakin maju. Daripada hanya ada motor, kami dapat beli van. Kemudian tak lama dalam beberapa bulan, makcik suami sedekahkan kereta sebab kesiankan kami yang baru saja menjual van (bukan sebab kesempitan duit tapi sebab nak beli kereta) dan kebetulan makcik suami pula baru keluarkan kereta baru, makanya dia sedekahkan kereta tu pada kami. Kereta proton lama. Kereta tu banyak masalah sebab kereta lama tapi Alhamdulillah suami repair untuk kegunaan harian kami sehinggalah kami memiliki kereta yang lebih baik kondisinya dan tak banyak masalah seperti kereta Saga ni. Kereta proton tu masih ada pada kami sampai sekarang. Bermakna kami memiliki 2 biji kereta. Alhamdulillah. Waktu kami hanya memiliki motor dan van, adik beradik sebelah suami dan sebelah saya tak pernah ganggu kami. Bila makcik suami bagi kereta pun, masih belum diganggu lagi.
Adik beradik sebelah suami terutamanya adik lelaki bongsu suami (adik ipar saya) mula meminta-minta duit kat suami bila dia tengok suami beli kereta lain. Dia nampak suami semakin maju dalam perniagaannya. Adik ipar saya dah kahwin. Masa ni dia belum ada anak lagi. Saya mula geram bila kami ke rumah mak mentua saya (dia tinggal dgn mak mentua, masa ni mak mentua saya sakit), asal jumpa suami, dia dah tadah tangan. Minta duit. Bukan tak bekerja. Dia bekerja. Dia hanya sara isteri tapi suami kena sara saya dan 2 orang anak. Suami tak pernah culas bagi duit untuk mak dan abah dia. Alhamdulillah. Adik ipar dapat gaji, dia dengan isteri keluar sampai tengah malam atau pagi buta baru balik rumah. Masa ni, mak mentua saya yang sakit, yang dorang beriya-iya ambik dari bawah penjagaan saya, yang kononnya beritahu kat mak dorang yang dorang boleh jaga mak dorang lebih baik dari saya, dorang abaikan. Gara-gara isteri yang dia harapkan mampu bertahan macam isteri abang dia (suami saya) untuk jaga mak dia, dah tak sanggup nak menjaga. Jaga baru sebulan, isteri dia dah angkat tangan, tak nak jaga. Baru kau tahu macam mana perasaan aku yang kena jaga mak kau selama bertahun.
Takda privacy dengan suami, nak menjaga anak pertama yg masih kecik lagi, ke mana-mana usung mak kau tu sebab abang kau tak sanggup nak tinggalkan mak korang, duduk dalam rumah je tak ke mana-mana padahal kitorang enjoy di luar, jalan-jalan. Itu bukan sikap abang kau. Di mana korang boleh suka hati keluar (masa tu adik ipar belum menikah & kakak ipar baru bernikah beberapa bulan & tinggal sebumbung), tak bawak mak korang. Kalau bawak pun nak marah-marah. Aku yang tak suka pun, tak sanggup nak biarkan mak korang tu sorang diri di rumah. Walau penat nak kena salin pampers dia kalau dia dah kencing or berak, aku buat juga. Tak pernah aku merungut kat suami yang aku tak rasa bebas, tak dapat keluar macam keluarga yg lain. Asyik kena usung mak korang je. Tak pernah aku merungut. Tiba-tiba cakap dengan mak kau macam aku jaga ni tak cukup baik. Nak suruh isteri jaga. Nak tunjuk isteri kau boleh jaga mak kau. Jaga sebulan pun dia dah surrender. Kau ? Ikut je la cakap dia sedangkan kau yang beriya-iya nak mak kau duduk dengan kau then salahkan kakak sendiri sebab lepas tangan dan harapkan isteri kau je. Haa, itulah situasi aku dulu waktu jaga mak kau. Tu pun korang kata aku jahat sebab marah-marah & kawal pemakanan mak kau.
Mak korang tinggal dengan aku, penyakit 3 serangkai dia Alhamdulillah hilang. Aku marah sebab aku sayang mak mentua aku. Aku jaga mak mentua aku yang sakit 24 jam selama bertahun melebihi dari aku jaga mak aku sendiri waktu mak aku tinggal di hospital sebelum meninggal. Ada waktu untuk aku jugak sebab adik beradik aku tak lepas tangan untuk jaga mak kami. Kami rotate jaga mak. Tak macam family kau. Semua pergi menghilang then harapkan suami aku tapi yang seksanya aku yang kena jaga, credit dapat kat suami aku sebab korang jenis tak reti hargai orang luar yang jaga mak korang lebih dari korang. Datang jenguk mak, bila orang tu berak, cepat-cepat nak balik rumah. Mak korang dapat duit, semua datang menyondol. Asal korang yang beli keperluan pampers mak korang, kiranya aku dan suamilah kena jaga sebab kitorang takda apa-apa nak bagi? Abang-abang kau pun tak bagi. Kenapa tak suruh dorang pun ambik bahagian jaga mak sendiri? Aku dan suami pun makan apa yang ada dalam rumah sampai baju anak aku pun aku tak beli dan Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki anak aku, ada ja yang belikan baju untuk dia walau aku dan suami tak pernah meminta-minta.
Mak kau dah meninggal, sebut rindu lah apa lah. Wayang. Masa ada, tak hargai. Duit uruskan jenazah mak dorang pun semua suami saya yang settle sedangkan abang-abang, kakak-kakak bekerja hebat dari suami. Balik dari pengebumian, semua diamkan diri tak tanya atau nak hulur duit pengebumian mak sendiri. Saya tak kisah sebab itu saham suami cuma saya terkilan sikap di antara adik beradik begini. (Sorry, dah terkeluar dari tajuk sebenar sebab geram sangat dgn perangai gini).
Berbalik dengan tajuk sebenar.
Mula-mula suami bagi je kat dia kalau dia minta duit. Kalau seminggu tu mesti sekali dua akan minta duit. Katanya gaji tak cukup. Tapi saya tengok, isteri dia beli baju, handbag, kasut. Saya? Saya tak beli apa-apa untuk diri sendiri sebab saya tak nak susahkan suami. Saya tahu penat lelah suami saya keluar mencari rezeki. Saya yang bantu suami saya berniaga. Saya tahu kepenatan dia tu. Tapi adik ipar yang tak dapat nak handle tanggungjawab ni asyik meminta sampailah dia dikurniakan seorang anak pun dia masih meminta-minta kat suami.
Bil hospital isteri bersalin pun dia tak dapat nak jelaskan. Malam-malam asyik keluar. Pinjam kereta makcik tapi lagaknya macam kereta sendiri. Belanja kawan-kawan bila dapat gaji tapi haram nak belanja adik beradik sendiri. Siap dia tapau adik beradik dia kot atas lagi adalah. Kadang saya cakap kat suami, “suruhlah adik abang tu minta duit kat kawan-kawan dia. Dah susah baru nak cari adik beradik. Perangai tak elok.”
Anak dia pakai baju cantik-cantik. Setiap bulan tengok beli itu beli ini untuk anak. Anak saya baju dah bertahun. Jarang nak beli baju. Saya tak salahkan suami sebab saya sendiri yang tak nak beli baju untuk anak-anak cuma saya geram kenapa duit yang dia dapat tu, dia tak berjimat? Dia bayar untuk bil-bil rumah dia dan simpan untuk akhir bulan? Paling geram bila dia dan isteri buat loan kad kredit. Belanja sampai cukup limit lepas tu bila kena bayar, muka macam penagih derma di tepi jalan. Si isteri buat serabut, buat kepala angin sebab setiap tengah bulan, poket suami dia dah pokai. Susu dan pampers anak pun dah habis. Setiap kali tu la, dia akan minta duit kat suami dengan alasan, “kesianlah kat anak aku. Susu dia dah habis. Pampers pun tinggal lagi berapa keping ja.”
Bila asyik meminta, suami pun tengok dia yang sekadar nak sara isteri yang sekejap kerja bila tak ada duit, sekejap tak bila dah rasa senang sebulan dua, anak pulak baru sorang dan dia pun kejap kerja, kejap berhenti kerja sebab tak tahan bekerja dengan orang. Kalau nak dibandingkan dengan kami yang dah ada 3 orang anak dengan pendapatan tak tetap sebab hanya berharap dengan berniaga, dia mampu untuk tidak meminta duit pada suami. Minta tak banyak, hanya rm50 atau rm100. Note the sarcasm. Saya dah tak tahan tengok dia ambik kesempatan pada suami (selama ni saya hanya mendiamkan diri sebab hak suami) tapi dah jadi kebiasaan pada dia, so saya pun nasihatkan suami supaya jangan terlalu manjakan adik dia sangat. Jangan bagi duit setiap kali adik tu minta. Sebab tu dia malas nak bekerja dan senang-senang je berhenti kerja kalau dah rasa boring atau malas, sebab dia tahu yang dia ada “bank”.
Alhamdulillah, suami pun dah jarang nak bagi duit kat dia. Bila dah jarang bagi duit walaupun dia merayu-rayu meminta, bagi alasan anak dia tak makan, nak kena beli susu, suami tegas tak bagi, dia boleh je bekerja. Sampai sekarang dia bekerja dengan syarikat yang sama. Cuma tabiat dia meminta duit tu masih ada. Sampai suami akan lari dari dia kalau kami ke rumah dia ziarah makcik dorang yang tinggal sekali. Tak nak jumpa dia. Risau dia akan meminta duit. Tengah bulan je mesti pokai.
Hutang sana sini sebab nak senang. Isteri dia pun sama. Dulu kami kerap ke rumah dorang. Asal suami datang, isteri dia akan tanya, “hari ni nak belanja makan apa? Linda (bukan nama sebenar) nak burger mcd.” Yang suami pun pergi lah beli. Lusa pergi lagi ke rumah dorang (pergi sebab suami ada hal di area sana), dia atau makcik suami akan tanya, “hari ni nak belanja makan apa? Ada bawa apa-apa makanan? Kat situ ada pasar malam hari ni.” Suami pun sejenis lambat perasan yang dia dah diambil kesempatan, so dia pun pergilah beli makanan untuk dihidangkan kepada tuan rumah tambahan dia berniat sedekah. FYI, kami ke sana, jarang sangat2 dorang nak jamu kami makanan ataupun air kosong. JARANG. Kami sebagai tetamu, kami lah kena beli makanan untuk hidangkan pada dorang yg menjadi tuan rumah. Pada mula saya memang tak kisah bila suami asyik tunaikan apa saja adik ipar dia tu minta. Note: ASYIK TUNAIKAN! Tapi satu hari tu saya, adik ipar dan isteri dia bergurau-gurau. Suami tak ada time tu sebab keluar beli makan.
Biras saya ni cakap nak order makan kat suami. Dia kata, “kalau apa Linda nak makan, mesti abang ipar belikan. Abang ipar sayang Linda lah.” Saya cakap, “sorry sikit eh, takda maknanya nak sayang-sayang ni.” Then adik ipar menyampuk, “ni , abang aku lebih sayangkan isteri aku dari kau lah. Apa isteri aku nak, dia belikan.” Ye melawak tapi dalam melawak dia, dari segi suara dia, bukan melawak tapi kenyataan yang dia cuba sampaikan. Sebab sebelum ni pun pernah dia cakap depan saya dan suami, “haa, ayang cakap abang ipar sayang ayang kan? Haa, mintalah apa-apa kat abang ipar, dia boleh belikan. Jimat duit dan mudah sikit keja aku, tak payah nak pening kepala tunaikan apa yang awak mengidam.” Apa perasaan korang sebagai isteri? (sila komen nanti). Saya terasa sangat. Ye, kalau saya minta nak makan something, suami belikan tapi tunggulah sebulan dua. Kalau biras saya minta, cepat je dia tunaikan. Bila kami dalam perjalanan balik rumah, saya luahkan pada suami.
Saya cakap, “abang tahu tak apa yang adik abang cakap kat saya? Dia kata abang lebih sayangkan isteri dia dari saya sebab apa saja isteri dia minta, abang belikan. Saya minta abang susah nak tunaikan. Tunaikan pun lambat. Kalau adik ipar abang tu minta apa-apa, hari tu juga abang boleh belikan. Haa, belilah lagi apa yang adik ipar kesayangan abang tu minta. Lastly adik abang sendiri jatuhkan air muka saya depan orang kata suami saya sayang isteri dia lebih dari isteri sendiri. Bagus sangat la tu.” Suami memang terkejut. Alhamdulillah. Dia tahu saya tak suka, dia jarang nak belanja adik ipar a.k.a biras saya tu dan kami pun dah jarang sangat nak pergi rumah dorang dah. Alhamdulillah.
Itu adik ipar.
Sekarang side family saya pula. Mula-mula saya memang suka suami suka belanja family saya (abah, kakak saya yang dah bercerai, anak-anak dia dan adik-adik saya) tapi makin lama, saya nampak dorang pulak ambik kesempatan atas kebaikan suami yang kerap belanja makan. Kalau abah saya sorang tu saya tak kisah tapi bila seminggu 2,3x ke rumah abah untuk ziarah abah, setiap kali tu tanya nak belanja makan apa-apa dan dorang pula dah mengharap suami belikan makanan sedangkan dalam rumah tu semua bekerja, saya dah tak selesa. Memang tak dinafikan dorang (abah tolak tepi) ada juga belanja tapi 2,3 bulan sekali. Suami pula sebulan 3,4x belanja. Kalau suami tanya nak makan apa-apa, selalunya kakak dan adik perempuan saya yang belum menikah tu akan over order.
Order itu ini. Kalau pakai duit sendiri, boleh pula cakap diet. Bila suami tanya nak makan apa-apa tak, hilang diet, pesan lah itu ini. Sampai saya beritahu suami, jangan belanja sangat sebab tak nak nanti dorang akan bergantung pada kita, kalau kita datang nak ziarah abah, wajib belikan makanan sedangkan dorang semua bekerja, yang kita ni harapkan berniaga yang tak menentu. Walaupun side family saya ni tak lah seteruk sikap adik ipar dan biras saya yang tak menghidangkan apa-apa langsung sampai air pun kitorang juga kena beli, dorang tak bancuhkan pun cuma saya tak nak benda menjadi kebiasaan. Risau akan menjadi kebiasaan dan bila kitorang tak beli apa-apa, nanti ingat kita pula nak ambik kesempatan kerap ke rumah ayah saya.
Jadinya, saya beritahu suami, jangan kerap ke rumah adik ipar dan abah saya. Beli makanan sekali sekala. Jangan beli setiap kali pergi sebab tak nak bergantung harap pada suami saja sedangkan saya sendiri tak menyusahkan suami kalau suami tanya saya nak makan apa-apa.
Point utama saya adalah kepada semua adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang, biras-biras, ipar-ipar tak kiralah side isteri or suami.
Jangan terlalu mengambil kesempatan bila orang selalu offer kebaikan. Adakala perlu ditolak kalau korang ahli keluarga yang baik, yang memahami situasi adik beradik atau ipar korang yang kerap belanja, tak berkira dengan korang dan menolong korang waktu susah. Kalau ada duit lebih tu, ingat-ingatlah pada adik/abang/kakak/ipar yang selalu korang tadah tangan tu. Janganlah bila terdesak atau nak jimatkan duit korang, orang offer makan apa semua korang nak bedal. Time takda duit, baru nak datang cari. Masa ada duit, enjoy tak ingat dunia.
Cuba tengoklah adik beradik mana yang dulunya okey, baik, boleh bagi apa saja yg korang tadahkan tiba-tiba dia cuba melarikan diri untuk berjumpa, dah jarang nak ke rumah korang. Mungkin faktornya korang sendiri yang suka ambil kesempatan pada ahli keluarga sendiri untuk senangkan diri. Ya, tolong korang yang dalam kesusahan tu perbuatan yang baik, sedekah tu bagus untuk meluaskan rezeki tapi kalau awal bulan korang senang, boleh pergi sana sini, makan sana sini, lepas tu bila tengah bulan mula sesak, asal adik/abang/kakak/ipar tanya makan, kau pun tiris duit dia kaw-kaw ke? Orang susah ke kalau rumah korang ada astro, tv lagi canggih, kereta 2,3 biji, motor 2,3 biji yang perlu setiap bulan dibantu? Mana perasaan malu? Malu banyak-banyak bila ahli keluarga yang kau tadah tu hanya berniaga, duit tak tetap tapi sebab dia tak meminta-minta, tak buat muka miskin, tak tunjuk terdesak, tak pujuk merayu supaya dia pinjamkan duit dengan niat menipu konon nak bayar tapi haprak tak bayar, tak bermakna dia dah pegang duit macam Aliff Syukri ye? Take note ye?
Sorry panjang dan terima kasih sebab hide profile saya.
– Isteri
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit