Ipar Suka Ambil Kesempatan

Cerita aku ni panjang tapi aku nak pendekkan, fokus pada isu ipar & mertua sahaja.

Aku dah kahwin dengan suami hampir 10 tahun. Tapi sejak setahun yang lepas aku ambil keputusan untuk jauhkan diri dari ipar & mertua.

Sebab selepas bertahun² baru aku sedar mereka ni toksik! Suka ambil kesempatan atas kebaikan orang, suka pergunakan orang demi kepentingan diri, lepas tu suka play victim.

Lepas setahun berkahwin pun memang aku dah isu bergaduh dengan ipar, ni sebab duduk sebumbung dengan ipar & mertua.

Akhirnya aku ambil keputusan untuk keluar (duduk sebumbung pun bukan kehendak aku, tapi kehendak suami).

Dan bila berpindah keluar aku dikatakan sebagai seseorang yang mementingkan diri sebab tak pedulikan perasaan mertua aku.

Padahal yang kata tu bukan duduk sebumbung dengan kami, bukan tahu pun apa yang aku hadap.

Ok cerita pasal ipar.

Aku ada adik ipar perempuan yang dah berkahwin & ada anak, tapi pjj dengan suami.

Masalah kat sini, dia yang taknak ikut duduk dengan suami dia, tapi menyusahkan mak & adik beradik lain.

Selama aku kahwin (sebelum kahwin pun), aku layan anak² dia macam anak sendiri. Pergi jalan ke mana pun aku bawak.

Ipar aku ni pulak takde kereta, so nak pergi mana² memang harapkan suami aku je.

Bertahun² aku hidup ibarat bermadu dengan ipar sendiri. Anak dia demam pun suami aku terpaksa bergegas tinggalkan kerja & bawa anak dia ke klinik. Tu takpelah, emergency.

Yang sakit hatinya, bila benda² remeh pun nak harapkan suami aku.

Nak pergi make up untuk dinner pun suruh suami aku hantar, tunggu lah satu ke dua jam siap make up, lepas tu hantar pulak pergi dinner. Pastu nak balik pergi ambik pulak.

Sampai sekarang pun dia masih pjj dengan suami, duduk bawah ketiak mak & adik beradik.

Sampai lah satu tahap aku hilang sabar, sebab dia jugak yang cabar aku. Dia ingat aku diam selama ni aku ok je kot ?

Dalam hal ni bukan ipar je salah, tapi suami aku pun salah sebab terlalu baik dengan keluarga sampai ketepikan isteri sendiri.

Masa aku pindah keluar duduk sendiri pun, kakak ipar aku suruh suami aku bayarkan separuh sewa rumah yang adik & mak dia duduk. Dengan alasan suami aku bayarkan bahagian mak.

Padahal adik perempuan dia tu dah ada suami, sepatutnya suami dia lah yang bertanggungjawab bayar nafkah tempat tinggal anak isteri dia.

Mak mertua aku pulak bukan aku tak pernah ajak duduk dengan aku & suami, tapi dia asyik menolak dengan alasan kesian anak perempuan dia tu (adik ipar aku tadi) takde orang jagakan anaknya.

Sudahnye suami aku tak sempat nak tanggung nafkah aku & anak², sebab sibuk tanggung adik & mak dia.

Peti ais mesin basuh rumah diorang pun suami aku yang bayarkan. Sebab masa duduk sekali, beli dengan niat nak senangkan mak & kegunaan kami juga.

Tapi bila kami pindah, sehelai sepinggang je, barang diorang guna suami aku yang kena bayar.

Aku masa tu redha seredha redhanye sebab aku fikir kesian mak mertua aku! Dan kesian adik ipar aku.

Aku surirumah usaha buat bisnes macam-macam sebab nak tanggung keluarga. Tapi masa tu suami aku tetap bertanggungjawab belikan makan minum apa semua, cuma sewa rumah dia tak mampu bayar..

Kakak ipar aku pulak pantang tengok kami berjalan sana sini, mesti berbunyi “Nanti bawak lah mak jugak”, “Nanti bawak lah mak bercuti tidur hotel”, “Nanti bawak lah mak makan sedap”.

Dia tak tahu yang kami ke sana sini semua duit hasil bisnes aku, bukan aku mintak duit adik lelaki dia!

Dan kalau nak tahu, selama ni aku layan mak dia lebih baik dari aku layan mak sendiri.

Setiap kali harijadi mak dia, aku raikan. Hari ibu, aku lah yang paling beriya bagi hadiah. Sebulan 2, 3 kali bawak keluar makan sana sini, jalan sana sini.

Tapi kakak ipar aku ni macam ada masalah hati, time kami berjalan dengan keluarga aku pun dia sibuk nak berbunyi itu ini, macam lah aku tak pernah bawak mak dia berjalan langsung.

Kadang² mak tu tak pernah mintak nak berjalan ke apa, dia yang lebih-lebih suruh bawak. Dia tak tahu kewangan adik² dia macam mana.

Teringat pula masa adik lelaki dia nak kahwin, dia suruh suami aku belikan kasut berjenama harga RM400 lebih untuk adiknye sebagai hantaran.

Wehh suami aku masa tu nak bayar sewa rumah sendiri harga 300 sebulan pun tak mampu, dia selamber je mintak sponsor.

Mujurlah suami aku tak beli, kalau tak memang aku mengamuk lah.

Kakak ipar aku ni dulu baik, selalu bantu adik beradik dari segi kewangan. Yang tak bestnye, dia suka mengungkit.

Bila adik beradik tak ikut kehendak dia, dia marah & mengungkit pengorbanan dia selama ni.

Aku sebenarnya penat dah layan perangai ipar macam ni.

Yang sorang dah kahwin tapi sibuk nak duduk bawah ketiak mak & adik beradik. Yang sorang suka control adik beradik macam adik beradik takde tanggungjawab lain.

Letih!

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *